Wilfred Bumburing keluar BN, masuk Pakatan dan akan jelajah Sabah
KUALA LUMPUR, 29 Julai — Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Wilfred Bumburing hari ini mengisytiharkan keluar dari Barisan Nasional (BN) dan akan menyertai Pakatan Rakyat (PR) dipercayai melalui parti Angkatan Perubahan Sabah yang baru diumumkan penubuhannya.
Gambar: Pelancaran "Angkatan Perubahan Sabah"....Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Lajim Ukin (Beaufort) dan Datuk Seri Wilfred Bumburing (Tuaran)...
Ahli Parlimen Tuaran itu juga berkata beliau akan menjelajah ke seluruh negeri Sabah untuk membantu PR memenangi negeri itu dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Antara punca beliau keluar dari BN ialah kerana kegagalan kerajaan pusat dan kerajaan negeri memantau pendatang tanpa izin (PTI).
“Ini adalah ibu bagi segala masalah yang ada dalam negeri Sabah,” kata Wilfred yang berucap melalui siaran langsung dari laman web UStream TV Merdeka Rakyat.
Menurut Bumburing, peningkatan PTI adalah sekitar 390 peratus iaitu lebih tinggi dari Sarawak iaitu 146 peratus, jauh lebih tinggi dari kadar nasional.
“Dasar BN terhadap PTI ini sangat bahaya kerana berlakunya jenayah, menyukarkan penduduk asal mendapatkan peluang pekerjaan, dan mengancam keselamatan negara.
“Pada zaman Dr M (Tun Dr Mahathir Mohamad) dahulu, dasar memberi kad pengenalan kepada PTI kepada warga asing diberi sewenang-wenangnya.
“Pada sidang Parlimen Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ada mengumumkan bahawa dia akan menubuhkan Suruhanjaya Diraja tentang isu PTI ini, tapi sudah tiga kali beliau ke Sabah, namun tidak ada pengumuman ketika beliau di Sabah.
“Dan lebih 250,000 PTI ini datang mengundi bertopengkan nama sebagai orang asli Sabah seperti Kadazan Dusun, Murut, Bajau dan sebagainya,” kata beliau yang merupakan bekas Timbalan Presiden United Pasokmomogun Kadazandusun Organization (UPKO).
Beliau juga berkata bahawa sikap kerajaan negeri yang suka menghalau warga sendiri menyebabkan rakyat seperti pelarian di dalam negeri sendiri.
“Apabila rakyat mohon geran tanah, kerajaan negeri tak bagi, tapi hantar bulldozer untuk runtuhkan rumah,” kata Bumburing lagi.
Turut hadir dalam program tersebut ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Anwar, Bumburing adalah salah satu contoh orang yang berani dan sanggup melepaskan semua kesenangan demi rakyat.
“Saya pernah berkata bahawa ada kejutan dari Sabah.
“Tetapi, kejutan yang saya maksudkan bukan sekadar Wilfred Bumburing atau Lajim Ukin, kejutan sebenar ialah datang dari rakyat Sabah sendiri,” katanya yang disambut dengan tepukan dan sorakan dari masyarakat Kadazan-Dusun dan Murut yang hadir dalam majlis di Tuaran hari ini. -TMI
Video streaming by Ustream

Sabah untuk pemimpin Sabah yang baik - Anwar
TUARAN: Rakyat Sabah diajak agar memilih pemimpin yang tepat untuk negeri itu bukan sekadar "Sabah untuk orang Sabah sahaja."
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ramai orang bercakap "Sabah untuk orang Sabah sahaja." tetapi bagi beliau tidak cukup sekadar itu.
"Kalau orang semenanjung juga kaki curi balak, orang Sabah pun tidak ketinggalan.
"Jadi saya sarankan, pilihlah pemimpin Sabah yang tepat dan baik dari kalangan orang Sabah," kata Anwar.
Beliau berucap di majlis pengisytiharan anggota Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing keluar Barisan Nasional (BN) dan menyokong Pakatan Rakyat.
Janji Pakatan
Dalam ucapan itu, Anwar juga mengulangi janji Pakatan Rakyat sebelum ini akan memberikan 20 peratus royalti minyak kepada semua negeri yang mengeluarkan minyak di negara ini termasuk Sabah.
Beliau yakin, dengan penjimatan dan urustadbir yang baik, kerajaan mampu menjimatkan RM20 bilion setahun dari ketirisan akibat salah guna kuasa dan korupsi sekarang ini.
Beliau juga mengumumkan, harga petrol akan diturunkan jika Pakatan Rakyat memerintah negara.
"Hari ini menang, esok saya akan umumkan penurunan harga petrol," kata beliau.
Beliau juga memberikan jaminan tidak akan melakukan politik dendam apabila Pakatan Rakyat menang nanti.
"Saya berpengalaman di penjara, dipukul, ditelanjang dan sebagainya. Mereka ingat bila kita menang kita akan lakukan semua itu.
"Tidak. Kita tidak akan lakukan politik dendam. Apa yang kita mahu adalah negara ini ditadbir dengan baik dan melaksanakan politik bersih," kata Anwar. -HD
Video streaming by Ustream
4 ulasan:
Bertambah satu parti dalam Pakatan Rakyat. UMNO you bersiap sedialah untuk mampus di Sabah, sebab kau UMNO yang ada bermacam - macam parti komponen pun susah nak lawan PR hanya ada 3 parti saja di dalamnya dan sekarang dah bertambah satu menjadi 4.
Aku menitis air mata mendengar ucapan Wilfed Bumburing..terlalu seronok walaupun aku ni berada di semenanjung..aku nak tengok rakyat Sabah lebih makmur dalam PR..InsyAllah..
harap2 orang sabah tak jadi bengap mcm sesetengah orang felda!
dapat duit sikit dah bersorak 1 dunia, sedangkan tanah tempat berpijak dah TERGADAI!
padan la muka susah2 bangunkan felda last2 yang kaya orang lain (minta maaf cakap ler pakcik makcik felda)
masa utk orang2 sabah bangun dah bermula
Mah...mah.... abang demam ni.... kita tak payah buat pilihanrayalah yea....
Catat Ulasan