17 Jul 2012

Provokasi UMNO Ganggu Ceramah Nurul Izzah di Pagoh

Sekumpulan pemuda UMNO memakai baju T-Shirt UMNO, JATI dan penglibatan kanak-kanak lingkungan usia 10 tahun membuat provokasi dengan menaiki motor, mengebar bendera Umno, menyanyi lagu Umno dalam ceramah PKR malam kelmarin di Pagoh Felda.

Nurul Izzah dalam ucapan nya beri amaran kepada penyokong UMNO yang buat provokasi, Negara ini bukan milik UMNO.

Keadaan semakin menjadi panas jam 10 malam apabila Ahli Parlimen Lembah Pantai , Nurul Izzah Anwar memberi ucapan, namun keadaan terkawal oleh petugas-petugas Unit Amal Malaysia.

Tinjauan wartawan ditempat kejadian, provokasi berlaku sepanjang jalan masuk ke Felda.

Provokasi lisan dengan bersorak ‘tibai’ dan ‘liwat’. Pemasangan kain rentang, “PKR tiada di hati kami, hanya UMNO di hati kami dan jangan ganggu kawasan kami.”

Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar ketika memberi ucapan ceramahnya malam tadi meminta agar rakyat yang hadir tidak perlu takut dengan provokasi murahan UMNO.

"Saya minta agar rakyat tidak perlu takut dengan provokasi murahan ini kerana kejadian ini sering berlaku apabila PAKATAN Rakyat (PR) mengadakan ceramah kelompok.

“UMNO jangan ingat negara ini milik mereka. Negara ini milik rakyat. Suara rakyat seharusnya dihormati.

“Pimpinan UMNO sewajarnya mendidik penyokong-penyokong mereka agar menghormati majlis orang

"UMNO sewajarnya mengajar penyokong-penyokong mereka jika tidak suka seseorang, tidak suka Parti Pembangkang mereka seharusnya tidak menghina, mengaib orang lain kerana Islam tidak ajar kita buat demikian”, ujar beliau.

Menurut Nurul Izzah, perkara ini tidak sepatutnya berlaku, walaupun kerap dibuat aduan polis namun tiada tindakan sewajarnya diambil untuk memberi kesedaran kepada mereka yang terlibat.

Beliau beranggapan penyokong-penyokong UMNO sering buat provokasi kerana takut rakyat buat perubahan apabila mendapat informasi tepat melalui ceramah yang disampaikan pimpinan (PR).

Nurul Izzah merangkap Naib Presiden Keadilan mengajak seluruh rakyat Johor membuat perubahan pada PRU13 nanti yang akan berlaku dalam masa terdekat.

Katanya, “di negeri Selangor pelbagai kejayaan telah dikecapi dalam tempoh empat tahun Pakatan memerintah.

“Rakyat Selangor bagi warga emas 60 tahun keatas telah menerima Skim Mesra Usia Emas (SMUE) RM2500. Sumbangan tesebut diberikan kepada waris apabila ibubapa mereka meninggal dunia untuk urusan jenazah, kenduri dan sebagainya.

Bantuan Pendidikan sebanyak RM1000 bagi pelajar yang dapat melanjutkan pengajian ke IPT dan banyak perkara yang telah dikecapi oleh semua rakyat Selangor.

Apakah negeri Johor tidak mahu kemudahan tersebut?”, soalnya kepada semua rakyat yang hadir dalam ceramah malam tadi .

Nurul Izzah berucap dalam ceramah selama setengah jam menambah lagi, “PAKATAN janji sekiranya kita berjaya tawan Putrajaya PRU13 nanti, Pendidikan Percuma diberikan kepada semua mahasiswa, tol di hapuskan, gaji minima RM1100, harga petrol diturunkan”.

"Kita harap rakyat Johor buat perubahan besar dengan menolak kezaliman UMNO yang memerintah 50 tahun bagi mengentikan aktiviti rasuah yang diamalkan, pemberian pelbagai kemewahan kepada kroni sedangkan rakyat terus tertindas,” katanya.

Ceramah malam tadi juga diadakan majlis perasmian Ranting PKR, Felda Sri Jaya Bukit Serampang, Pagoh Felda yang oleh Nurul Izzah. -fb Azwar khaulah






9 ulasan:

hairan berkata...

tak faham betul aku mentaliti org2 umno nih, masih tak belajr dari sejarah dan kisah2 lalu

mentaliti masih macam tahun 60an!

dia ingat negara nih umno punya dah boleh buat suka hati aje! Cuba la orang2 umno nih fikirkan, kalo lah rumah dia orang tengah buat kenduri tetiba ada orang luar meraung2 menyumpah dan mencarut apa perasaan mereka ?????!!!!

yang buat kita bertambah malu tuh ialah mengaku ISLAM tapi perangai macam mencarut2 terpekek terlolong tuh mengalahkan orang kafir, orang kafir pun tak buat macam tuh kot!

kalo ada adik beradik aku buat macam tuh harus aku flying kick kat situ jugak! buat malu mak bapak + islam aje

kalo betul nak menegakkan islam pergi sana cakap dgn semua menteri2 supaya jangan rasuah! ada berani??!! atau telo terus tanggal??!!

apa laaaaaaa

Tanpa Nama berkata...

Masih banyak lagi lembu2 di Parlimen Pagoh... Kesian tengok geng2 UMNO provok yg menyokong puak2 DAJJAL... Spt yg d nyatakn dlm hadith rasullullah saw... Hadith2 Akhir Zaman.

Tanpa Nama berkata...

Perangai "gentel@#$*man" umporno, hanya orang penakut, bersalah, bodoh lumbuno, bodoh yang tiada limitnya sahaja berbuat demikian. Busuk haprak, tak caya cuba tengok kehidupan pencacai umporno. Kesian sangat hidup melarat dan meminta -minta.

Tanpa Nama berkata...

Terbaiklah akhirnya felda srijaya yg dikatakan kubu kuat umno berjaya ditembusi...abislah lepas ni lingkuplah umno pagoh, umno ledang...

Tanpa Nama berkata...

Kenapa tak satu Partipun menyatakan bahawa kalau menang akan berusaha memberi banyak peluang pekerjaan kepada graduan2 yang menggangur.

Tanpa Nama berkata...

kalau BN menang mampus rakyat kena Saman Ekor

joeJohor berkata...

kepada Anonymous 3:46 PM... sila baca manifesto PAS khasnya manifesto PAS terengganu OK... so banyak kan masa dan luangkan masa dengan ceramah PR.. baru anda tahu apa tujuan dan matlamat mereka berbanding dengan UMNO-BN yang banyak mempromosi menda2 yang boleh merosakkan akhlak - hiburan jer....

Tanpa Nama berkata...

Ramai yang datang utk provoke drp nk debgar cermah nurul, :)
anak pagoh

Tanpa Nama berkata...

Pakat pukul jer penceroboh