5 Jul 2012

Abby Abadi Teruskan Iltizam Bersama PAS


Penyataan Abby jadi hiasan facebook anak muda

KUALA LUMPUR: Kata-kata pelakun Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah binti Abdul Manan yang tidak takut lagi menyokong parti pembangkang kini menjadi hiasan Facebook anak-anak muda Malaysia.

Kata-katanya disebarkan merata-rata dan memberikan ispirasi kepada pelbagai pihak dalam menuntut hak mereka.

Kata-kata Abby bahawa dia tidak takut lagi sokong parti pembangkang setelah mendapat hidayah Allah dikongsi (share) oleh 467 pengguna facebook dan disukai (like) oleh 1,952 pengguna.

248 pengguna pula membuat komen sehingga kini selepas mula dibuat naik ke facebook semalam.

"Dulu saya takut kalau sokong parti pembangkang.
Tak dapat masuk television. Tapi bila dapat hidayah Allah, saya tak takut pada sesiapa.

"Saya tak tau dari mana dapat keberanian tu,
tak masuk television pun tak per. Dah lama sangat dah saya kat television tu.
Banyak dah dosa dalam tu,"
kata Abby Abadi pelakun yang popular dengan filem dan drama TV Gerak Khas.

Abby kini bergerak dari satu pentas ceramah ke satu pentas di seluruh negara.

Semasa ke Kelantan, beliau turut mengunjungi Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Aziz.

Ucapan beliau yang mahu mencari seorang 'ustaz' untuk membimbingnya telah menimbulkan pelbagai reaksi negatif dan positif.

Pendek kata, Abby telah banyak bergerak dari pentas ke pentas ceramah.

Sebahagian aktivis Pakatan tidak senang dengannya kerana orang semacam Abby tidak sepatutnya menghabiskan masa dengan ceramah sahaja.

Ini kerana, bakat sebenar mereka bukannya berceramah tetapi aktiviti seni yang sudah sebati dengan mereka sebelum ini.

Antara yang menyuarakan rasa tidak senang itu adalah kartunis Zunar.

Zunar sudah tentu faham dengan apa yang berlaku kerana sebelum ini beliau yang sepatutnya aktif sebagai kartunis juga pernah terseleweng sekejap apabila beliau menjadi Ketua Pengarang Akhbar PKR, Suara Keadilan.

Kini Zunar memperkuatkan kembali bidangnya iaitu kartunis dan berjaya membuat pameran solo ke seluruh dunia termasuk London. -HD

Abby pertahan Pa s

Cerita pelakon Abby Abadi menyertai parti Pas sudah lama heboh sejak keputusannya berhijrah. Tambahan pula, dia sering dilihat berada di kebanyakan ceramah anjuran Pas.

Bagaimanapun, Abby sebelum ini pernah menafi kan hal itu dan mengakui tidak berminat untuk melibatkan diri dengan mana-mana parti politik.

Namun sejak kebelakangan ini, Abby dilihat banyak mengeluarkan status yang menjurus kepada keagamaan. Tidak terkecuali mengenai perihal Pas.

Paling ketara, semalam, status terbaru di laman sosial, Facebook miliknya, terang-terangan menyokong dan mempertahankan parti Pas.

Malah, statusnya itu mendapat pelbagai reaksi daripada peminatpeminat. Tidak kurang ada yang menyokong dan ada juga yang menghentam.

Pun begitu, bekas pelakon Gerak Khas ini turut berbalas komen sambil tetap mempertahankan parti itu.

Sementara itu, Zass cuba menghubungi Abby namun tidak berjaya. Adakah Abby sebenarnya sedang berkira-kira hendak mengumumkan penglibatannya dalam parti Pas.
-SH


4 ulasan:

QalamQabut berkata...

Kesian kat Abby...
"Saya tak tau dari mana dapat keberanian tu, tak masuk television pun tak per. Dah lama sangat dah saya kat television tu. Banyak dah dosa dalam tu," kata Abby.

Semoga Abby terus menerus menyedarkan dirinya, dan tabah menghadapi cabaran. Belajarlah dari kesilapan yang lalu agar ianya tidak berulang.

yeop berkata...

bab dosa paha la tu kerja tuhan dia yang dinilai didalam bukan nya luar kulit hang hias macam mana tuhan tak nilai macam tok guru pakai serban ekor pendek ke panjang dia tak kira hang cari dunia macam mana pun jgn ' lupa tuhan ' macam detik jantung

Tanpa Nama berkata...

Abby Abadi & Leftenan Adnan...adalah contoh tukang sihir Firaun zaman moden.

Tukar sihir Firhaun beriman dan mati syahid apabila menerima kebenaran.

Semoga Allah mengurniakan iman dan sentian memberikan kekuatan kpd golongan ini.

Amin

Tanpa Nama berkata...

Dunia hanya lakonan, akhirat tempat sebenarnya