2 Jun 2012

KBS Sahkan Invois Tuntutan Stadium First Untuk K-Pop Bernilai RM2.04 juta Itu BENAR

KBS Tidak Guna Wang Kerajaan Bayar Persembahan K-Pop

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak menggunakan wang kerajaan untuk membayar persembahan tiga kumpulan K-Pop dari Korea Selatan pada Himpunan Jutaan Belia 2012 dari 23 hingga 27 Mei lepas, di Putrajaya.

Ketua Setiausaha KBS, Datuk Mohid Mohamed (gambar) berkata kos membawa kumpulan itu oleh Stadium First Sdn Bhd (Stadium First) berjumlah RM900,000 (USD$300,000), dibayar menggunakan wang penajaan untuk konsert berkenaan.

"Bagaimanapun, sehingga hari ini, KBS masih belum membuat sebarang pembayaran kepada Stadium First kerana ia masih dalam proses perincian.

"Kos RM900,000 ini ditanggung oleh Stadium First selaku pembekal program kepada KBS dan kita akan menggunakan wang daripada tajaan pihak swasta untuk menyelesaikannya," katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Tiga kumpulan K-Pop yang membuat persembahan itu ialah U-Kiss, Teen Top dan Dal Shabet.

Persembahan itu adalah antara 500 aktiviti yang dijalankan sepanjang lima hari Himpunan Jutaan Belia 2012.

Mohid berkata KBS menerima tajaan berjumlah RM28 juta daripada syarikat-syarikat swasta dalam bentuk wang tunai, barangan dan pelaksanaan pelbagai program.

"Kementerian ingin menjelaskan bahawa invois bernilai RM2.4 juta yang didedahkan dalam laman blog adalah invois awal yang dibuat berdasarkan kepada perkiraan awal yang dikeluarkan oleh agen kepada Stadium First.

"Bagaimanapun, hasil perbincangan dengan agen berkenaan, Stadium First berjaya mendapatkan pengurangan dengan kos akhir membawa kumpulan K-Pop tersebut kepada RM900,000," katanya. BERNAMA

Ulasan GB

Ini berarti bahawa invois tuntutan yang didedahkan sebelum ini adalah BENAR.

Jika ianya tidak didedahkan sebelum ini kemungkinan hangus wang rakyat.

Persoalan baru kini ialah siapa empunya syarikat Stadium First yang dilantik KBS sebagai pembekal program yang telah membuat tuntutan lebih RM15 juta sempena Hari belia berkenaan.

Apakah status syarikat berkenaan sehingga begitu besar jumlah nilai tuntatan dan berapa sebenarnya jumlah wang KBS yang telah dibayar semenjak ia menjadi panel kepada KBS untuk bekalan program KBS?

Rakyat ingin tahu misi KBS membenarkan syarikat berkenaan membawa masuk artis-artis berpakaian lucah dari Korea itu untuk apa?

Untuk menarik sokongan rakyat bukan Melayu terutama Cina untuk menyokong BN yang kini merudum bukan?

Begitu terdesaknya UMNO BN kini, gunakanlah duit UMNO BN, bukan duit kementerian walaupun dari penajaan!

Laporan sebelum ini
klik untuk baca





12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lepas beli cincin, buat hiburan pula???

Iswara berkata...

Nak kata salah Tak nak kata pun salah.Tak pasal-pasal dituduhnya menghina pulak,macam DS Nizar kena tuduh.
Kalau dibuatnya rumah utk rakyat dari wang itu pun bagus juga.Skandal songlap wang makin menjadi-jadi.Dacing dah senget sebelah,matanya buta akibat terlalu lama memerintah.Orang yg sokong kerajaan ini Umpama ia telah menempah Neraka Jahanam.

Tanpa Nama berkata...

Siasat jgn tak siasat. Progrem setan anjuran UMNoooo.. Rosak belia2 kita termasuk le anak2, sedara2 kita yg terpengaruh.

non baling berkata...

kalau dapat GB cari maklumat STADIUM FIRST.....

Tanpa Nama berkata...

Nak bantu rakyat hapus PTPTN membebankan, UMNO habiskan untuk penyanyi luar juta-juta tak membazir

Tanpa Nama berkata...

kalau mahu tahu siapa punya stadium first check di ch astro,pura-pura pula rakyaat malaysia tidak tahu,itu lah dia bawa penari lucah ke program tersebut....syarikat paling penipu dimalaysia lah yang punya stadium first ini...

1 Malaysia berkata...

Itulah kehidupan yang menempa arah ke neraka jahanam. Apa kata MUFTI HARUSANASINI, kalau kita undi UMNO-BN boleh membawa kita ke syurga ke? Dah hangpa dok kata undi PAS tidak menjamin syurga. HARAMJADAH SUNGGUH.
Depa dok ingat duit kerajaan tu duit "mak bapak" depa kot. Duit mak bapak depa, depa tak buat macam ni pulak.
La ni siapa yang dok undi BN dah pasti masuk NERAKA. Ini FATWA AKU. Walaupun undi PAS belum tentu menjamin syurga, AKU pasti undi PAS. Lebih baik AKU bersama saf yang ingin mendirikan /menegakkan Islam daripada mengikuti saf yang kulitnya saja Islam tapi hatinya kapiaq. Kalau Melayu kita masih dok harapkan UMNO, dah pasti Melayu kita akan diganti oleh puak lain yang lebih mesra dengan Islam. Ini janji Allah swt bukan janji UMNO HARAMJADAH.
Kan duit 2.4 juta tu boleh buat berapa rumah untuk orang miskin? Ini guna untuk buat maksiat. Jawablah hangpa masa di akhirat nanti. Kalau kat dunia, lidah yang lembut masih boleh berputar seribu kata nista tapi di sana nanti, tahulah hangpa si HARAMJADAH.

Tanpa Nama berkata...

La ni kita pakat-pakat doa supaya orang-orang Islam yang undi UMNO atau BN tu, undi PAS atau Pakatan Rakyat pulak. Kalau tidak naya ooh. Kat dunia naya, kat akhirat lagi naya. Kita ni bukannya apa, kesian kat depa. Pemimpin dapat isi, depa dapat kuah. Kalau sokong PR, insyaallah kita sama-sama pakat rasa. Sikit sama sikit, banyak sama banyak.

Tanpa Nama berkata...

Jadi kaya Stadium First hasil daripada kerja maksiat.

Tanpa Nama berkata...

banyak duit penajaan. Murah hati yang menyedekahkan 2. kalau awk nak bagi ke? kalau saya, suh bayar duit setem hasil RM10, saya bayar RM10 je la.
Kalau banyak duit, bayar pampasan kat mangsa drag racing 2.. bukan boleh keje dah diorang 2.. sekurang-kurangnya Taja la buka bengkel kereta complete set punya. boleh?

Tanpa Nama berkata...

Tarian tunjuk punggung kematu pun rakyat Malaysia bayar 2.04 juta?Makin teruk pemerintahan BN. Cuba tukar kpd. PR. Cuba dulu, baru tau.

Tanpa Nama berkata...

Begitu banyak nak bayar mangkuk2 dari Korea tu .. Sedangkan bayaran artis tempatan cuma 'keceper' ... Tuuu puunnnn belum bayaaarrrrrr!!!! Dammnnn!!! (aku tau sebab aku salah sorang artis yg terlibat hari tu)