2 Jun 2012

Emilia Contessa Berhasrat Jadi Ahli Parlimen Untuk Perjuangkan Akidah Islam

Jakarta: Penyanyi tahun '70-an dari Indonesia, Emilia Contessa (gambar), berkata penglibatannya dalam arena politik akan membuka ruang untuk beliau bergelar Ahli Parlimen pada pilihan raya Indonesia, yang dijadualkan pada 2014.

Gambar: Wajah terbaru Emilia Contessa. Foto SHAARI CHE MAT(mstar)

Beliau berkata, hasratnya adalah bagi memperjuangkan hak dan akidah Islam di negara itu agar tidak terus tercemar dan berharap usahanya akan mencapai kejayaan.

"Saya sudah 13 tahun berjuang dalam politik. Malah, saya pernah kalah ketika pengundian tetapi saya tidak pernah patah semangat.

"Hasrat saya memang tinggi menggunung untuk memperjuangkan akidah umat Islam di Indonesia," kata Emilia, 55 tahun, lapor mStar Online.

Emilia, yang mewakili parti Persatuan Pembangunan iaitu satu-satunya parti yang memperjuangkan hak masyarakat Islam Indonesia, berkata penglibatannya dalam politik telah membataskan kerjayanya dalam bidang seni.

Ujarnya, ia disebabkan beliau perlu berkempen ke serata tempat mencari pengaruh yang memaksanya menolak banyak undangan persembahan pentas.

"Saya amat bersyukur pada ketika ini saya masih mendapat banyak undangan menyanyi tetapi saya tidak dapat memenuhi semuanya kerana saya aktif berpolitik.

"Saya juga meninggalkan terus dunia lakonan," jelasnya yang pernah popular dengan lagu Penasaran, Bunga Mawar, Rindu, Mungkinkandan Kehancuran.

Walaupun tidak terlalu aktif dalam bidang seni, beliau sentiasa memperuntukkan masa satu jam sehari untuk mengasah vokalnya dengan menyanyi sambil diiringi piano.

Menurutnya, latihan tersebut mampu membuatkan seseorang itu mengekalkan kelunakan suara masing-masing walaupun ketika usia sudah lanjut.

Menyentuh mengenai kisah peribadi, Emilia yang pernah tiga kali berumah tangga berkata suami ketiganya adalah seorang duda, yang juga ahli politik berketurunan Arab iaitu Encik Ussama Muhammad Al Hadar.

Hasil keseluruhan perkahwinan itu, beliau dikurniakan empat anak.

Salah seorang daripada anaknya iaitu Denada Elizabeth Anggia Ayu, yang merupakan penyanyi rap di Indonesia.



Bersangka baik dan berlapang dadalah kita dengan niat murninya..lagi pun kisah ni berlaku di Indonesia... Kalau di Malaysia macam bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Hasan Jati... tobat lahum aku tak percaya dengan apa yang dia sebutkan....

Mungkin kisah lama penyanyi ini timbul kesedaran,,, ikut sejarah, perkahwinan kali pertamanya dengan lelaki Kristian, dan dia ikut sama jadi kristian seketika...

Teringat kembali satu lagu yang ia sampaikan, senikata lagu cukup baik, dan mungkin ada kena mengena dengan dirinya sendiri...
-manjongmari





2 ulasan:

Ammy Hassan berkata...

Emillia contessa penyanyi era 60an-awal 70an satu ketika dulu pernah menimbulkan kontroversi kerana mengahwini Tambun seorang penganut kristian sehingga ada yang kecewa dengan "kegagalan" Pak Hamka mempertahankan akidah Islam Emillia... Saya sangat terkejut dengan berita ini yang dia jadi pejuang akidah Islam di indonesia. Moga ianya benar dan alhamdulillah...

Tanpa Nama berkata...

Undang-undang perkahwinan di Indonesia memang longgar kerana penganut Islam dan Kristian boleh berkahwin tanpa halangan dan anak-anak pula boleh memilih agama apa yang anut.
Jelas nampaknya dakyah musuh Islam (kristian) telah berjaya di bumi Indonesia.
Semoga ini tidak terjadi di Malaysia.