20 Jun 2012

Dakwaan Kelantan Mundur 40 Tahun: Kenyataan Terlajak Mengampu

Saya menganggap kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar yang mendakwa bahawa Kelantan mundur 40 tahun kerana ditadbir oleh PAS merupakan satu kenyataan yang terlajak mengampu. Kenyataan tersebut disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 18 Jun 2012.

Saya hakikatnya amat bersimpati dengan profesor ini yang barangkali hanya membaca akhbar-akhbar pro UMNO tanpa cuba menyelidiki fakta yang sebenar. Seharusnya sebagai seorang yang bergelar profesor, tentunya sudah mahir dengan kaedah penyelidikan yang menuntut sesuatu fakta itu dikaji dengan mendalam terlebih dahulu sebelum dikeluarkan.

Barangkali profesor ini sudah lama tidak memasuki bandar Kota Bharu yang menyaksikan pelbagai pembangunan tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Kemunculan hotel-hotel, pusat-pusat membeli belah, rumah-rumah kedai dan sebagainya sedang mewarnai seluruh negeri Kelantan yang tentunya menafikan sama sekali dakwaan profesor ini bahawa Kelantan mundur 40 tahun. Apa yang tidak ada di Kelantan ialah kedai nombor ekor dan rumah urut. Jika profesor ini bermaksud bahawa Kelantan seolah-olah sedang berada pada tahun 1972 iaitu 40 tahun ke belakang, ia boleh menumbuhkan rasa sangsi tentang bagaimana gelaran prosefor itu diperolehi!

Saya ingin mengajak profesor ini membuka laman web Unit Perancang Ekonomi yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri. Di sana terdapat jadual 6 yang mengandungi fakta Insiden Kemiskinan Mengikut Etnik, Strata dan Negeri, Malaysia, 1970-2009. Profesor tentunya boleh membaca bagaimana indeks kemiskinan di Kelantan ialah 4.8 berbanding dengan Perlis yang mencatat indeks yang lebih tinggi iaitu 6.0, Kedah (5.3), Sarawak (5.3) dan Sabah (19.2). Atau profesor boleh meninjau jadual 7 yang mengandungi indeks kemiskinan tegar yang mencatat indeks Kelantan sebanyak 1.0, sama seperti Sarawak dengan tahap indeks yang sama dan jauh berbanding dengan Sabah sebanyak 4.7.

Jika profesor berhujah tentang jalanraya dan lebuhraya, maka sukalah diingatkan kepada profesor bahawa tidak ada mana-mana kerajaan negeri di Malaysia ini yang membina sendiri lebuhraya tanpa bantuan kerajaan pusat. Dan projek lebuhraya Kota Bharu - Gua Musang telah dijanjikan semenjak Rancangan Malaysia Ke-6 pada tahun 1986 dan sehingga kini belum dilaksanakan. Siapakah yang memungkiri janji jika bukan kerajaan pusat? Justeru, dengan segala kekangan kewangan yang ada, Kelantan menggagahkan diri untuk melancarkan sendiri projek pembinaan lebuhraya untuk fasa pertama dari Machang ke Kuala Krai baru-baru ini. Kenapa profesor tidak menyalahkan kerajaan pusat kerana gagal melaksanakan projek ini?

Atau mungkin profesor berhujah bahawa ramai rakyat Kelantan berhijrah keluar negeri untuk mencari pekerjaan kerana Kelantan sudah mundur ke belakang. Saya ingin membentangkan fakta yang terkandung di dalam Pelan Induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur yang dikeluarkan pada bulan Oktober 2007. Pada halaman 2-16, tercatat fakta bahawa pada tahun 2003, in-migration (penghijrahan masuk) ke Kelantan ialah seramai 24,460 orang berbanding dengan out migration (penghijrahan keluar) dari Kelantan seramai 21,950 orang. Jelasnya, lebih ramai yang memasuki Kelantan berbanding dengan yang keluar daripada Kelantan! Jika daftar penghijrahan ini menjadi ukuran, adakah benar dakwaan bahawa Kelantan tidak mempunyai peluang pekerjaan? Atau angka mana yang menjadi rujukan Profesor?

Saya simpati kepada Profesor Datuk Dr. Kamaruddin Kachar, barangkali terlajak ingin mengampu sehingga kenyataan sebegini dangkal keluar. Berpada-padalah dalam membuat bandingan, jangan sampai ia menjadi bahan ketawa. Saya teringat kepada seorang aktor kelahiran County Durham, England iaitu Rowan Atkinson. Beliau memegang watak Mr Bean. Beliau juga dikatakan merupakan seorang Profesor sebelum menjadi pelakon lawak jenaka. Jika benar berita angin ini, ertinya tidak mustahil seorang profesor boleh menjadi pelakon lawak jenaka.

Ia tiada kaitan dengan Profesor Datuk Dr. Kamaruddin Kachar.

Salam hormat,

AHMAD FADHLI BIN SHAARI,
Setiausaha Akhbar,
YAB Menteri Besar Kelantan.

16 ulasan:

otaklunyai berkata...

dah nyanyok tu... bior kan aje.. jangan dilayan sangat... perintis prof. kangkong yg ada di m'sia... dah naik tahab gaban sampai jadi kongkang...

Tanpa Nama berkata...

Setuju sangat professor ni tukar profession sebagai pelawak.

University mana yang lantik pelawak ni sebagai prpfessor.

abdullah berkata...

Yang dimaksudkan Kelantan mundur iaah kerana Kelantan tiada premis TOTO,MAGNUM dan KUDA serta kelab-kelab malam..............kut

sizzly7761 berkata...

Aduhai...sampai terkentut kentut aku mengilai tentang betapa bodoh dan kacaunya fikiran Prof.Kangkong ni.Aku boleh bayangkan masa tu sekolah masih pakai seluar pendek biru..kalau macam inimungkin confirm la kot Prof.ini alami kacauganggu fikiran dek kerana terlampau banyak bodek,ampu dan ilmunya dah takde barakah!Nasib baikla masa kat U dulu dia bukan pensyarah aku atau dekan fakulti atau ketua jabatan pengajian aku. Kalau tidak aku mungkin bangang dan terganggu macam dia! Fuhhh!! Nasibbaekk! Kalau tidak teruklah selangor kalau aku buat perbandingan! Mungkin aku akan cakap selangor ketinggalan 50 tahun kebelakang!!! Kacau...kacau ngapalah kau bersuara? Kalau diam orang tak tahu... Bila cakap kan dah confirm bodoh melantun-lantun.

Arrazzi Alhafiz Alattas berkata...

Nak kata miskin? Biar gi lah. "Miskin-miskin" Kelantanpun, bangunan-bangunan komersil dia siapa yang punya? Orang Melayu (Islam tentunya).

Johor bangunan tinggi-tinggi, megah siapa punya? KL bangunan-bangunan komersil siapa punya? Melaka? Pahang? Tak payah cakap. Semua orang tahu.

Dok bangga yang bukan kita punya kejadah menda!

Saya baru sahaja balik dari melawat Kelantan. Cacatan, http://arrazzi.blogspot.com/2012/06/serambi-mekah-al-muntazhar.html

Agaknya dia kata mundur sebab Kelantan masih mendaulatkan tulisan jawi. Kan tulisan jawi hanya subur 40 tahun dahulu dan ke bawah je.

Bercakap mengalahkan budak kecil. Memalukan...

eden berkata...

Apo yang bangang punyo Prof, memalukan botu. Kalau den ado kuaso mahu den tarik jo gelaran Prof tu. Nampak sangat kebangangangnya !

zax berkata...

memang betul pun , dia serupa Mr bean, memang katun.. umngok bg gelaran Prof kat dia , semua untuk menipu rakyat.. sebagai pencacai tegar, dia terpaksa buat apa saja ,ikut arahan umngok laknat, demi nak dapat gaji Prof dia tu.. bg ank bini mkn.. klau tak ikut, miss soru nanti..pergi jahanam n mampos prog kangkung , pembawa sial dlm bidang akedemik kat malaysia ni..

Tanpa Nama berkata...

rakyat hidup mundur di malaysia, yang kaya hanya kroni UMNO dan najib/mahathir..

Waris berkata...

Pakcik ni bukan sekadar KANGKUNG... tapi THE REAL KANGKUNG

Tanpa Nama berkata...

Lebih baik bakar saja sijil Phd nya.

Unknown berkata...

Ada juga manusia yg bodoh bergelar profesor..orang mana haa...buat malu negeri...dah takdak orang cerdik lagi ka?

Tanpa Nama berkata...

Salam,
Mr Bean tu engineer dan lawak dia tahap international dan evergreen. Matang sehingga boleh buat lawak ke raja dia (movie dan siri). Kita kat malaysia mana boleh buat dan lawak bodoh sgt kalau KK (org upm masih ingat "moyok") ni yg buat!
Ex upm

ram singh berkata...

baso tolol ... professor mu tu yang ketingalan jauh .. muka kotor ..mulut kotor .. belajar sampai dapat jadi professor tapi bodorr...jenis kachar, kuchar mu ni

Tanpa Nama berkata...

Ce anto komen2 kat atas tu kat profesor kangkong ni biar die sedo siapa die sebenonya... profesor tunggu mati!

rby berkata...

Si Luncai terjun dengan labu-labunya

Pak Long berkata...

salam
ada ke dia ni menjejak kaki ke Kelantan? tak pernah kot