7 Mei 2012

[Video] Serah Memo Kepada Polis, Kump Pro-UMNO Cuba Sekat Chegu Bard Di Bukit Aman

Kumpulan pro, anti-BERSIH bertembung di Bukit Aman

Sekumpulan penyokong BERSIH 3.0 bertembung dengan satu lagi kumpulan anti-perhimpunan itu dalam satu kejadian yang hampir mencetus pergeseran di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman petang ini.

Insiden pada anggaran jam 2.50 petang itu bermula apabila kumpulan pro-BERSIH, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) disorak oleh kumpulan anti-perhimpunan berkenaan, termasuk anggota NGO Suara Anak Muda 1Malaysia.

Kumpulan SAMM diketuai pengerusinya Badrul Hisham Shaharin itu mula disorak dengan panggilan "pengkhianat negara" apabila kumpulan itu mula bergerak dari satu kawasan parkir ke kawasan pintu masuk Bukit Aman.

Keadaan kemudiannya menjadi tegang apabila seorang pemimpin Suara Anak Muda 1Malaysia, Armand Azha Abu Hanifah secara tiba-tiba meluru ke arah pemimpin Badrul Hisham.

Beberapa orang anggota polis bagaimanapun berjaya menghalang Armand daripada mendekati Badrul Hisham dan 10 orang yang lain.

SAMM hadir ke Bukit Aman hari ini untuk menyerahkan memorandum bagi mendesak supaya pihak polis yang terlibat melakukan kekerasan ke atas peserta perhimpunan 28 April itu menyerah diri.

Kumpulan bersama Armand itu dalam perhimpunan terdahulu pula menyerahkan kenyataan ikrar kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai sokongan terhadap tindakan pasukan itu dalam menangani perhimpunan 28 April.

Perhimpunan pada kira-kira jam 1.10 petang itu diketuai presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu, Datuk Mohd Ali Baharom yang berkata ikrar itu juga sebagai bantahan ke atas tindakan peserta dalam perhimpunan BERSIH 3.0 itu.

"Kita mahu negara yang aman dan kita sokong PDRM. Kita beramai-ramai berikar hari ini menyatakan bahawa kami sokong PDRM," katanya yang menyifatkan perhimpunan berkenaan sebagai "anasir jahat untuk menumbangkan negara."

Katanya lagi, tindakan yang ditunjukkan peserta perhimpunan berkenaan juga merupakan perbuatan yang "kurang ajar."

"Saya minta agar Datuk Seri Hishammuddin (Hussein) dapat menahan mereka yang membuat provokasi dan ketua-ketua mereka," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan ikrar tersebut kepada seorang wakil ketua polis negara, ASP Ramli Yusuf.

Turut hadir dalam perhimpunan selama 15 minit yang disertai kira-kira 30 orang itu ialah wakil NGO Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara, Pertubuhan Ikatan Perpaduan Melayu Gombak.

Kumpulan yang berhimpun di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman itu juga membacakan ikrar berkenaan dan turut melaung slogan "hidup polis", "hancur Ambiga" serta menyanyikan lagu "Barisan kita." -mk



11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Melihat kepada video di atas, jelas pihak polis mangsa kepada keadaan. Kebersalahan diantara profesionalisma dan arahan kepolitikan pemerintah jelas membelenggu kepolisan. Hanya kemenangan Pakatan Rakyat ke Putrajaya dapat mengubahnya, dan melegakan institusi polis dalam melaksanakan tugasnya dengan adil dan bertanggungjawab.

Tanpa Nama berkata...

Kumpulan-kumpulan menentang BERSIH 3 ni tak faham dan tak mau faham apa yang dituntut oleh BERSIH 3.Depa tak faham lebih dari 2 juta PATI terdiri dari Indon,Bangra,India,Pakistan,Cina,
Burma,Kemboja,Filipina dan Vietnam akan diiktiraf sebagai warganegara sdan akan menjadi pengundi.Depa tak langsung memikirkan nasib masa depan anak-cucu depa.Yang penting sekarang dapat "imbuhan" mesti ikut arahyan ketua.

Tanpa Nama berkata...

respek pd pd en badrul...walaupun di provok masih cool...sabar...mereka melalak dan provok apabila ramai aje..tak perlu gaduh2..masing2 ada pendirian so apa perlu bertekak...
ahc

Tanpa Nama berkata...

klu udah buta hati pekak telinga itu lah jadi nya mengampu tahap gaban . hilang kewarasan melayu ubN

zairil berkata...

Kalau ada yang masih tak faham.....tulah sebabnya rakyat berhimpun. Kami mahukan pemimpin yang mempunyai keintelektualan dan moral yang tinggi. Bukan samseng jalanraya atau samseng jalan kebun.

Kalau setakat maki hamun, macam pondan kena kejar dengan DBKL.....hentikanlah. Rakyat dah meluat dengan perangai gangster ni.

Janganlah berjuang untuk Melayu. Orang melayu pun malu tengokkan gelagat tak bertamadun yang ditunjukkan.

Tahniah Chegu Bard sebab maintain cool.....

Tanpa Nama berkata...

berhimpun sekadar nak bodek polis baik tak payah..

Tanpa Nama berkata...

aku heran betul penyokong UMNo/BN nie....karang kata bodoh mcm lembu...marah...ttp dgn perangai mcm tu...mmg betul sebijik mcm lembu...dan mudah diperlembukan oleh UMNO/BN....dia org tak tahu ker yg memberi kerakyatan dgn mudah kpd PATI disbbkan nak melanjutkan kuasa adalah suatu merupakan perbuatan pengkhianat negara yg sebenar-benarnyer......sbb dgn memberi kerakyatan dgn mudah kpd PATI akan juga menghakis hak2 kita rakyat negara Malaysia ygtulin.....sebenarnyer pemimpin2 UMNO/BN nielah pengkhianat negara yg sebenarnyer.....sedangkan pendemo2 BERSIH bertujuan utk membersihkan perjalanan pilihanraya.....supaya dpt bertanding dgn cara adil di" tanah yg rata"....sebenarnyer pemimpin2 UMNO/BN nie cuber mengalihkan perhatian penyokong2nyer yg kini berbelah bahagi dari sbb isu sebenarnyer perhimpunan ini diadakan......

Tanpa Nama berkata...

respect kt badrul!!!
yang lembu2 kat blakang mcm nak nangis becakap hahaha...

Tanpa Nama berkata...

kalau nak tengok lembu gila keluaran sarizat kena sawan babi ini masanya.....

Tanpa Nama berkata...

yang boleh dikatakan, penyokong UMNO ini adalah mahkluk paling bangsat, bodoh, samseng kampung, jahil, gila babi dan tersangat rendah moralnya.Hasil dari sikap mereka ini...mulai hari ini aku haramkan anak2, adik2 beradik, saudara mara saya mengundi, menyokong atau bersekongkol dengan puak yg tak bermoral ni.....

ct berkata...

Tentera bersara ni terjerit2 mcm anjing. Akal kelas bawah, biadap. Entah2 sekolahpun sampai darjah 6 saja.PR nak buat perubahan, gantikan UMNO yg korap,dan perompak negara dgn. melayu PAS atau melayu PKR yg. baik dan bersih.Duit rakyat disapu oleh pemimpin UMNO /BN .Institusi negara sudah rosak, perlu diperbetulkan.Pengkhianat negara adalah JPN, JPM, SPR yg memberi mykad kpd pendatang asing utk. tujuan undi BN, supaya mereka kekal berkuasa dan terus merompak wang negara.