7 Mei 2012

Astaghfirullah, Pelajar Dirogol Di Tangga Sekolah

Rogol dekat tangga sekolah

ALOR GAJAH - Akibat gagal melawan nafsu serakah, seorang remaja berusia 14 tahun sanggup merogol seorang murid Tahun Tiga di kawasan tangga bangunan sebuah sekolah, di sini kelmarin.

Bukan saja merogol, malah remaja lelaki berkenaan turut mengugut serta mengacukan senjata tajam kepada murid berusia 9 tahun itu yang tinggal di asrama sekolah berkenaan.

Menurut sumber, murid terbabit menjadi mangsa kerakusan remaja berkenaan Isnin lalu, sebelum sekali lagi berlaku kejadian sama pada Rabu dan Khamis lalu.

“Murid berkenaan menjadi mangsa sejak Isnin ketika sedang menunggu ibu menjemputnya selepas tamat sesi persekolahan sebelah petang.

“Mangsa dihampiri remaja berkenaan yang kemudian membawa mangsa menaiki tangga serta merogolnya di kawasan tangga bangunan sekolah berkenaan.

“Remaja terbabit kemudian melepaskan mangsa yang dalam ketakutan dan menghunus senjata tajam ke arah mangsa sambil mengugutnya,” katanya.

Menurut sumber berkenaan, kejadian sama berlaku selang sehari selepas itu ketika waktu rehat kira-kira 10.30 pagi Rabu lalu apabila murid-murid lain keluar ke kantin.

“Mangsa yang tinggal seorang diri dalam kelas ketika itu didatangi remaja terbabit. Sekali lagi remaja berkenaa melakukan perbuatan terkutuk itu di tangga sekolah dan memberi amaran agar tidak memberitahu sesiapa,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Menurutnya, mangsa kemudian melaporkan kepada pihak sekolah apabila buat kali ketiga kejadian sama berlaku Khamis lalu, kira-kira 10.30 pagi dan kali ini mangsa diacu senjata tajam di leher.

“Pihak sekolah terkejut selepas diberitahu kejadian itu dan segera memanggil ibu mangsa sebelum bertindak membuat laporan polis,” katanya.

Katanya, mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk pemeriksaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Shaifuddin Shaharuddin mengesahkan kejadian.

“Polis sudah mengenal pasti suspek dan tangkapan akan dibuat dalam masa terdekat ini,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Melaka, Mohamad Yusuff Osman ketika dihubungi memberitahu pihaknya ada menerima laporan dan akan menunggu lapo­ran polis sebelum sebarang tindakan diambil.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

takziah untuk keluarga mangsa. ermm.. kalau ditakdirkan budak tu bunting, boleh laa hantar ke sekolah ali ketam.

Tanpa Nama berkata...

Pihak sekolah tahu nak buat program saja. Demi apa2lah. Selalu lupa kebajikan dan keselamatan murid. Maklumlah itu bukan anak mereka. Samanlah mereka yang cuai itu. Itulah lambang kepedihan.

Tanpa Nama berkata...

Astagfirullah hal azim... apa nak jadi sekarang ni... balai polis x selamat... sekolah pun x selamat...

Tanpa Nama berkata...

sebenarnyer negare kite prlukan sistem pntadbiran cara islam..hukum2 Allah..brulah org takut nak wat jahat..apabila hukum2 Allah nie diabaikan..tgkla ape yg da berlaku kat Malaysia Boleh nie..astaghfirullah...

Tanpa Nama berkata...

Salam..
mcm mana sekolah rendah boleh dimasuki oleh budak 14 thn tu?Program yg sekolah buat adalah mengikut arahan dari pejabat pelajaran daerah dan seterusnya dari arahan jabatan pelajaran negeri.bukan sahaja murid sekolah yg jadi mangsa,bahkan guru2 pun jadi mangsa dari sistem pelajaran kita.anak sendiri 2,3 org pun susah nak pantau ni kan pula berpuloh(atau beratus) anak murid nak di pantau?

Tanpa Nama berkata...

Apabila hukum agama dipermainkan oleh pemimpin-pemimpin yang zalim maka beginilah jadinya, gambar lucah jadi tatapan umum, cuba baca doa antara dua sujud kalau tak tahu suruh ustadz asri bacakan apakah makna wajburni...bayangkan bukan menghebahkan tetapi ditutup atau dihukum mengikut hukum islam...ade berani, pak ustad & mufti bagaimana...tak kena anak sendiri..bayangkan betapa deritanya budak tu..

Tanpa Nama berkata...

sebab apa remaja itu pilih budak sekolah dan dibawah umur? barangankali beliau contohi bekas KM melaka, sebab undang-undang di Melaka tak salah, sebab itu RTC tak kena hukuman.

Kuasa Rakyat® berkata...

kenapa polis nak tangkap "dalam masa terdekat" sedangkan suspek telah dikenalpasti?

tak ke bangang statement tu..

Tanpa Nama berkata...

Anon 4.28. Syabas atas kepekaan.
Mmg tu le yg pihak PAS & yg faham ingin perjuangkan, sbb hukum tu dari ALLAH, ape pasal le puak2 sanun tu sombong sangat menolaknya?

Macam2 le dalihnya.
Paling tak pun peringkat awal, mengakui saja ttg kebaikan hukum tu dah memadai, ni macam2 le tohmahan, undang2 PAS le, undang2 politik le. Depa lupa, SAPA yg jadikan depa2 tu?

Semuga ada kalangan yg nak tegakkan hukum Allah, Allah tak banyakkan gejala2 sedemikian wlu suasananya agak mengerikan sekarang.
Akan datang, macam mana agaknya selagi tak berubah, malah semakin dipersenda2kan.

Tanpa Nama berkata...

org yg paling rapat dgn saya bekerja disalah sebuah sekolah di daerah alor gajah.... hampir setiap hari ada kes tangkapan pelajar2 yg melakukan perkara terkutuk... ada juga kes melibatkan hubungan sonsang... pihak sekolah cepat2 settle dgn mak bapak dan tutup kes... sampaikan pihak jabatan pun tak tahu hal ini... nak jaga nama sekolah kononnya...

Tanpa Nama berkata...

Kena siasat dulu le..bukan senang nk hukum org..adoiiiyaii..iTu pun xboley pk ke????