7 Mei 2012

Polis Perlu Tangkap Anggotanya Dengan Segera!

Warga siber siar foto polis yang 'dikehendaki'

Kecewa dengan tanggapan bahawa polis tidak mengambil tindakan terhadap anggotanya yang didakwa menggunakan kekerasan berlebihan semasa perhimpunan BERSIH 3.0, warga siber memulakan inisiatif untuk mengenal pasti mereka yang dikatakan telah menyerang seorang jurugambar akhbar.

Satu imej empat anggota polis yang dikatakan telah menyerang Huang An Jian - jurugambar akhbar berbahasa Cina, Guang Ming Daily - telah dimuatkan dalam halaman peminat Facebook berbahasa Cina.

Postingnya bermaksud 'Masa untuk balas dendam! Kongsi ini! Empat anggota polis yang menyerang wartawan Guang Ming Daily!".

Dalam masa 24 jam, imej tersebut telah menarik lebih 3,000 'likes' dan lebih 200 komen. Ia telah dikongsi oleh lebih 6,000 pengguna Facebook.

Perhimpunan di Kuala Lumpur pada 28 April lalu telah dicemari oleh keganasan yang membabitkan kedua-dua pihak - anggota polis dan para peserta.

Polis telah menerbitkan gambar 91 peserta, meminta mereka tampil membantu siasatan dakwaan berlaku keganasan. Gambar-gambar lain menunjukkan peserta 'merempuh benteng polis'.

Sekurang-kurangnya 13 wartawan, jurugambar dan juruvideo telah diserang semasa perhimpunan tersebut. Kebanyakan mereka mendakwa telah dikasari polis walaupun mereka menunjukkan kad media dan memperkenalkan diri mereka sebagai petugas media.

Banyak gambar atau klip video yang menunjukkan dakwaan kekejaman polis, telah dimuatnaik di Internet oleh para saksi.

Polis, bagaimanapun, hanya menerbit gambar satu sahaja insiden tersebut dan meminta saksi dan mangsanya menghubungi mereka.

Ini menyebabkan warga siber mengkritik pihak polis kerana didakwa menjalankan siasatan berat sebelah dan cuba melindungi anggotanya yang terbabit. -mk

Ulasan GB

Polis kini perlu buktikan mereka professional dengan mengambil tindakan segera terhadap anggotanya yang melakukan keganasan semasa perhimpunan BERSIH 3.0.

Jangan hanya bernai untuk menangkap hanya para peserta.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

itu baru 4 orang polis yg serang jurugambar paper cina tu.

polis-polis yg pukul warga-warga Bersih ada berpuluh lagi yg tertangkap gambar diorang. lambat laun akan siap di potret kan dalam poster '49 most wanted' jugak!

Tanpa Nama berkata...

siapa bunuh altantuya? kenapa bunuh??????

Tanpa Nama berkata...

polis baik,,,gaji naik lagi le,,lepaih ni dapat elaun pukul wartawan pulak
rm 30sejam,,,yahoooodi.

Tanpa Nama berkata...

dah keluar report ni ... pasti kan ada bukti detail macam polis ada bukti peserta bersih . jangan bukti gambar setengah tengah plak ... sebab aku perhati polis tangkap perserta berdasarkan dari bermula insiden ... bukan tengah 2 macam acu pistol tu . dah 5 orang mai flying kick dia ... kalo hang pon mesti bawa keluar pistol ... tak macam tu

Tanpa Nama berkata...

poster polis most wanted sudah keluar...

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=417213324969468&set=a.164534803570656.36255.160537680637035&type=1&theater

Tanpa Nama berkata...

Semua mesti ingat kes Mata Lebam DSAI.Nak harap Polis tangkap Polis,tunggulah kucing bertanduk.Ketua Polis Negara sudah buat spin kononnya BERSIH 3 nak jatuhkan kerajaan.Bermakna semua keganasan yang Polis buat tu "halal" dan betul sebab nak mempertahankan negara.Dia ingat 300,000 rakyat yang hadir pada BERSIH 3 tu bangang macam dia.

Tanpa Nama berkata...

jangan tunggu PDRM ambil tindakkan, jumpa saja kat mana-mana bubuh cukup-cukup, siapa yang ada foto anjing berkenaan tolong besarkan saiz A4 dan sebarkan.

tolong siasat dan dapatkan no kenderaan mereka untuk memudahkan urusan penyelesaian.