Fitnah: Rahim diberi 24 jam tarik balik kenyataan
KOTA BHARU, 8 Mei: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor (gambar) diberi tempoh 24 jam menarik balik tuduhan terhadap Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dianggapnya “bapa kafir”.
Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Kelantan, Hisham Fauzi berkata, kenyataan bekas ketua polis negara terbabit jelas tidak matang dan bersifat fitnah.
“Oleh itu kami memberi tempoh 24 jam untuk Rahim menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf secara terbuka kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
“Sekiranya beliau didapati gagal menarik balik kenyataan fitnah tersebut, kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan mahkamah terhadapnya,” katanya di sini.
Bekas Ketua Polis Negara itu dalam kenyataan dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini melabelkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai “bapa kafir” kerana dianggap mengelirukan umat Islam ekoran kenyataannya wajib menyokong Bersih 3.0.
Sebelum ini Menteri Besar Kelantan meminta rakyat keluar beramai-ramai pada himpunan Duduk Bantah pada 28 April lalu sebagai tanda membantah ketidakadilan dan kewujudan daftar pemilih yang meragukan.
Hisham berkata, kenyataan Rahim begitu melulu sekali dan langsung tidak mencerminkan seseorang yang memegang jawatan tinggi dalam pasukan polis.
Oleh itu kata beliau tindakan undang-undang akan diambil sekiranya bekas ketua polis terbabit tidak menarik balik kenyataan dan memohon maaf dalam tempoh ditetapkan. -HD
KOTA BHARU, 8 Mei: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor (gambar) diberi tempoh 24 jam menarik balik tuduhan terhadap Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dianggapnya “bapa kafir”.
Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Kelantan, Hisham Fauzi berkata, kenyataan bekas ketua polis negara terbabit jelas tidak matang dan bersifat fitnah.
“Oleh itu kami memberi tempoh 24 jam untuk Rahim menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf secara terbuka kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
“Sekiranya beliau didapati gagal menarik balik kenyataan fitnah tersebut, kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan mahkamah terhadapnya,” katanya di sini.
Bekas Ketua Polis Negara itu dalam kenyataan dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini melabelkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai “bapa kafir” kerana dianggap mengelirukan umat Islam ekoran kenyataannya wajib menyokong Bersih 3.0.
Sebelum ini Menteri Besar Kelantan meminta rakyat keluar beramai-ramai pada himpunan Duduk Bantah pada 28 April lalu sebagai tanda membantah ketidakadilan dan kewujudan daftar pemilih yang meragukan.
Hisham berkata, kenyataan Rahim begitu melulu sekali dan langsung tidak mencerminkan seseorang yang memegang jawatan tinggi dalam pasukan polis.
Oleh itu kata beliau tindakan undang-undang akan diambil sekiranya bekas ketua polis terbabit tidak menarik balik kenyataan dan memohon maaf dalam tempoh ditetapkan. -HD
Rahim Noor gelar Nik Aziz 'bapa kafir'
Bekas ketua polis negara Tan Sri Rahim Noor menyifatkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai father of kafir (bapa kafir) yang didakwanya cuba memesong orang Islam bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 adalah tanggungjawab agama.
Akhbar New Straits Times memetik Rahim sebagai berkata perkara itu bukan kali pertama Nik Aziz mengeluarkan kenyataan seperti itu yang didakwanya "mengelirukan" rakyat.
"Beberapa tahun lalu, beliau berkata penyokong Umno akan masuk neraka dan sekiranya umat Islam mahu masuk syurga, mereka kena sertai PAS.
"Dia juga berkata Umno itu kafir sebab bekerjasama dengan MCA dan MIC. Tapi lihat PAS sekarang, mereka berpakat dengan DAP, sebuah parti politik yang menolak negara Islam," katanya.
Menurut Rahim, bila ulama yang dihormati seperti Nik Aziz mengisytiharkan tanggungjawab agama menyokong BERSIH, maka rakyat melihatnya satu kewajipan sekalipun kerajaan menyatakan perhimpunan itu melanggar undang-undang.
"Dia mungkin dikenali dan dihormati sebagai ulama sebab kelayakannya tetapi beliau hanya seorang political animal yang mahu mengekalkan kuasanya di Kelantan," katanya Rahim lagi.
Semalam Nik Aziz dilapor berkata keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang mengharamkan perhimpunan yang menurut majlis itu bertujuan tidak baik sepertimana yang berlaku dalam perhimpunan 28 April lalu, dibuat hanya menggunakan "sebelah mata".
Sekalipun beliau bersetuju perhimpunan yang mencetuskan huru hara dan merosakkan harta benda awam adalah haram, tetapi berpendapat BERSIH 3.0 "bukannya bertujuan untuk mencetuskan huru-hara sebaliknya yang menuntut lapan perkara untuk membersihkan pilihan raya".
Mengulas lanjut, Rahim menggesa golongan muda supaya menyelidiki siapa sebenarnya penganjur BERSIH 3.0 dan tidak mengikutinya secara membuta tuli serta mendakwa rakyat melihat Nik Aziz sebagai "pelawak".
Sementara itu Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Pemuda PAS Kelantan memberi tempoh 24 jam kepada Rahim menarik tuduhan itu dan memohon maaf secara terbuka kepada Nik Aziz.
Pengerusinya Hisham Fauzi berkata kenyataan bekas ketua polis negara itu "jelas tidak matang dan bersifat fitnah".
"Sekiranya beliau didapati gagal menarik balik kenyataan fitnah tersebut, kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan mahkamah terhadapnya," katanya dipetik dari Harakahdaily- mk
SIAPA RAHIM NOOR?
Rahim Noor dipenjara -- Rayuan ketepi hukuman ditolak dan diperintah bayar denda RM2,000
ABDUL Rahim Mohd. Noor diiringi keluar oleh anggota polis dari Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur semalam untuk menjalani hukuman penjara dua bulan di Penjara Kajang. - Gambar ZAINI HUSIN.
KUALA LUMPUR 30 April - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Mohd. Noor hari ini diperintahkan menjalani hukuman penjara dua bulan setelah Mahkamah Rayuan menolak rayuannya untuk mengetepikan hukuman kerana kesalahan mencederakan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mahkamah itu juga memerintahkan Abdul Rahim membayar denda RM2,000 atau penjara dua bulan seperti yang telah diputuskan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada 15 Mac tahun lalu.
Abdul Rahim, 57, kemudian dibawa menaiki sebuah Pajero cermin gelap menuju ke Penjara Kajang dengan diiringi anggota-anggota polis dalam dua buah Pajero lain dan dua buah kereta kira-kira pukul 2.52 petang ini.
Hukuman penjara terhadap Abdul Rahim berkuat kuasa mulai hari ini.
Hakim Datuk Shaik Daud Ismail yang mengetuai panel tiga hakim Mahkamah Rayuan membuat penghakimannya pagi ini, selepas mendengar hujah rayuan yang dikemukakan oleh peguam-peguam mewakili perayu (Abdul Rahim), K. Kumaraendran dan V. Sithambaram.
Beliau mencapai keputusan itu bersama Hakim-hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Saari Yusoff dan Datuk K.C. Vohrah.
Pihak pendakwa yang menentang rayuan tersebut diwakili oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Salehuddin Saidin dan Dzulkifli Ahmad.
Karpal Singh dan S.N. Nair pula hadir selaku peguam-peguam pemerhati mewakili bekas Timbalan Perdana Menteri itu sebagai pengadu kes tersebut.
Abdul Rahim membuat rayuan itu kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi di sini mengekalkan hukuman penjara dua bulan yang telah dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Akhtar Tahir.
Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin dalam keputusannya pada 15 Disember tahun lalu mengetepikan hukuman denda RM2,000 terhadap Abdul Rahim.
Ketika mengumumkan penghakimannya menolak rayuan itu pada sidang pukul 11.30 pagi ini, Hakim Shaik Daud menegaskan bahawa Abdul Rahim melakukan kesalahan itu pada masa dia memegang jawatan tertinggi dalam pasukan polis.
Katanya, Abdul Rahim sepatutnya menjadi contoh dalam pasukan polis tetapi sebaliknya dia meletakkan dirinya pada tahap yang paling rendah akibat perbuatan yang telah dilakukannya.
Hakim Shaik Daud berkata, tindakan perayu yang dilakukan terhadap orang tahanan tidak dapat dibayangkan dan ia tidak berperikemanusiaan.
Tambahan pula dalam kes ini, kata beliau, orang tahanan itu diarahkan oleh Abdul Rahim supaya diikat (ditutup) kedua-dua matanya dengan kain dan yang paling teruk tangan digari dari belakang.
Hakim Shaik Daud menegaskan, ia suatu perbuatan yang teruk dalam pasukan polis yang berdisiplin.
Menurut beliau, mahkamah telah meneliti dengan terperinci rekod rayuan Abdul Rahim demi keadilan kedua-dua pihak iaitu perayu dan juga mangsa.
Dalam menilai hukuman, jelas Hakim Shaik Daud, ia mengambil kira kepentingan mangsa selain tidak mengetepikan kepentingan awam.
``Kami juga menimbangkan hujah-hujah yang dibentangkan oleh peguam-peguam perayu pagi ini,'' jelas beliau.
Bagaimanapun, kata Hakim Shaik Daud, dalam keadaan kes ini, mahkamah tidak dapat menemui sebarang perkara untuk campur tangan berhubung hukuman yang telah diputuskan oleh hakim Mahkamah Sesyen.
``Kami berpendapat bahawa Mahkamah Tinggi tidak seharusnya campur tangan dengan bidang kuasanya hanya kerana Hakim Mahkamah Sesyen tidak menyatakan secara spesifik kenapa dikenakan denda.
`Kami tidak ada alasan untuk membatalkannya (denda),'' jelas Hakim Shaik Daud.
Menurut Hakim Shaik Daud, alasan yang dinyatakan oleh Hakim Mahkamah Sesyen meliputi keseluruhan hukuman berdasarkan fakta dan keadaan kes itu.
Namun, ujar beliau, hukuman yang dijatuhi Mahkamah Sesyen itu adalah ringan dan alasannya hanya diketahui oleh hakim mahkamah berkenaan.
Pendakwa raya juga, kata beliau, tidak mengemukakan rayuan balas terhadap hukuman itu.
Selain itu, kata Hakim Shaik Daud, beliau ingin mengambil kesempatan untuk mengingatkan kepada mahkamah-mahkamah yang lebih rendah bahawa ia seharusnya menangani kes-kes melibatkan pegawai polis memukul sesiapa pun dengan serius.
``Tanpa mengira pangkat pegawai polis yang didapati bersalah memukul mana-mana orang awam ataupun seseorang tahanan seperti kes ini,'' tegas beliau.
Hakim Shaik Daud menjelaskan lagi, sebagaimana yang dinyatakan pada awalnya, mahkamah itu tidak mendapati sebarang kesilapan dalam undang-undang atas hukuman yang telah diputuskan oleh Mahkamah Sesyen tersebut.
Pada 15 Mac tahun lalu, Abdul Rahim telah dihukum penjara dua bulan dan denda RM2,000 atau penjara dua bulan selepas mengaku bersalah atas tuduhan pindaan mencederakan bekas Timbalan Perdana Menteri itu di lokap No. 6, Bukit Aman, kira-kira pukul 10.45 malam, pada 20 September 1998.
Ketika berhujah dalam rayuan itu hari ini, Kumaraendran memohon agar Abdul Rahim tidak dikenakan penjara kerana dia akan kehilangan wang pencen.
Kumaraendran berkata, dengan mengaku bersalah terhadap kesalahan itu, Abdul Rahim akan hilang faedah persaraannya seperti pencen yang secara tidak langsung merupakan denda berjumlah RM5,000 sebulan.
Beliau menambah Abdul Rahim bertanggungjawab sepenuhnya dengan mengaku terhadap kesalahan itu di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja yang ditubuhkan untuk menyiasat insiden itu.
Abdul Rahim meletak jawatan sebagai Ketua Polis Negara pada 8 Januari 1999.
Menurut peguam itu lagi, Hakim Mahkamah Sesyen juga tidak menimbangkan khidmat dan jasa cemerlang Abdul Rahim kepada negara ini.
Sebelum itu, Kumaraendran menerangkan sebab-sebab mengapa Abdul Rahim mengaku bersalah atas tuduhan pindaan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Di antara sebabnya, kata peguam itu, Abdul Rahim sungguh menyesal atas perbuatannya dan jika perbicaraan dijalankan ia akan melibatkan anggota polis lain.
Katanya, Abdul Rahim juga tidak mahu isu itu berlarutan dan tidak mahu memalukan kerajaan.
Hakim Shaik Daud lalu mencelah dengan mengatakan bahawa bukankah tindakan Abdul Rahim itu telah memalukan negara.
Peguam tersebut menjawab walaupun perkara itu tidak dinafikan namun ia menjimatkan masa perbicaraan kerana terdapat 24 orang saksi.
Ketika berhujah balas, Salehuddin yang mewakili pendakwa memberitahu bahawa pihaknya tidak mengemukakan rayuan balas kerana berpendapat keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi adalah betul dengan mengekalkan hukuman penjara terhadap perayu tersebut. 01 Mei 2001
25 ulasan:
Rahim Noor, kalau DAP tolak Islam, ok jugak, tapi UMNO tolak Islam, apa cerita?
La mamat ni tak mampoih lagi?
ni sekor lagi laknatullah! x boleh beza org yg baik dgn yg jahat.
Itu la dia.. Kalau cakap tanpa ilmu di dada. Ikut sedap molot je.
Surat khabar inggeris ni pun satu, dok mintak pendapat si penjenayah ni buat apa ?
Seorang penjenayah di jadikan tempat rujukan.
Apa nak jadi la...
Saya melihat dari sudut yang berbeza. Saya lihat rahim noor adalah seorang manusia HEBAT. Kehebatannya telah menandingi kehebatan SYAITAN dan IBLIS.
Dia lebih berani dan lebih hebat dari syaitan dan iblis.
Syabas...
INSHAALLAH,KITA TUNGGU PENDAPAT GURU YANG BENAR BENAR MURSHID TENTANG APA KATA PENGHUNI LANGIT TENTANG NIK AZIZ,MASHALLAH.ANDA AKAN JAWAPAN TERKINI DAN TEPAT.KALAU KITA SESAT BALIKLAH KEPANGKAL JALAN .ALLAH MAHA PENGASIH,MAHA PENYAYANG LAGI MAHA PENGAMPUN.
bakal bapak penjenayah ..tarik atau x saman terus dah tentu mamat tuabangka sekor ni penjenayah.. kalau tak sokong umno pencen ditarik dan jadi bapak penjenayah untuk isi perut anak bini allah panjangkan usia Tan Sri Rahim Noor biarkan dia terus bergelumang ngan dosa sampai nafas terakhirnya
Hakim Sheikh Daud : Bukankah perbuatan Rahim itu sendiri telah memalukan negara?' Tepat sekali Yg Arif!
Rahim noor ni bapak setan polis pulak...bapak segala setan..dan bapak segala taiko dan gangster....
dah tua2 bawak2 tobat...tak cukup lagi ker rete kamu...nak mampos dah!
Laa hai, apa punya jadah akidah macam ni tokey judi tak kafir ker? Pukui orang yang kena ikat kaki tangan ikut cara Islam ker? Budaya macam mana boleh tokey judi lahanat ni bagi fuck-wa ulama jadi macam tu? hebat Malaysia ni..54 tahun merdeka, otak dah jadi cacamarba dah. Kena tukar ni...kena tukar.
Jangan saman... tak guna satu sen pun kita saman... apa kata kita buat solat hajat perdana seluruh negara, supaya Allah S.W.T tunjukkan apakah akibatnya kita mengata dengan sedemikian perkataan kepada insan seperti YAB TG Dato' Bentara Menteri Besar Kelantan.. Kita bermunajat beramai-ramai ke hadrat Yang Maha Besar... biar Allah S.W.T tunjukkan dan bagi pengajaran kepada manusia-manusia lain juga... Allah Hu Akhbar..
kesian...dah tue2 pun x insaf2 lagi ka..
dicadangkan supaya semua ahli pas buat report polis tentang kenyataan bekas KP ni ...
Apabila si buta cuba bercerita ttg keindahan alam..apabila si keldai cuba bercerita ttg isi laut..apabila si unta cuba bercerita ttg kelembutan salji..apabila si jurutera cuba bercerita ttg seni..dan apabila si rahim cuba bercerita ttg agama............
Petujuk pada yg beriman agar kembali kepada kebenaran jangan hidup dan mati bertuhankan Umpurno.jangan sentuh rezeki yang haram, Hati jadi hitam.
Buat solat hajat. Bagi hidayah kat si rahim noor. Umur pun dah x lama kubur panggil mari.
Inilah bakal Winnable candidate UMNOBN,untuk DUN atau Parlimen diMelaka.Insyaalah ramai nanti yang memangkah dan menurutinya keNeraka Jahanam.Termasuk 2 ekor wartawan yang menemubual dan ketua editor yang melulus terbitkan artikel hasutan syaitan tu.Ya Allah Kau lah yang MAHA berkuasa dan memegang hati-hati manusia,berikanlah hidayah kepada mereka-mereka yang telah tersesat dan terkandas disebabkan oleh nikmat dunia yang tak seberapa berbanding dengan nikmat SyurgaMU yang tidak terhingga.Ameen.
umpamaan: darah ulamak adalah seperti racun, jangan la pi kata yang bukan2 pada ulamak, takut2 racun tu terkena diri sendiri susah nanti...
Hello..Ex bapak Anjing, nampak nya lu lagi iblis dari iblis.. Penjara dunia pun dah rasa, selepas ni selamat keneraka la enkau wahai ex banduan...
alah biarlah manusia nih mengarut...
tengok muka pun dah tau 'keimanannya' tahap mana!
http://www.youtube.com/watch?v=0r6gGQ_qUbI
BILA MUFTI PENJARA KAJANG MENYALAK
http://bersih1.blogspot.com/2012/05/mufti-penjara-kajang-pula-menyalak.html
Layakkah Rahim Nor bercakap bab Aqidah sesaorang? Beliau sendiri bekas banduan yang telah merosakan dirinya sendiri, melakukan sesuatu tanpa menggunakan AKAL yang dikurniakan ALLAH kepadanya.Jika beliau anuti Islam perlulah berjumpa TGNA secara peribadi mohon MAAF, itulah cara terbaik seorang muslimin.
kita patut pelajari sesuatu dari kenyataan bekas ketua polis malaya taraf ulama tersohor abad ini, iaitu ;
kalo TGNA yang sebaik itu dengan rumah yang tak seberapa, harta yang tak berjuta2, dengan sifat rendah diri yang tak terkata diTUDUH sebagai bapa kafir, BOLEH TAK kita bayangkan bagaimana pulak najib yang kita tau bininya pun jarang tutup aurat, beg tangan pun dah beratus ribu, duit simpanan terang dan gelap harus berjuta2, setiap kali cakap mesti ada unsur tipu dan fitnah, dan lain2 anasir buruk yang lbh banyak dari baik... kita nak gelar apa pulak ya??!! bapak .....?
tak boleh nak cakap dan bayangkan gelaran apa yg patut kita anugerahkan pada dia kan?
"Saya melihat dari sudut yang berbeza. Saya lihat rahim noor adalah seorang manusia HEBAT. Kehebatannya telah menandingi kehebatan SYAITAN dan IBLIS. Dia lebih berani dan lebih hebat dari syaitan dan iblis."
Tak hebat la tu bro.... ada lebih hebat... Ketua Parti Ajaran S.... sanggup berkawan dengan syaitan lagi..... tulah.... dari dulu dok kafirkan orang lain... sekarang bila kena kat batang hidung... cirit birit dibuatnya... Baru buku bertemu dengan ruas...
Catat Ulasan