Tindakan Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan haram umat Islam menyertai perhimpunan hanya berkepentingan politik, kata Pengerusi Biro Pemantapan dan Pemahaman Agama KEADILAN (Bippa), Ahmad Kassim.
Menurutnya, keputusan majlis itu boleh dicabar dari sudut integriti kerana tidak mendapatkan maklumat sahih dengan mengadakan pertemuan dengan semua pihak terlibat.
“Jika diteliti semula, jelas membuktikan fatwa ini tiada nilai integriti kerana menyebelahi sesebuah pihak sedangkan ianya bertentangan dengan kaedah sebenar yang mesti bebas.
“Maklumat lengkap diperlukan dari pelbagai sudut sebelum diputuskan ianya haram atau tidak.
“Jika fatwa menyebelahi sesebuah pihak, pastinya tidak akan dapat diterima rakyat. Kita minta fatwa ini dikaji semula,” katanya kepada Keadilan Daily.
Ahmad Kassim berkata, Majlis Fatwa juga perlu mengambil kira apa yang diperjuangkan rakyat sama seperti yang berlaku di beberapa negara Asia Barat sebelum ini.
“Ulama terkenal, Syeikh Yusof Al-Qardawi mengeluarkan fatwa bahawa rakyat di Mesir digesa turun ke Dataran Tahrir dan golongan yang mati dikira para syuhada.
“Bermakna menentang kerajaan zalim dan korup merupakan jihad, walaupun dalam konteks negara berlainan namun apa yang diperjuangkan adalah sama,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Kedah.
Dalam pada itu, beliau mempersoalkan tindakan Majlis Fatwa yang hanya mengeluarkan fatwa berhubung perhimpunan sedangkan isu-isu besar yang menjadi perosak umat Islam tidak dibincangkan.
“Berkenaan akhbar Utusan (Malaysia) yang keluarkan gambar lucah tidak pula dibincangkan untuk mengeluarkan fatwa, kenapa tidak membincangkan apa hukumnya polis bertindak zalim dengan memukul, menendang dan menyepak peserta.
“Ini yang saya katakan berat sebelah, mereka hanya mahu menjaga ‘bos-bos’ mereka tanpa memikirkan akibatnya. Cuba lihat dalam pelbagai konteks, bukannya tertumpu kepada sebelah pihak,” ujarnya.
Dilaporkan, Majlis Fatwa Kebangsaan semalam memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan dalam negara.
Walhal, pada Himpunan Bersih 3.0, 28 April lalu, polis menyebabkan keadaan tegang kerana sebelum itu, himpunan berlangsung aman. -KD

4 ulasan:
Ini namanya FAT-WA TAHI KUCING
Sebelah mata nampak pembangkan ja
Sebelah lagi nampak "RM" ja
ini FAT-WA OR FUCK-WA
“Berkenaan akhbar Utusan (Malaysia) yang keluarkan gambar lucah tidak pula dibincangkan untuk mengeluarkan fatwa, kenapa tidak membincangkan apa hukumnya polis bertindak zalim dengan memukul, menendang dan menyepak peserta.
“Ini yang saya katakan berat sebelah, mereka hanya mahu menjaga ‘bos-bos’ mereka tanpa memikirkan akibatnya. Cuba lihat dalam pelbagai konteks, bukannya tertumpu kepada sebelah pihak,”
Jamil Khir akan jawab:
Majlis Fatwa tidak perlu membincangkan mengenai perkara ini kerana ia memang jelas haram dan bertentangan dengan undang - undang.
Kalau setakat buat fatwa, lepas tu tak ada penguatkuasaan lebih baik dipanggil "Majlis Burung Kakak Tua"
Kalau tak berani nak tegur pihak yang buat salah, lebih baik berhenti jelah dari jadi mufti, tak takut ke soal kat akhirat nanti.
Fart-wa. Ini seorang lagi ilmuan yang mengadai ilmu dan maruah sebab hendak jaga periuk nasi. Sama seperti Prof Zainal Keling, daripada Majlis Profesor yang megeluar kenyataan, "Malaysia tidak pernah dijajah". Di universiti ramai prof-prof kangkung sama jenis yang bercakap merapu, mencarut dalam Facebook umpamanya.
Teringat hukum dan fatwa yg dikeluarkan oleh ulama mesir SEBELUM jatuhnya mubarak! Haram melawan pemerentah
Sama aje intonasinya....
Catat Ulasan