Shah Alam - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mendedahkan rancangan pihaknya akan melancarkan Bersih 4.0 jika sistem pilihan raya masih memperlihatkan kepincangan dan dijangka bakal dihadiri hampir sejuta peserta.
Bersih 3.0 diadakan 28 April lalu dengan kehadiran dikatakan antara 80,000 hingga 200,000. Tiada angka rasmi. Bersih 2.0 diadakan Julai lalu mananakala Bersih pada 2007.
"Pelajar yang turun dalam perhimpunan Bersih 3.0 telah tunjukkan rasa marah terhadap pemerintah yang biarkan mereka tanggung hutang sebelum mendapatkan pekerjaan," katanya lagi.
Kebangkitan anak muda yang terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi dalam memperjuangkan hak melalui beberapa pertubuhan telah mendapat sokongan banyak pihak.
Beliau yang popular dengan panggilan "Mat Sabu" melahirkan pendirian itu pada majlis Himpunan Pekerja bertemakan "Menjulang Martabat Pekerja" di Stadium Malawati di sini, malam tadi.
Dua hari lalu, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga melahirkan pandangan yang sama bahawa pihaknya akan mengadakan perhimpunan Bersih 4.0.
Dalam pada itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyarankan supaya wakil Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu dipelawa membuat siasatan terhadap kekecohan yang berlaku ketika Bersih 3.0.
Katanya, pihaknya tidak mahu seorang bekas pegawai tertinggi polis mengetuai Panel Penasihat Khas yang dibentuk kerajaan minggu lalu.
"Rakyat tak bersetuju (bekas Ketua Polis Negara) Tun Hanif 0mar menjadi ketua siasatan (Panel Penasihat) bagi Bersih 3.0, kita mahu orang yang bebas daripada mana-mana parti dan mempunyai kepentingan tertentu," katanya.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan senarai enam ahli panel penasihat bebas yang dipengerusikan Hanif bagi menyiasat kejadian rusuhan ketika perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara 28 April lalu.
Dalam ucapannya, Kit Siang secara sinis mengatakan sama ada perhimpunan Umno boleh dibandingkan dan disamakan dengan perhimpunan Bersih 3.0.
"Pada 28 April lalu Bersih 3.0 dilihat satu sejarah bagi parti Pakatan Rakyat kerana dapat mengumpul kesemua rakyat tidak mengira kaum dari seluruh negara mengatasi hari ini (13 Mei) yang mencatat sejarah hitam kepada negara ekoran kejadian rusuhan kaum yang memuncak pada tahun 1969," tambah beliau merujuk kepada ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak, selaku Presiden Umno dan Perdana Menteri, pada majlis sambutan ulang tahun Umno ke-66 pada Jumaat lalu. -SH

7 ulasan:
Salam Semua,
Bravo Mat Sabu, Inilah yang dikatakan "pro Active" Tak sia-sia perwakilan memilih jadi Timbalan. Memang sesuai sekali dan kena pada orangnya dan ketikanya. Syabas Bang Mat. Tak guna kita tunggu pembubaran parliment yang mana rata2 kita tahu Selangor di ambang kehancuran. Dari risikan dan cula yang dilakukan akan memihak kemenangan kepada BEEnd, sekiranya 8 tuntutan tidak di bersihkan. Kemungkinan besar negeri yg di bawah Pakatan Pembangkang tidak turut sama dalam pembubaran dun.
From NoNe
Kami bekas tentera tak berpencen pun akan turun jugak. Pastikan bersih 4.0 ini berjaya dgn bantuan bekas tentera tk berpencen di barisan hadapan.
Pesara yang bukan tentera pun naik angin juga kerana pencen tak naik sebab harga barang sentiasa naik.
Hidup mat sabu seorang pejuang islam dan demokrasi takbir!!!!!
Ya,bekas tentera yg tak berpencen di abaikan oleh kerajaan BN.Walaupun berkhidmat lebih 13 tahun.Berhenti 15 dan 18 thn perkhidmatan, sepatutnya memperolehi pencen mengikut peratusan thn bekerja dari mereka yg pencen 21 thn perkhidmatan.Zahid Hamidi jgn la berangan nak jadi PM.
ha ha ha.untung la askar pencen. 21 thn keje dh dpt pencen.keje kat opis je tak msk htan pun pencen.takyah smpai 55 thn.tapi sian lak yg berenti 13,15 dan 18 thn.dapat 1/4 dari gaji akhir khidmat pun ok gak.
Tahniah BERSIH 3, bila nak BERSIH 4?
Catat Ulasan