23 Apr 2012

Wajah Fatimah Mina - Pelajar Yang Mati Terjatuh Dari Bangunan UPSI

Mati terjun separa sedar

TANJUNG MALIM: Seorang penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang dikatakan mengalami masalah gangguan makhluk halus, maut selepas terjatuh dari sebuah bangunan lima tingkat di universiti itu kelmarin.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI, Datuk Dr Junaidi Abu Bakar berkata, dalam siasatan awal, pihaknya mendapati mangsa, Fatimah Mina Md Juferi (gambar), 22, mengalami masalah itu sebelum mengikuti kursus di UPSI dan masih menjalani rawatan tradisional bagi mengatasi gangguan itu.

Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan unsur mistik menyebabkan mangsa terjatuh dari bangunan E-Learning kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.

“Malah, saya dimaklumkan rakan serumah mangsa yang dia berkelakuan pelik sebelum ini termasuk bercakap sendirian dan menangis,” katanya yang dihubungi semalam.

Fatimah, pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang berasal dari Bakri, Muar, Johor, ditemui terbaring di bawah bangunan berkenaan dengan kecederaan parah di beberapa bahagian badan, termasuk patah rusuk kiri dan kanan, kaki kanan serta kedua-dua bahunya. -hm



Pelajar UPSI maut terjatuh bangunan

IPOH: Seorang pelajar perempuan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), yang dipercayai mengalami kemurungan, maut selepas terjatuh dari bangunan lima tingkat E-Learning di kampus universiti berkenaan di Tanjung Malim, petang kelmarin.

Dalam kejadian antara jam 5.30 petang hingga jam 6.30 petang itu, mangsa, Fatimah Mina Md Juferi, 22, dari Bakri, Muar, ditemui terbaring di tingkat bawah bangunan berkenaan dengan kesan luka di beberapa bahagian badan, termasuk patah di rusuk kiri dan kanan, kaki kanan serta bahu kiri dan kanan.

Mayat pelajar Tahun Dua Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak itu ditemui lengkap berpakaian dan bertudung oleh beberapa pelajar yang kebetulan melalui kawasan itu.

Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI, Datuk Dr Junaidi Abu Bakar, berkata insiden itu di luar kawalan pihaknya dan menyifatkan ia mungkin ada kaitan unsur mistik seperti gangguan makhluk halus.

“Saya mewakili warga UPSI menyampaikan salam takziah kepada keluarga arwah dan kami turut mengadakan majlis tahlil ringkas untuk arwah, malam semalam (kelmarin) di surau Kampus Proton City, yang disertai beberapa pegawai universiti dan pelajar.

“Selain itu, dua rombongan bas disertai 80 pelajar, termasuk Penolong Pendaftar UPSI, Musa Jaafar turut mengiringi kepulangan jenazah ke rumah keluarganya di Muar, pagi tadi (semalam) bagi menziarahi dan memberi penghormatan terakhir kepadanya, selain menghulurkan sedikit sumbangan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, rakaman litar tertutup (CCTV) yang dipasang di bangunan itu turut mendapati arwah memasuki bangunan itu dalam keadaan seperti separuh sedar sebelum dilihat menaiki tangga ke tingkat atas.

“Difahamkan, arwah mempunyai sejarah diganggu makhluk halus sebelum ditawarkan memasuki UPSI dan beliau dikatakan sedang mengikuti beberapa rawatan perubatan tradisional serta Islam bagi mengatasi masalah itu.

“Saya juga dimaklumkan rakan serumahnya, pelajar itu turut berkelakuan pelik sebelum ini, termasuk sering bercakap sendirian dan menangis,”
katanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim ketika dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan kes itu, yang diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
-BH


Maut akibat bisikan misteri

ANAK panah menunjukkan lokasi Fatimah terjatuh dari tingkat lima bangunan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim pada Sabtu lalu.

TANJUNG MALIM - Seorang pelajar perempuan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang mendakwa diganggu bisikan misteri ditemui maut selepas terjatuh dari tingkat lima bangunan E-Learning, kampus terbabit di sini kelmarin.

Kejadian menimpa Fatimah Mina Md. Juferi, 22, dipercayai atas dorongan suara bisikan misteri yang dialami pelajar terbabit sejak beberapa tahun lepas.

Dalam kejadian pukul 5.40 pagi hingga 6 petang itu, pelajar semester empat Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) itu dijumpai dalam keadaan tertiarap di kaki lima bangunan yang terletak tidak jauh dari Pintu Masuk Timur UPSI.

Seorang rakan sekelas mangsa yang enggan dikenali berkata, Allahyarham Fatimah sebelum ini dilihat mengalami kemurungan kerana mendakwa diganggu makhluk halus.

"Fatimah mengadu bisikan dan gangguan tersebut semakin kerap sejak beberapa bulan lalu," katanya ketika ditemui di UPSI di sini semalam.
-kosmo


Laporan bergambar sebelum ini
klik untuk baca





6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

keluarga dah tau sakit, kenapa tak bawa ke hospital, jumpa pakar psikatri. Tradisional, tradiosional jugak. Doktor lebih arif.

Tanpa Nama berkata...

Aku ade dengar banyak kali di tv2 (youtube lum cari lagi) ttg gangguan makhluk halus ni mmg banyak berlaku apalagi akhir2 ni.

Target utama klu kalangan keluarga yg pernah kena (keturunan).

Aku ade beberapa kenalan yg sdg berubat, puas pi ustaz tu, ustaz ni, kata mereka. Duit dah banyak keluar berubat.
(ni le aje maklumat yg mampu aku kongsi, bertemu dgn rakan yg sedang menderita & berubat).

Aku hanya mampu mendoakan & beri kata2 semangat & nasihat agar banyak istighfar, zikir dll.

Tanpa Nama berkata...

bagaimana pula dengan aktivis pelajar adam yang digantung juga kerana makhluk halus BN/UMNO

Tanpa Nama berkata...

nasihat mana2 keluarga yang ada sakit seperti ini tolong bawa anak2 mereka jumpa pakar psiktrik dulu, sebab kadang masalah tekanan hidup, belajar, kawan, secret history etc menyebabkan kemurungan tang akut. Biasalah bisikan2 pshyco ini ada tetapi secara tradisional di katakan buatan orang, saka, dsbnya yang belum boleh di uji secara fisikal. At leat kalu hospital pakar kata tak ada apa2 barulah mencuba secara lain. WA

Tanpa Nama berkata...

jangan ak MAKHLUK halus sgt..
grrr...

Puteri Kebayan berkata...

Bro, hal-hal kematian tolong jangan kaitkan dengan hal politik BN ke UMNO ke PKR ke DAP, PAS ke. Hal-hal politik sila komen ke tempat yang sepatutnya. Sila hormat sikit.