Suami Sri Wani serah pada mahkamah
SHAH ALAM - Suami kepada wanita yang sekelip mata mencuri tumpuan rakyat Malaysia kerana dipertikaikan status jantinanya memohon masyarakat menghentikan tuduhan negatif.
Berkongsi situasi bersama Sinar Harian, Bahrom Sanugi, 61, menerusi peguamnya, Muhammad Hafiz Ab Rashid berkata, anak guamnya tertekan dengan kritikan masyarakat.
“Beliau minta diberi ruang tidak diganggu mengenai isu ini. Selepas cerita ini tersebar, pelbagai spekulasi dan komen diterima.
“Beliau tidak dapat terima pandangan masyarakat terhadap dirinya sekarang.
“Kalau lihat di blog, semua melemparkan tuduhan tidak adil kepadanya. Biarlah perkara ini selesai di mahkamah dahulu,” katanya.
Muhammad Hafiz berkata, ramai pihak mempertikaikan mengenai alasan mengapa selepas lebih setahun berkahwin anak guamnya baru sedar dan memfailkan faraq (pembatalan perkahwinan).
Menjawab isu itu, Muhammad menjelaskan Bahrom mempunyai alasan kukuh yang diserahkan kepada mahkamah sebagai bukti.
Ditanya mengenai hubungan Bahrom dan Sri Wani pada masa ini, Muhammad Hafiz berkata, mereka baik dan Sri Wani memberikan kerjasama sepanjang prosiding.
“Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur memerintahkan mereka tinggal berasingan sehingga hakim memberikan keputusan,” katanya. -SH
Laporan sebelum ini
klik untuk baca

Sri Wani: 'Akak pun mohon pada ALLAH'
SHAH ALAM - “Terima kasih, akak reda dengan segala ujian. Akak doa dan harap ALLAH sayangkan akak”.
Itulah ucapan ringkas yang diterima Sinar Harian kiriman Sri Wani Choo Abdullah, 37, pengusaha produk kecantikan yang mencuri perhatian umum sejak berita suaminya memfailkan pembatalan perkahwinan di Mahkamah Syariah, tahun lalu, diketahui umum.
Berdasarkan tinjauan dan carian internet yang dilakukan selepas pengakuan eksklusif Sri Wani dipaparkan Sinar Harian kelmarin, orang ramai memberi respons positif.
Rata-rata mereka berdoa sekiranya Sri Wani tidak bersalah, mudah-mudahan perkahwinannya selamat.
“Akak pun mohon pada ALLAH. Hanya ALLAH Maha Kuasa, Maha Penyayang dan Maha Esa. Akak minta jasa baik wartawan; kalau boleh jangan datang ke kedai atau curi ambil gambar akak,” katanya.
Sri Wani menambah, dia tidak mahu pelanggan tidak masuk ke kedainya lagi kerana ini akan memberi kesan kepada perniagaannya.
Dia menceritakan, sejak diperintahkan mahkamah untuk tinggal berasingan antara beliau dan suami, Bahrom Sanugi, 61, bekas dekan sebuah universiti, sementara menunggu prosiding selesai, dia menumpukan perhatian kepada kerja bagi menghilangkan tekanan dan derita.
“Terima kasih akak ucapkan pada saudari. Akak percaya saudari adalah seorang wartawan yang baik hati,” katanya.
Berita mengejutkan itu bukan sahaja hangat dipaparkan di beberapa muka depan akhbar arus perdana, malah di laman blog dan portal berita online (talian terus).
Sri Wani terkenal sekelip mata apabila Bahrom memfailkan kes di Mahkamah Syariah Gombak Timur, kerana mengesyaki isteri ketiga yang dikahwininya pada 19 Ogos 2009 itu, adalah lelaki.
Susulan permohonan yang dibuat pada 17 Januari 2011 itu, mahkamah memerintahkan pasangan itu berpisah sementara sebelum prosiding selesai atas alasan perkahwinan diragui.
Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pula menetapkan 23 April ini untuk memutuskan Sri sama ada dia perlu jalani ujian penentuan jantina atau tidak. -SH
klik untuk baca
2 ulasan:
DEKAN PON KENA TIPU....NI NAK BAGI CONTOH KAT RAKYAT MSIA...MEMANG LAYAK KENA KRITIK....KAHWIN LARI...SATU HAL...ITU DIA...CONTOH TERBAIK...SEORG DEKAN DARI UNIVERSITI ISLAM.....
Takutnya nak buat tak ikut prosedur skrang ni, ya Allah jauhkan lah . Sbb zaman it ni, sekejap bole tersebar.
Tak ikut prosedur tu antaranya ialah nikah lari. Klu terpaksa kerana isteri dah tak mampu layan dsbnya, boleh submit permohonan ke pejabat kadi. Pejabat kadi ni klu mampu dari segi kewangan batin, lulus. Klu tak lulus, kawin le kat siam, then daftar & bayar denda.
Ni pengajaran utk kita semia.
Sbb nanti klu mati, dokumen2 tu laku utk tuntut harta ke, atau klu ade anak, senang utk dapatkan sijil beranak.
Maknanya, butalah apa2 yg mendatangkan kesenangan pada pasangan & keturunan sendiri.
Betul tak kak Wani?
Catat Ulasan