Taiping - Bau busuk dari sebuah rumah di Kampung Aman yang menimbulkan tanda tanya kepada penduduk akhirnya terbongkar apabila polis menjumpai mayat seorang wanita dalam keadaan bogel dan terikat.
Hasil maklumat jiran, sepasukan polis diketuai Asisten Superintenden Saerah Dollah dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping ke rumah berkenaan untuk menjalankan siasatan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping, Superintenden Mohd Ismon Suratman berkata, polis menemui mayat seorang wanita di ruang tamu rumah No. 27-505, Kampung Aman, Pokok Assam kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.
Katanya, ketika ditemui mayat itu dalam keadaan bogel dan kedua-dua kaki diikat dengan wayar manakala mayatnya membengkak dipercayai meninggal dunia tiga atau empat hari yang lalu.
“Pintu rumah bahagian dapur tidak berkunci dan boleh dibuka manakala keadaan rumah berselerak akibat digeledah. Mangsa seorang pesara kerajaan tinggal sendirian dalam rumah berkenaan.
“Bagaimanapun polis masih dalam siasatan bagi memastikan barangan yang hilang, termasuk kemungkinan berlaku samun. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
Mohd Ismon berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Bainun Ipoh untuk bedah siasat bagi menentukan punca kematian. -SH

4 ulasan:
Kampung Aman pun dah tak aman dah.
Nombor berapa Malaysia dalam pengawalan jenayah yang dibangga-banggakan tu?
Orang yang menilai ni barang kali buta dan pekak agaknya.
aku setuju boleh kata hari2 ada saje kes orang mati kena bunuh kalau tak caya buka tv baca paper
Takpe... Nanti ketua polis kuar statement cakap mangsa ikat tangan sendiri... So, x masuk laa dalam statistik jenayah... Malaysia still negara paling selamat, kan?
Duduk dalam umah sendiri pun tak aman dah huhu...Sepatutnya rumahku syurga Ku
Catat Ulasan