3 Apr 2012

[SEDIH] Ibu Terpaksa Relakan Dirinya Diperkosa Untuk Selamatkan Anak-anaknya

Seorang ibu terpaksa merelakan dirinya untuk diperkosa oleh seorang penyamun bersenjata di rumahnya minggu lalu untuk melindungi anak-anaknya. Gambar fail

Wanita tersebut, seorang surirumah berusia 38 tahun, dirogol berkali-kali manakala empat orang anaknya telah dikunci oleh suspek di sebuah bilik bersebelahan.

Kejadian tersebut berlaku jam 5.45 pagi apabila wanita tersebut dikejutkan oleh seorang lelaki yang memegang sebilah gunting.

Suspek, yang menutuo mukanya dengan sehelai pakaian kanak-kanak, dipercayai telah memecah masuk rumah berkenaan melalui tingkap.

Dia tangkas menutup mulut wanita tersebut dengan tangan dan mengacukan gunting yang dipegangnya ke leher mangsa. Suspek memberi amaran kepadanya untuk tidak menjerit atau dia akan dibunuh.

Mangsa juga dipaksa untuk menyerahkan barang kemas dan wang yang dimilikinya.

Wanita tersebut yang ketakutan lalu mengambil wang RM300, dua telefon bimbit, seutas rantai dan sepasang anting-anting, diletakkan di dalam sarung bantal dan menyerahkan kepada suspek.

Suspek kemudian menyatakan dia hendak merogol salah seorang anak perempuannya dan ini menyebabkan dia merayu dengan menyatakan dia sanggup menjadi pengganti kepada anaknya.

Ketika itu, anak-anaknya terjaga dan suspek telah mengunci mereka di dalam bilik. Suami wanita tersebut tiada di rumah dan tidak pulang kerana berada di luar untuk urusan perniagaan.

Suspek kemudian pergi mendapatkan wanita itu yang terpaksa membiarkan dirinya dibogelkan dan diperkosa.

Wanita itu kemudian memberitahu polis suspek tersebut tidak menggunakan kondom tetapi sekadar membaluti kemaluannya dengan bag plastik.

Mangsa ditampar beberapa kali apabila beliau meronta dan cuba menahan dari diperkosa lagi.

Setelah suspek pergi, mangsa memanggil jirannya untuk mendapatkan bantuan sebelum pergi ke balai polis untuk membuat laporan.

Beliau juga telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Pasukan polis forensik tiba ke tempat kejadian untuk mendapat kesan cap jari suspek.

Mereka turut menemui gunting yang digunakan suspek untuk mengancam wanita berkenaan dan pakaian kanak-kanak yang digunakan suspek untuk menutup mukanya.

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah mengesahkan laporan tetapi enggan mengulas lebih lanjut. -NST /Terjemahan bebas:GB

34 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Negara Kita Selamat kan :3

jalilMing berkata...

penjenayah dilaknati ini merasakan seperti bebas untuk lakukan apa saja kehendaknya terhadap insan yg sedang ketakutan. Malang sungguh saya rasa kita hidup dalam suasana yang sebegini. Apakah negara ini difikirkan seperti sebuah pentas untuk lakukan apa saja. Langsung mereka tidak takut??. Negara perlu hentikan semua ini apa cara sekalipun.

Tanpa Nama berkata...

Ya ALLAH takutnya... Duduk kat Malaysia pun tak aman dan selamat...duduk dalam umah sendiri tak selamat

Tanpa Nama berkata...

Menggigil aku, marah, geram, sedih, macam2. Hoi.. UMNO yg memerintah Msia, yg ada alim ulamak!! buat sesuatu untuk dapatkan kan kasih sayang & Rahmat Allah di bumi Msia ni.
Jgn ko diam aje hai mufti2, alim ulamak, tunjuk perasaan kat UMNO at least minta bersetuju utk laksanakan hukum Islam, then pelan2 duduk semeja dgn pakar , buat yg mudah2 dulu, perkenalkan kat tv & media selalu betapa cantik nya undang2 Allah.

Islam dimain2kan. Artis2 bertudung terkinja2 atas pentas & tv.

Tanpa Nama berkata...

mENTERI UMNO KATA NEGARA INI SELAMAT.............PTUUUUIIHHHHHHHH

Waris berkata...

Polis ambil kesan cap jari? Untuk apa???? Polis ada ke simpan database cap jari? Ini bukan cerita CSI. Polis di malaysia ni tarafnya sama macam polis di afrika.

Aku bercakap kerana pejabat aku pernah dipecah masuk. Beriya-iya polis menggentel bulu alat pengesan cap jari. Bila ditanya untuk tujuan apa cap cari tu, jawabnya ialah hanya untuk tujuan rekod.

Polis tak dapat nak kenalpasti suspek berdasarkan cap jari.

Begitulah bangangnya jabatan polis kat malaysia ni. Bila menteri tolol, nak harap polis bijak??? Jangan mimpilah...

Polis polis sekalian... pergi main mesin kuda lagi baiklah. Lepas tu pow sana pow sini.

Tanpa Nama berkata...

tandanye malaysia merupakan negara yg paling selamat di dunia

Tanpa Nama berkata...

salam...
saya pelajar di uk
saya takut nak balik malaysia
walaupun katanya malaysia negara paling selmat di asia

dulu,,
bile cakap nak pergi uk..semua orang pesan ..tak cre urself..tempat orang ..bahaya..

tapi..sekrang ,,nak balik malaysia pun saya takut..

ape cerita..
disini jauh lebih selamat

Tanpa Nama berkata...

tolong la buat hukum hudud kt malaysia..insyallah gejala2 negatif ni akn dapat dibendung..sampai bila kita nk biarkn penjenayah bebas utk melakukn kejahatan??hukum mahkamah tidak telus dan adil,hukum ALLAH adalah yg terbaik..mengapa kita sebagai hambaNya hendak mempertikaikn hukum dari yang maha berkuasa..

Tanpa Nama berkata...

...maka begitulah selamatnya malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Saya rasa index jenayah yg dikatakan menurun seolah-olah gimik saja. Jenayah semakin menjadi-jadi... Polis kenak pertingkatkan kualiti kerja mereka..

Tanpa Nama berkata...

TAK SEMUA POLIS JAHAT..ADA YANG BAIK.. TAPI YANG JAHAT INI BUATKAN SEMUA POLIS KENE BLACK LIST. AKU PUN GERAM KAT POLIS. POLIS DAH KENE GUNA-GUNA OLEH OG KUAT POLITIK MALAYSIA. SO DIA BUAT JAHAT BOLEH SETTLE..IMAM BALING SELIPAR PENJARA JER.. MMG TAK ADIL...TAK PER.. KAT AKHIRAT NANTI TGK SIAPA YANG KETAWA DAN SIAPA YANG MENANGIS.. PM NAJIB KATA 'KITA SEDAR HUKUM HUDUD ITU HUKUM TUHAN TAPI RAKYAT BERBILANG KAUM' SO PAYAH NAK BUAT.... AKU NAK TANYA NAJIB LA, KAT MEKAH DULU SEMUA KER ISLAM MASA ALLAH PERINTAH HUKUM HUDUD TU DILAKSANAKAN? TAK KAN.. BANYAK JUGA YG KAFIR TAPI NABI SWT TAK TAKUT SEMUA ITU KAFIR2.. NAJIB JER YANG TAKUT AKAN KAFIR2 MALAYSIA... PERCAYALAH.....

zhirana berkata...

dan mereka kata malaysia adalah negara yg aman...menteri sebok buat apa? rebut kerusi,abehkan duit rakyat...rancang fitnah...syabas malaysia

Tanpa Nama berkata...

Yahooo mlysa bolehhhhh.

Tanpa Nama berkata...

Malaysia adalah NEGARA YANG SELAMAT... Statement bguih Menteri KDN kita!!!! Macam hampeh jerrr

Tanpa Nama berkata...

aku lahir dan besar kat malaysia ni mak ayah aku, datuk nenek aku pun macam tu jugak. sedih la dengar berita2 macam ni. polis jgn sibuk masuk hal politik buat la kerja gan betul dan tulus. belambak samseng kat luar tapi special branch sebuk jaga benda lain. keamanan negara ni akan lebih terjamin klu polis tahu mana nak letak diri mereka. hukum tuhan ada pakai la. ni pekida ada perkasa ada tapi macam hamlau melayu ni semua hukum tuhan tak mau support.....

Tanpa Nama berkata...

selamat haram jadah!!! haram jadah!!!
ya istilah tbaik dr PM kita.

Tanpa Nama berkata...

semoga Allah berikan kekuatan pada mangsa untuk teruskan kehidupan. Sesungguhnya ujian ini amat berat. berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Tanpa Nama berkata...

semua pembaca boleh dan berhak memberi komen, namun kita harus punya batas kesopanan. Mencaci dan mencerca sesuatu pihak hanya akan mengeruhkan keadaan dan tidak memberi apa-apa faeadah. Kalaupun kita exstrim dengan sesuatu faham politik kita tidak perlu mengambil kesempatan menghentam pihak lain.Islam sudah lengkap dalam membina garis panduan dalam menegur dan memberi pandangan. kan kita sebagai umat islam bersaudara...itu soalan yang akan ditanya bila kita mati nanti, kecualilah kalau saudara-saudara tak mahu mati....

Tanpa Nama berkata...

kesal melihat komen - komen orang islam yang membicarakan ttg agama tp suka memcaci dan memfitnah ... bertaubatlah islam itu suci .. berilah komen yang berhemah agar agama kita tidak dipandang serong ..

Tanpa Nama berkata...

Dizaman Nabi SAW, Seorang bangsawan yahudi disabitkan kesalahan mencuri hanya dibayar denda je tapi orang biasa dihukum dengan berat. Nabi SAW ' Bersabda" Umat dahulu binasa kerana hukuman golongan bangsawan lebih ringan dari orang biasa."
Segala jenayah yang berlaku di Malaysia ini dimulakan oleh ahli politik dan kerajaan, Ahli politik dan kerajaan buat jenayah tanpa ditangkap dan bicara menyebabkan hati rakyat terbuka membuat jenayah.
Dari tafsiran di atas , Allah membinasakan bangsa tidak menyebut ugama dengan cara menimbulkan sikap tidak takut membuat jenayah dikalangan rakyat walaupun rakyat ugama islam.
Hukuman Perasuah dikalangan pemerintah tidak sama dikalangan rakyat menyebabkan rasuah menjadi budaya dikalangan rakyat
Hukuman Pencuri dikalangan pemerintah tidak sama dikalangan rakyat menyebabkan banyak kejadian curi/rompak, ragut boleh dikatakan setiap hari hingga polis tidak boleh membuat tindakkan apa-apa
Hukuman pembunuh dikalangan pemerintah tidak sama dikalangan rakyat menjadi pembunuhan setiap hari dari kanak-kanak hingga ke orang tua dan kebanyakan pembunuh terdiri dari orang melayu dan mangsa orang melayu
Hukuman perogol dikalangan pemerintah tidak sama dikalangan rakyat menyebabkan kejadian rogol sentiasa berlaku..

Tanpa Nama berkata...

Pekida ke perkasa ke mmg xleh pakai...wat malu melayu je....yg geng2 pekida kebanyakan nya mmg haram jadah,kurang hajar.....da tu polis pon wat bodo gak ble bdk2 keturunan pekida ni wat hal,ayahanda la,abg long la,kak long ka....ptuiiiiii kalau sorg2 cuak,panggil geng perasan kuat plak...tu pun nk gadoh ngan sorg...hahaha
Polis skang mmg byk xguna sbb banyak yg kaki rasuah, nk mintak suap je.....

Tanpa Nama berkata...

Korang dekat semennjung selamat lagi, kita orang penduduk asli sabah dikelilingi oleh pendatang asing dari philipines dan indonesia setiap hari, kes jenayah tak payah cerita la. Polis pun da tak larat tangkap pendatang2 ni. Hari ni tangkap minggu depan da ada balik

Tanpa Nama berkata...

Mentaliti manusia berfikiran singkat sering menyalahkan orang lain dan malas berfikir secara konstruktif.

Tanpa Nama berkata...

Klu nak selamat sangat sila berpindah duduk ni negara lain yang lebih selamat. ko ingat boleh letak polis sorang satu ka kat umah. ko kunci la rumah elok2...yang jiran pun satu, tido mampus semua, skang masyarakat sendiri yang pentingkan diri...asal xkena kat aku sudahh...itu pemikiran masyarakat sekarang. ko ingat polis keja nak jaga ko 24 jam wahai pemberi komen. sapa memerintah pun sama ja la. bodo

Tanpa Nama berkata...

Bila hukum Allah enggan dilaksanakan inilah jadinya. Kembali kita umat islam kpd ajaran al-quran dan sunnah. Polis peganglah amanah yang diberikan oleh rakyat. Jangan pandang sebelah mata bila terjadi kemungkaran yang dilakukan oleh mana-mana pihak pong! Ingat! Kerja kita tak habis di dunia ini sahaja.

Tanpa Nama berkata...

Semua negara ada kes macam nie... so bersyukur lah wahai saudara... Kita masih berada di negara yang aman nie

Tanpa Nama berkata...

Beryukurlah wahai saudara dan saudari kerana berada di negara Malaysia yg aman ini... Kes jenayah kat mana2 pun ada... Kita bersatu padu lah banteras... Jgn harap polis jew... Kalau xde info diorg pun susah buat keja...

Tanpa Nama berkata...

kalau aku jadi anak dia!! Aku dah lama sepak,smackdown penyamun ,si pembawa sial macam big show! Penyamun otaknya lebih bodoh kalu dibandingkan dengan lembu yang paling bodoh di dunia! Malah, sanggup jadikan orang sebagai pemuas nafsu serakah! Kalu aku jumpa penyamun tu .......taulah apa aku nak buat kat dia nanti! Lagi teruk kalu aku tentera,aku pancung! Penyamun laknatullah!

Tanpa Nama berkata...

anon 1233am
ngko jgn nak membongak la kat uk tu.. ape! uk x de jenayah ke? x payah la nk bodoh kan org.. ngko x nak balik Malaysia pun xpe.. bukan rugi Negara ni kalo ngko x balek..

Tanpa Nama berkata...

Saya mangsa yang ditipu wang dan akhirnya di ugut gangster.

Polis ada tolong. Tapi polis juga kena ugut. Gangster ugut keluarga mereka. Saya faham masalah kita semua yang berada dalam keadaan tak selesa kerana tidak selamat.

Bilangan anggota polis juga berkurangan. Kerja pengkeranian terlalu banyak untuk mereka. Mereka juga menerima tekanan dari pegawai atasan dan ahli politik yang hanya pentingkan kedudukan mereka.

Sepatutnya ketua mereka jaga ahli kebajikan dan emosi anggota polis. Anggota polis pun manusia juga. Kalau berani pun mati. Ramai anggota polis berhenti kerja kerana masalah ini.

Kita kena pilih pemimpin negara yang pentingkan rakyat. Bukannya mendahulukan rakyat untuk kesusuhan.

Saya hanya mampu berdoa dan mengadu kepada yang maha esa.

gel pelangsing perut berkata...

sungguh besar pengorbanan ibu demi menyelamatkan anaknya

Dee berkata...

Ya, hudud yg terbaik, jom, kita, terutama lelaki yg akan menjadi saksi2 Allah, jom kita tingkatkan ilmu, iman dan amal.. pergilah imarahkan masjid terutama pada waktu subuh dan isyak... agar jauh dari sifat munafiq dan fasiq.. jom kita berusaha supaya tidak papa kerana kepapaan itu mendekatkan kepada kekufuran.. jom jom.. pasti HUDUD itu, dlm genggaman kita.. insyaallah..

Unknown berkata...

Ya Allah azabya ibu itu, sedihnya diperlakukan sedemikian