Buang ibu di hotel bajet
KUALA LUMPUR: Menitis air mata seorang ibu yang lumpuh apabila menyedari dirinya ditinggal terbiar oleh anak tunggalnya di sebuah hotel bajet di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini, sejak empat hari lalu.
Dia kini dijaga kakitangan hotel berkenaan yang membantunya menguruskan diri termasuk mandi dan mengganti lampin pakai buang selepas anaknya gagal dikesan.
Warga emas itu mulanya tinggal bersendirian di kampungnya di Johor, tetapi sejak sebulan lalu anaknya yang masih bujang membawanya ke ibu kota.
Faridah Maulud, 66, yang keseorangan ditemui pekerja hotel dalam keadaan meniarap di lantai ketika memeriksa bilik disewa anaknya selepas lelaki berusia 27 tahun itu gagal menjelaskan bayaran empat hari hingga menimbul tanda tanya kepada pengurusan hotel.
Ketika ditemui Harian Metro semalam, warga emas itu kelihatan lemah dan tidak bermaya serta berkali-kali memaklumkan dia ingin ke rumah kebajikan kerana tidak mahu menyusahkan staf hotel yang membantunya. -hm
KESEORANGAN...Faridah yang ditinggalkan anaknya.

11 ulasan:
YA ALLAH YANG MAHA KAYA MAHA BERKUASA, KAU TUNJUKKAN LAH KEKUASAANMU PADA ANAK YANG AMAT DERHAKA LAGI KEJI INI...AMIN
Ya ALLAH..sedehnye...
BANGSA MELAYU...BERAGAMA ISLAM????
Jangan la marah kat anak dia.. entah2 anak dia kemalangan ka tak leh cakap..koma..dah mati ka..sapa tahu..? huhuhu... buatnya anak dia tu mati.. naya saja.. nak minta maaf dah tak boleh..! huhuhu
anon 11:48
nak bersangka baik berpada-pada.
kalau macam tu jika adik perempuan awak kena rogol, jgn marah kat perogol tu, mana tahu dia dah mati kena accident.. nak minta maaf dah x boleh...
Alangkah beruntung dan bertuahnya bagi mereka yg masih mempunyai ibu tapi awas!! jangan menempah neraka jika perbuatan seperti ini dituruti walau apa alasan sekali pun.
Cuba hayati senikata lagu ni. aku dengar lagu ni berkali2 setiap hari.
http://www.youtube.com/watch?v=3xIGtTxde-4
sape2 yg tak sedih dengar lagu ni, AWAS!!!. berhati2.. didik hati...
rentetan kejadian sedih ini tiada siapa yg tahu..bagaimana ibu malang ini sebnarnya bermula dari kasihsayang yg sepatutnya diberi pada anak oleh ibu sendiri tiada dapat dimiliki oleh sang anak menyebabkan kita nmpk hanya anak derhaka ini saja yg bersalah.sebenarnya kejadian ini mengajar kita didiklah anak sebaik2nya dgn didikan agama walau tak mampu sekalipun namun didikan ugama harus diterap sejak dari kecil lg.
ibuuuu ibuuuu engkaulah ratu hatiii kuu....bilaaaa ku berdukaaaa engkauuuu hiburkann selaluuuu..buat anak2 diluar sana kejadian sitanggang ini memberi kita satu pengajarannn walau sekaya semewah mana kita JANGAN LUPAKAN IBU KITA DIKG.apa ibu kita sedang buat sekarang yaaa??telefonlah bertanya kbr.jgn melupakan ibu kitaaaaaaa
sebak membacanya, moga2 anak itu sedar perbuatannya!!!....
Bawalah pergi letak di mana mana rumah permimpin umno yang besar besar tu. Buat istana yang rega berjuta, eloklah buat rumah kebajikan untuk balas jasa pengundi yang mengundi umno selama ini.
tv3suku tak nak ke ambil makcik ni beri dia peluang menjejak kasih.wahai saudara mara makcik ni tampillah untok mengambil makcik balik kepangkuan keluarga.allah tidak akan mengurangkan rezeki hambanya yang berbakti kepada insan sebegini.
Catat Ulasan