9 Mac 2012

Ini Buktinya NFC Ada Urusniaga Di Kazakhstan - Najib Sendiri Saksi MOU Dimeterai

NFC salah guna pinjaman beli apartmen di Kazakhstan'

Pembelian sebuah apartmen di Kazakhstan oleh National Feedlot Corporation (NFC) adalah bukti penyalahgunaan dan pembaziran dana awam, kata ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua hari ini.

Ini, kerana menurut Pua dalam satu kenyataan akhbarnya, pinjaman mudah RM250 juta yang diberikan oleh kerajaan kepada NFC bertujuan meningkatkan penternakan lembu bagi memenuhi permintaan daging domestik dan bukannya untuk pelaburan luar negara.

"Berdasarkan perjanjian pinjaman, NFC pastinya tidak bermaksud untuk menternak lembu atau cuba mendapatkan daging dari Kazakhstan, apatah lagi membeli sebuah apartmen di sana," katanya.

Lebih mencurigakan, katanya, beliau difahamkan bahawa urusniaga itu adalah pembelian tunai semata-mata.

Pua, yang memiliki sesalinan perjanjian pinjaman itu dari sumbernya, juga mempersoalkan jika NFC mendapat kelulusan dari kementerian kewangan untuk pembelian berkenaan.

Katanya, NFC mesti tampil mendedahkan tujuan pembelian apartmen itu dan menjelaskan sama ada harta itu didaftarkan di bawah nama NFC atau nama pengarah individu tertentu.

Pada Jun 2011, akhbar The Star melaporkan bahawa satu memorandum persefahaman telah ditandatangani antara pihak berkuasa daerah Jambul di Kazakhstan dan NFC berhubung penternakan lembu di sana.

Akhbar berbahasa Inggeris itu juga melaporkan lembu-lembu di Jambul itu akan dibawa ke Malaysia untuk kegunaan tempatan serta dieksport ke negara-negara jiran. -mk



Video MOU Malaysia-Kazakhstan

NFC beli apartmen di Kazakhstan, tetap pecah amanah- Rafizi

KUALA LUMPUR 8 Mac: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menyifatkan pembelian apartmen bernilai RM1.7 juta di Kazakhstan oleh National Feedlot Corporation (NFCorp), tetap merupakan pecah amanah, meskipun ia dikatakan dibeli sebagai pejabat operasi.

Rafizi berkata, sekiranya benar dakwaan itu, ia masih menyimpang dengan matlamat asal penubuhan NFCorp dan perjanjian pinjaman mudah RM250 juta antara syarikat itu dan kerajaan.

“Mereka (NFCorp) patut menumpukan pada ladang mereka di Malaysia dan memenuhi sasaran yang ditetapkan, iaitu menyediakan 276,000 ekor lembu setahun.

“Jadi, mereka tiada sebab untuk membuka ladang di luar negara, apabila sasaran asal mereka gagal dicapai,” jelas Rafizi kepada Keadilandaily.

Beliau merujuk laporan laman The Malaysian Insider, berhubung siasatan polis jenayah komersial berkenaan pembelian apartmen bernilai RM1.7 juta di Kazakhstan oleh NFCorp.

Pembelian dibuat pada September tahun lepas, selepas memorandum persefahaman (MoU) ditandandatangani untuk mendirikan ladang lembu di daerah Jambul, Kazakhstan.

Apartment itu dikatakan akan dijadikan pejabat operasi mereka.

NFCorp dimiliki oleh Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang juga suami kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan tiga anak mereka.

Sebelum ini, KEADILAN mendedahkan pinjaman RM250 juta digunakan untuk tujuan selain penternakan lembu oleh keluarga Shahrizat.

Antaranya membeli dua unit kondominium mewah di Kuala Lumpur, tiga unit kondo di Singapura, dua lot tanah di Putrajaya dan kereta mewah.

Semalam, Rafizi mendedahkan pembelian lapan unit lot kedai di KL Eco City, Bangsar oleh NFCorp dengan menyalahgunakan dana awam itu, bagi mendapatkan pembiayaan bank.

“Jika dilihat pada trend mereka, wang rakyat RM250 juta digunakan sewenangnya untuk membeli hartanah sebagai pelaburan peribadi mereka, seperti di Bangsar dan Singapura,”
kata Rafizi.

Dalam pada itu, Rafizi berkata, beliau sedang dalam proses mengumpul maklumat dan dokumen secukupnya tentang aktiviti NFCorp di Kazakhstan, sebelum mendedahkannya kepada rakyat.

“Sebelum ini pun, sebarang pendedahan kita sentiasa diiringi dengan gambar dan dokumen sebagai bukti sokongan, supaya rakyat tidak mengatakan kami membuat tuduhan kosong”, ujarnya lagi. -KD
-mk


Ulasan GB

Patutlah Najib tidak lansung melayani sebarang aduan mengenai NFC. Rupanya beliau turut sama terlibat.

Anehnya, bagaimana NFC boleh menyatakan ia hanya sekadar membuka pejabat operasi sedangkan berita dari akhbar the Star seperti tertera di atas itu jelas melaporkan "perjanjian ditadatangani untuk menternak lembu di sana"?

A memorandum of understanding was also signed Monday between the Jambul district of Kazakhstan and National Feedlot Corp Sdn Bhd providing for cattle rearing here and enabling the produce to be brought to Malaysia for local consumption as well as export to neighbouring countries.

Perosalan kini: Apakah ladang di Malaysia tidak cukup untuk menternak lembu sehingga perlu membuka di Kazakhstan dan apakah nak berurusniaga di sana sehingga terpaksa membeli apartment dengan nilai jutaan ringgit?

Najib sendiri saksikan MOU itu ditandatangani, ertinya Najib terlibat memperakui salahlaku tersebut.

Patutlah Najib pernah mempertegaskan bahawa tidak semestinya aduan-aduan NFC berakhir dengan pendakwaan.

"Kita tidak boleh anggap bahawa semua siasatan akan berkesudahan dengan pendakwaan. Pendakwaan itu mesti mengambil kira peruntukan tertentu dalam perlembagaan. -malaysiakini Feb 26, 2012


Peruntukan perlembagaan Pasal ke berapakah yang digunakan Najib untuk menutup perbuatan salahlaku dan kepincangan NFC tersebut?

Apa yang berlaku, pendedahan demi pendedahan membuktikan kebenaran ulasan GB sebelum ini, bahawa: Sharizat akan terus dibogelkan!

Laporan sebelum ini
klik untuk baca




10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ABU

Tanpa Nama berkata...

Ya, ABU.

Tanpa Nama berkata...

Kami sokong pr..tapi kenapa somebody belah kanan tu gambar tampal.. Pixel lari bro..

Unknown berkata...

Anon 3:28

Gambar itu adalah snapshot dari klip video. Tak timbul soal tampal. Ia dari lamanweb kerajaan Kazakhstan sendiri

http://en.tengrinews.kz/video/294/

Tanpa Nama berkata...

Alang2 si Izat tu nak selak kain, lebih kita "bogelkan" terus la dia tu.

Baru rakyat boleh tengok "berserabut" ka atau tidak ladang ternak lembu dia tu

Amuraria berkata...

KELENTONG DEMI KELENTONG DEMI KELENTONG ! MACAM LAH RAKYAT MALAYSIA NI LEMBU FEEDLOT, ATAU MEMANG ADA RAKYAT MALAYSIA MACAM SPESIS FEEDLOT MENYOKONG APASAJA UMNO-APCO-BN KELENTONG,SELEWENG DAN SAUK UNTUK SANAK SEDARA,KRONI & DIRI SENDIRI ! UNDI LAIN DARI PARTI SEKUTU APCO ARUS JAHILIAH! JOM ABU !

Tanpa Nama berkata...

Ciri-ciri fasik & munafik.

Tanpa Nama berkata...

Semua ambil kesempatan dengan rombongan merisik anak PM kan.

Tanpa Nama berkata...

Astaghfirullahil aliyil azim.......berapa bnyk lah harta dunia yg nak di kumpul? xingat mati ke? celik lah sikit...non jat oi!!!

Tanpa Nama berkata...

Kiamat sudah dekat.

kiri kanan ku,
berselerak.

di kelilingi hantu hantu bangsat.

Hold on brothers, we will get there somehow.

PR for PRU 13