15 Mac 2012

Sambutan Hari Jadi Super Mewah, Najib Permainkan "Wasatiyyah" Lagi

Kenapa Pejabat PM tempah hari jadi Najib RM79,053?

KUALA LUMPUR, 14 Mac: Belum reda dengan pendedahan kos pertunangan anak Perdana Menteri, PKR hari ini pula mempersoalkan kenapa tempahan majlis sambutan hari jadi Datuk Seri Najib Razak yang bernilai RM79,053 dibuat atas nama Pejabat Perdana Menteri.

Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata, ianya berdasarkan Banquet Event Order oleh Hotel Shangri-La yang secara jelas menunjukkan ianya ditempah atas nama akaun Pejabat Perdana Menteri.

Majlis sambutan hari jadi itu dakwanya berlangsung di Sri Perdana pada hari Ahad, 24 Julai tahun lalu.

"Tempahan turut dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri, walaupun ia jelas adalah majlis peribadi Perdana Menteri.

"Berbeza dengan majlis pertunangan anak beliau, majlis ini secara jelas menyatakan ianya majlis peribadi. Ini menimbulkan persoalan kenapa majlis pertunangan itu tidak dinyatakan secara jelas sebagai majlis peribadi, sebaliknya 'majlis Pejabat Perdana Menteri,"
katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Majlis itu, menurut Rafizi, turut menyajikan 47 juadah antarabangsa termasuklah daging panggang yang diimport dari New Zealand, makanan Jepun, makanan Barat dan lain-lain.

Kos RM79,053 itu antara lain merangkumi Buffet untuk 100 tetamu dengan kadar RM207 satu kepala (RM20,700), Band Syed Sobri (RM7,738), Band Batak (RM5,300), minuman 5 gallons (RM795), gubahan bunga (RM31,800) dan caj pengendalian (RM12,720).

"Wajarkan perdana menteri berbelanja besar sebegini untuk majlis hari lahir beliau sedangkan beliau menyeru rakyat Malaysia mengamalkan sikap sederhana (wasatiyah) dan mengawal perbelanjaan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini?

"Kos hampir RM800 setiap tetamu ini lebih mahal dari sumbangan BR1M sebanyak RM500 yang diberikan kepada rakyat,"
katanya.

Berikut adalah soalan-soalan Rafizi yang menuntut jawapan ikhlas daripada Najib berhubung kos majlis pertunangan anak (RM409,767) dan kos sambutan hari jadi beliau (RM79,053).

Saya ingin mengajukan soalan-soalan berikut kepada Perdana Menteri jika beliau benar-benar telus dan ikhlas untuk menjadi teladan kepada seluruh rakyat Malaysia

1- Bilakah beliau (Datuk Seri Najib Razak) akan mengemukakan lapan bukti yang disyorkan KEADILAN agar nama beliau dapat dibersihkan?

2- Dalam masa lebih kurang satu bulan, Perdana Menteri membelanjakan setengan juta ringgit untuk dua majlis mewah di Sri Perdana. Jika beliau bertegas ini dibayar oleh beliau sendiri, bagaimanakah beliau mampu berbelanja sedemikian rupa sedangkan pendapatan Perdana Menteri tidaklah seberapa?

3- Jika perbelanjaan mewah ini ditanggung oleh rakan taulan yang memberi tajaan, siapakah mereka ini dan apakah bukti Perdana Menteri bahawa sumbangan kepada majlis peribadi tidak mempengaruhi apa-apa keputusan beliau selama ini?

4- Wajarkan perdana menteri berbelanja besar sebegini untuk majlis hari lahir beliau sedangkan beliau menyeru rakyat Malaysia mengamalkan sikap sederhana (wasatiyah) dan mengawal perbelanjaan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini? Kos hampir RM800 setiap tetamu ini lebih mahal dari sumbangan BR1M sebanyak RM500 yang diberikan kepada rakyat.


Perdana Menteri boleh sahaja tidak mengendahkan soalan-soalan ini, tetapi dengan bertanyakan soalan sebeginilah rakyat dapat membongkar pelbagai penyelewengan yang berlaku dalam pengurusan dana awam NFC sehingga BN terpaksa tunduk kepada tekanan rakyat.

Perdana Menteri membuat keputusan tidak menyambung tempoh perkhidmatan Datuk Seri Shahrizat Jalil apabila persoalan moral bersabit integriti sebegini diajukan kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Apabila soalan-soalan yang sama diajukan kepada beliau sekarang, wajarkah beliau juga membuat 'pengorbanan' seperti yang dilakukan oleh Datuk Seri Shahrizat Jalil dengan menjawab satu persatu secara ikhlas dan telus, demi menjaga integriti kerajaan. -HD




LAPORAN SPRM TERHADAP NAJIB

Jingga 13 akan membuat satu laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah terhadap Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak berhubung pendedahan oleh Sdr Rafizi Ramli di Parlimen hari ini, iaitu perbelanjaan peribadi Najib Razak menganjurkan majlis hari lahir di Shangri-La Hotel Kuala Lumpur menggunakan perbelanjaan dari akaun dipercayai akaun Pejabat Perdana Menteri.

Laporan SPRM itu akan dibuat di Ibu Pejabat SPRM Selangor , Shah Alam pada 15 Mac 2012 jam 11.00 pagi. Jingga 13 juga akan menambah laporan terhadap Najib Razak berhubung penafian Shangri-La Hotel bahawa perbelanjaan majlis pertunangan anak perempuan beliau itu dibayar oleh Pejabat Perdana Menteri. Jingga 13 ingin menimbulkan persoalan, bagaimana Najib Razak mempunyai kemampuan untuk menganjurkan sebuah majlis pertunangan yang begitu mahal.

Semua rakan-rakan media dijemput untuk hadir bagi pendedahan ini dan kerjasama semua didahului dengan ucapan terima kasih.

Muafakat. Prihatin. Berani

SAIFUDDIN SHAFI MUHAMMAD
Timbalan Ketua Koordinator
JINGGA 13





Ulasan GB

47 juadah antarabangsa termasuklah daging panggang yang diimport dari New Zealand, makanan Jepun, makanan Barat dan lain-lain.

Kos RM79,053 itu antara lain merangkumi Buffet untuk 100 tetamu dengan kadar RM207 satu kepala (RM20,700), Band Syed Sobri (RM7,738), Band Batak (RM5,300), minuman 5 gallons (RM795), gubahan bunga (RM31,800) dan caj pengendalian (RM12,720).


"Kos hampir RM800 setiap tetamu ini lebih mahal dari sumbangan BR1M sebanyak RM500 yang diberikan kepada rakyat."

Sungguh hebat! Sungguh dasyat!

Benar-benar beliau mempermainkan konsep WASATIYYAH (Kesederhanaan) yang diwarwarkan sebelum ini sedangkan konsep WASATIYYAH itu adalah sebenarnya anjuran dari Al-Quran dan Rasulullah sendiri. Menunjukkan Najib tidak takut lansung untuk mempermainkan malah seperti mengejek seruan Allah s.w.t. dan RasulNya.


وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطاً

Dan demikianlah Kami jadikan kamu satu umat wasatan Al-Baqarah :143


Hadith Rasulullah s.a.w.

“Sebaik-baik perkara adalah pertengahannya”. Hadith Riwayat AlBaihaqi

GB mengingatkan kepada diri GB dan kepada semua, bahawa Namrud mati hanya angkara dari seekor nyamuk yang masuk ke telinganya kerana mempermainkan kata-kata Tuhan dan telinganya itu pula enggan mendengar perintah Tuhan.

GB sekadar mengingatkan Najib jika terlupa, dengan satu istilah: Chicken pox!
(Bukankah saat itu wang berjuta yang dimiliki tidak mempunyai apa-apa makna lagi?)


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

-tubuh badan separuh tutup separuh buka itulah wasathiyyah/sederhana
- duit kerajaan, sebahagian kasi rakyat sebahagian lagi umno sapu itulah wasathiyyah/sederhana
-hukum quran sebahagian percaya/buat dan sebahagian tak buat/percayat itulah wasathiyyah/sederhana.
- kerana wasathiyyah/sederhana inilah rosmah boleh beli cincin 24 juta hasil menabung sejak kecil.
= itulah wasathiyyah ala umno

Tanpa Nama berkata...

membazir iru amalan syaitan...so...faham2 la..

Tanpa Nama berkata...

rakyat makin melarat, pemimpin UMNO makin senang lenang

Tanpa Nama berkata...

errr... tukang ripot kek nik aziz dulu tak nak buat ripot jugak ke??

hairan berkata...

laaa tak kan la rakyat malaysia nih bodoh sangat! kan bila jadi PM tuh maksudnya semua duit dan harta rakyat Malaysia nih hak dia orang anak beranak!

kita nih rakyat kerja susah payah nak cari makan dengan harga barangan melambung tinggi KHAS UNTUK MENGAYAKAN pm anak beranak dan cucu ciritttt dia... hahaha.. takpa lah orang melayu mmg bersopan santun dan berhati mulia, anak sendiri mati kelaparan takpe asal pemimpin kita mati kegemukakan dan kekenyangan...

kesian ek