3 Mac 2012

Najib Minta Maaf Tetapi Terus Caci Parti Lawan

Najib Minta Maaf Atas Kesilapan Lalu BN

BALING: Barisan Nasional (BN) akan memperbetulkan kesilapan lalu sehingga kalah banyak kerusi dan beberapa negeri termasuk Kedah dalam pilihan raya umum 2008, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Untuk itu, Perdana Menteri berkata beliau memohon maaf bagi pihak BN atas kesilapan itu tetapi berjanji akan membetulkannya dengan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Katanya jika pengundi menolak BN seperti di Kedah, sedikit sebanyak adalah kerana BN telah membuat kesilapan.

"Pada saya kita jangan angkuh dan bongkak. Sebab kita mesti tunduk kepada kuasa rakyat dalam demokrasi berparlimen. Kalau rakyat tolak BN dulu mesti ada kesilapan kita.

"Kita minta maaf atas kesilapan kita dulu. Yang menang minta maaf yang kalah pun minta maaf," katanya pada Perjumpaan Bersama Rakyat di Padang Awam, Kuala Ketil, dekat sini, Sabtu.

Perdana Menteri berkata BN akan belajar dan bangkit semula daripada kesilapan itu.

"Daripada runtuhan BN di Kedah kita akan bangkit dan bina mahligai yang kukuh dan kuat. Itu azam kita. kita berazam bahawa kita sudah mempelajari daripada kesilapan kita. Kita beri perakuan, akujanji kepada rakyat bahawa akan datang kita akan laksanakan perkhidmatan yang cukup baik kepada rakyat.

"Yang dulu jadi sempadan jangan dibangkit-bangkit lagi...kita janjikan perubahan untuk rakyat Malaysia dan Kedah. Perjalanan sudah bermula," katanya.

Beliau berkata hanya BN sahaja yang dapat memberikan masa depan yang lebih baik kepada rakyat.

"Kita ada perancangan yang jelas, kita ada agenda yang tersusun rapi, kita ada peta jalan, kita ada fakta dan ada angka.

Perangkaan yang cukup lengkap untuk memacu perubahan, membawa negara ke arah wawasan menobatkan negara sebagai negara maju berpendapatan tinggi. Ini bukan macam Buku Jingga," katanya.

Najib berkata kerajaan mahu memberi isyarat dan gambaran jelas bahawa kerajaan sudah hampir untuk melakukan transfomasi perubahan yang memberi banyak manfaat kepada rakyat.

Antara yang hadir sama pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.- BERNAMA

'Parti Asyik Serabut' Sering Menyusahkan Rakyat - Najib

BALING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata PAS kini menjadi 'Parti Asyik Serabut' yang sering menyusahkan rakyat kerana pemimpinnya kerap mengeluarkan kenyataan yang bercanggah.

Katanya beliau sendiri tidak faham dengan hala tuju perjuangan parti berkenaan dan sering menyerabutkan pemikiran rakyat.

"Mula-mula dia kata negara Islam, kemudian negara berkebajikan dan kata bukan Melayu boleh jadi Timbalan Presiden, tapi Musyidul Am kata tidak boleh. Banyak menyusahkan rakyat, banyak bagi serabut," katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Rakyat di Padang Awam Kuala Ketil, dekat, sini Sabtu.

Katanya dalam isu PAS di Kedah di mana dua Exco tidak mahu dilantik semula, kemelut yang tidak selesai telah menyusahkan rakyat Kedah.

Beliau berkata Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula banyak menimbulkan masalah serta membuat kenyataan tidak tentu arah dan menyifatkannya sebagai "Parti Kalut dan Ribut".

"Masalah video tak selesai, masalah Jabatan Agama Islam Pahang pun tak selesai... DAP pula 'Depa Ambil Peluang', dia cari peluang saja, kalau nak masa depan terjamin lebih senang sokong Barisan Nasional (BN)," katanya.

"Kita (BN) tak pernah lari daripada prinsip perjuangan kita... BN parti yang boleh diharapkan," katanya.

"Bagaimanapun saya lihat kini sudah ada perubahan termasuk di Kedah...angin kencang menjurus kepada perubahan. InsyaAllah kita akan buat perubahan besar kepada negeri Kedah," katanya. - BERNAMA


Ulasan GB

Apa jenis manusia bernama Najib ini?

Minta maaf kepada rakyat di atas kesilapan BN yang lampaum tapi mencaci PAS sebagai Parti Asyik Serabut, PKR sebagai Parti Kalut & Ribut dan DAP sebagai Depa Ambil peluang, sedangkan rakyatlah yang memilih Pakatan Rakyat mengganti BN di kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor.

Ia melambangkan hipokrisi Najib sendiri, menunjukkan ketidak-ikhlasan beliau sendiri meminta maaf kepada rakyat kerana mencaci dan menghina parti-parti yang rakyat sendiri telah pilih untuk gantikan BN di pilihanraya yang lalu.

Dahulu anda tuduh pihak parti lawan anda suka mencaci. Sekarang terbukti siapa sebenarnya yang kuat mencaci.

Apa yang dilakukan oleh Najib tak pernah dilakukan ayahnya Tun Abdul Razak. betapa dasyat dan rendahnya moral Najib yang terdesak.

Teruskan caci - kerana apa yang anda beri akan kembali kepada diri anda sendiri, itu Hukum Kebenaran dan Keadilan.

p/s pasal kes lembu, pasal belanja melampau Rosmah, pasal hubungan dagang dengan Israel, pasal Perak, Pasal peretmuan dengan Saiful dan lain-lain bila mau minta maaf?

19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wayang orang tersepit dan munafif haram jadah umno

Tanpa Nama berkata...

Dulu Mahathit berkempen sambil menangis..Ini Najib dok sibuk minta maaf....Dah 50 tahun buat salah apa rakyat nak maafkan ke....Bodohlah orang yang mengundi BN UMNO semata2 Najib minta maaf...Aapa jaminan dia dan pemimpin BN tak makan rasuah , penyelewengan dan ketirisan ? Buruk2 PR kebanyakan pemimpin mereka tak makan rasuah....Itu yang rakyat mahu..

Apa Pasal berkata...

Teralu banyak pasal dah....!

Tambah lagi pasal Lynas,
pasal Felda, pasal AG,
pasal NFC,
pasal Barang Naik,
pasal scorpene,
pasal tanah di Singapura,
pasal Kapal Israel,
pasal tanah banyak tergadai,
banyak sanagatlah pasal.... bagi peluang kat orang pulak dah...!

Tapi sokong Hantu Raya ni... apa pasal......?

Tanpa Nama berkata...

Rakyat tak perlu layan jenis 'mulut manis tapi hati pahit dan lembut gigi dari lidah' nih.....

Tanpa Nama berkata...

Rakyat tak perlu layan jenis 'mulut manis tapi hati pahit dan lembut gigi dari lidah' nih.....

Tanpa Nama berkata...

Minta maaf kerana strategi politik untuk meraih undi..Dah 55 tahun expert menipu puak-puak ni hidup senang lenang pas tu nak buli orang bawah!!! Tumbangkan Umngok PRU13!!!

Tanpa Nama berkata...

KOSONG!!!!!!!!!!!!!!mintak maaf dengan ckp kosong....kami tak maafkan ko melainkan ko..
1.dakwa kat jat dan suami kes NFC
2.buka siasatan kes bunuh tuya
3.skandall AG dan IGP,sonyap noorrr..takpa,
4.mcm2 yang baratus2 lagi yang hang senyap..

kalo tak,,manis mulut hang nak mintak maap naaaaaaaaaaa

Tanpa Nama berkata...

Aku teringat perisriwa lama kat pdg awam ketil semasa lawatan dr mahadet tahun 90an dulu. Bila dia naik pentas penyokong2 dia meluang HIDUP MAHATHIR 3x. Pastu ada suara sumbang meyambung..MATI KITA kah kah

Tanpa Nama berkata...

hati dia ni busuk.....mulut dia ni manis.....kesian kat tuya yang di bom dengan c4 tu...

Tanpa Nama berkata...

saya juga DISINI mahu MOHON MAAF pada DS Najib sebab saya akan terus UNDI PR pada PRU akan datang..maafkan saya..maafkan saya..:)

Tanpa Nama berkata...

awak tu mintamaaf je pandai..UMNO Kedah sendiri berkelahi berebut kuasa,cah keting tak selesai2 camne nak rampas Kedah...TERUSKAN UNDI PR

Tanpa Nama berkata...

blom pun menang dah bercita2 besar najib rosmah ni..tgk ape kata dia : "kita akan bangkit dan bina mahligai yang kukuh dan kuat. Itu azam kita"..jahanam rakyat kalau BN menang nnt..duit kita semua pegi kat mahligai najib dgn rosmah..skrg kemain merayu2 lg..bila dah menang semua rakyat yg kene tanggung..mrk berjoli sakan dgn duit kita..hakk tuiiii

Tanpa Nama berkata...

Menyalah gunakan wang negara tak nak minta maaf ke.

Tanpa Nama berkata...

najib nak naik gaji kakitangan awam supaya makan kenyang dan gemuk, nanti BN menang boleh buat lauk

Tanpa Nama berkata...

altantuya?

1 Malaysia berkata...

Lidah tak bertulang. Cakap-cakap munafikun. Minta maaf dengan mulut, bukan dengan hati.
Memang benar. Yang lepas tu kita jadikan sempadan. Yang akan datang kita tidak pasti. Oleh kerana yang lepas kita jadikan sempadan, kita harus malahan wajib terus "TIDAK" mengundi BN yang bukan saja korup tapi bersifat setan.
Kalau setakat bercakap untuk berlaku baik tanpa disusuli dengan tindakan. Lupakan saja ucapan maaf dari Tok Jib.
Tok Jib bukan saja mesti minta maaf kat rakyat Malaysia tapi dia wajib minta maaf dengan Arwah bapa dia, Tun Razak dan ibunya kerana tak mampu mengawal "isteri"nya. Pemimpin yang tak mampu mendidik isterinya sudah pasti tak mampu nak mentadbir NEGARA dengan betul. Sebab tu, dia tak mampu ambil tindakan terhadap isu PKFZ, NFC, .... banyak sangat untuk disebut.
Sudahlah Tok Jib dan BN. Kami terima kemaafan dari hang tapi kami sudah serik dengan tindak tanduk BN. Yang pasti kami tak akan beri undi kepada hang dan konco-konco hang. Menang atau kalah, kami serah kepada Allah swt. Kami tak sanggup lagi bersekongkol dengan hangpa. Lagi lama hangpa memerintah, lagi nanya kami kat bawah ni.
Walaubagaimanapun, tahniah Tok Jib. Sekurang-kurangnya hang tahu minta maaf. Tang ikhlas tu, hanya Allah swt saja yang tahu. Sudah banyak kali ditipu, tak kan nak kena lagi kot. Mukminkah orang-orang kita, terutama Melayu kita ni?

Tanpa Nama berkata...

dulu kini dan selama-lamanya. MINTA MAAFLAH...kes bunuh orang memali macamana....waris kat sana nak maafkan UMNO......banyak senang... rasa-rasa boleh ke compiden maaf dari 1malaysia wahai semua datuk menteri.....

Tanpa Nama berkata...

Kepada rakyat yang bakal mengundi pada PRU 13 nanti yang masih termakan dengan sandiwara UMNO boleh diketegorikan sebagai BODOH...yang masih mengundi UMNO sebagai bangang...dah 50 tahun lebih UMNO memerintah,,takpayah banding lah dengan negara lain,,dengan SINGAPORE pun jauh ketinggalan

Depa penuh duit kroni depa ja...tanah melayu habis depa gadai..kat Melaka apa yang melayu ada?? hampehhh..kat bandar semua kaum selain melayu dok meniaga..melayu mana?? habis kawasan sejarah depa robohkan,tak amik peduli.. apa UMNO buat untuk melayu nih?? jgn perjudikan naib MELAYU lagi pada PRU ini...kelak anda menyesal...

50 tahun bukan waktu yang singkat wahai MELAYU semua...UMNO umpama harapkan pagar,pagar makan padi...bangsa kita jauh ketinggalan berbanding bangsa lain,,terutama dr segi ekonomi dan aset

Tanpa Nama berkata...

Saya orang Perak.Mufti kami sekarang dalam keadaan yang dukacita amat sangat.Di hadapan kami diberkata dia tidak pernah kata perbuatan Najib berada bersama penganut HIndu di Batu Cave itu dibenarkan.Tidak tetap dengan pendiriannya bahawa menghadiri upacara agama yang lain adalah haram bagi orang Islam. Kalau ada yang boleh bersemuka dengan MUfti sila berbeuat demikian. Sungguh malang bagi kita nioraqng Islam di Malaysia mendapat PM yang tak tahu selok belok agama.