Kuala Lumpur, 3 Mac: PAS dan pelbagai NGO menuntut supaya bahan sisa dari kilang Lynas di Gebeng di bawa keluar dari negara ini.
Ini kerana, sisa itu mempunyai bahan radioaktif yang bakal kekal di bumi Malaysia jutaan tahun dan memudharatkan penduduknya di masa depan.
"Jika tuntutan ini tidak diharaukan, kita tidak menolak Himpunan Hijau 3.0 dianjurkan," kata Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PASA, Zulkefli Mohd Omar kepada Harakahdaily.
Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan, sisa dari kilang Lynas di Gebeng akan dibuang di tempat lain yang akan dikenalpasti kemudian.
Ia bertujuan untuk menghilangkan kerisauan penduduk tempatan walaupun pihak kerajaan yakin ia selamat.
Anggota Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong dalam komennya mencadangkan kepada Najib agar mengumumkan saja tempat baru sisa itu adalah dalam kawasan parlimennya iaitu Pekan.
Hujjah Najib kononnya sisa ini tidak bahaya juga ditolak oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berdasarkan apa yang berlaku kepada kilang ARE yang terletak di Bukit Merah, Ipoh sebelum ini.
Kerajaan terpaksa membuang semua tanah seluruh tapak kilang dan kawasan sekitarnya di Bukit Merah dan di simpan dalam tong dan seterusnya di masukkan ke dalam sebuah bukit di Perak.
Persoalannya, sampai berapa lama 80,000 unit tong drum 200L dan kawasan takungan itu akan selamat dan tidak pecah atau rosak akibat perubahan cuaca dan jenis tanah di kawasan itu.
Sedangkan, separuh hayat kepada bahan radioaktif yang dihasilkan dari Thorium itu akan berumur ribuan tahun kalau tidak jutaan tahun pun.
Menurut laporan sebuah akhbar Cina, Menteri Kesihatan telah mencapai kata sepakat dengan Menteri Perindustrian Antarabangsa agar sisa ini dihantar balik ke Australia atau sekurang-kurangnya luar dari Kuantan.
Namun, Australia telah membuat keputusan tidak akan menerima sisa itu balik ke negara mereka.
Dalam kes kilang ARE Bukit Merah yang dimiliki syarikat Jepun, Mitshubishi, tuntutan juga dibuat agar sisa yang memenuhi sebuah bukit itu dibawa balik ke Jepun.
"Membenarkan Lynas membuang sisa kilang ini di Malaysia adalah satu subsidi besar buat syarikat Australia itu," kata Presiden CAP, S M Mohamad Idris.
Jangkaan pendapatan yang mungkin diperolehi dari kilang ini adalah sebanyak RM30 juta untuk lima tahun.
"Namun, kesan kepada ekonomi, sosial, alam sekitar dan kos kesihatan kepada pekerja, masyarakat sekitar, tanah, air, lautan dan jenerasi akan datang dijangka berjumlah sehingga RM150 juta," kata S M Mohamad Idris lagi. -HD

5 ulasan:
Agak agaknyalah, kalau ini DAP yang punya adakah ehem ehem ehem..... masih segar dlm kepalaku, "Melayu=KULI, Cina=Tauke", "hayiaya bodo itu vet, kesian tengok kucing tersiksa dia bedah 3 hari blum sembuh, melayu punya doktor d universiti memang biasa repeat paper banyak kali maa"......tak perlu ku jelaskan lebih lanjut pengalamanku, kalau korang tak paham lantak la atau cubala pura-pura paham....
Rakyat Biar mampus asalkan duit masuk
Anon 1.53
Fahamlah sikit luahan Rakyat dengan semuanya naik sebab BN(Barang Naik).
Kerja agak2 saudara tidak memberi makna kerana realiti sudah terpampang saheh.
Seterusnya, "Melayu Kuli" dan "Cina Taukeh" bukan silap siapa tetapi ini adalah khianat dan dosa besar pemimpin UMNO. Dah 50 tahun kot orang Melayu diperbodohkan.
Orang UMNO bukan faham tentang mudarat dan bahaya ni.Depa tahu ampu dan dapat upah untuk sekat dan halang orang buat demo halang projek ni.
Macamana kita suroh mana2 rakyat 1 Malaysia yang proLynas termasuk semua menteri2 kabinet serta PM diberikan tanah hakmilik percuma / 999 tahun , tinggallah disekeliling kilang Lynas, Gebeng tu. Yang proLynas tu mana2 diberi pilihan mana2 ceruk disekitar Lynas dan rakyat antiLynas di Gebeng dibenarkan berpindah serta mendapat tanah perumahan jauh dari bahaya tersebut. Apamacam..........setuju tak.....
Catat Ulasan