Takkan tak sayang emak’
KUALA LUMPUR: “Emak saya bang, takkan saya tak sayang. Apapun yang berlaku, sebagai anak saya mohon ampun dan maaf dengan apa yang terjadi. Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya ketika ini, saya harap mak memahaminya,” kata Amir Mohd Omar, 27, anak Faridah Maulud, ibu yang ditinggalkan di sebuah hotel bajet di sini sejak 3 Mac lalu.
“Saya buntu dan seperti tenggelam punca kerana dalam hati tidak terlintas langsung untuk menyusahkan ibu seperti itu.
“Kejadian ini menyebabkan saya dihubungi sanak-saudara yang selama ini tidak tahu kedudukan sebenar saya walaupun sudah lima tahun menetap dan bekerja di ibu negara. Ada yang memberikan reaksi positif dan ada yang menyalahkan saya sebagai punca semua ini berlaku.
“Namun, saya buat begini kerana sayangkan mak dan mahu dia selesa. Kalau mampu, sudah tentu saya tempatkan dia di rumah sendiri kerana selama ini kami berkongsi susah dan senang,” katanya ketika bersetuju bertemu wakil Harian Metro selepas beberapa kali dihubungi, semalam.
Harian Metro berusaha mencarinya sejak pagi dengan mendapatkan nombor telefon Amir daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pengusaha hotel.
BANTU...pegawai JKM dan kakitangan hotel mengangkat Faridah untuk dibawa masuk ke dalam van, semalam.
Laporan sebelum ini
klik untuk baca
Ulasan GB
Usah sesekali lakukan (tinggalkan) ibu sedemikian. Apatah lagi membiarkan ibu di dalam kesedihan dan tangisan.
Kepada Amir, segeralah temui ibumu dan mohon maaf terus kepadanya, kerana tentu dirimu tidak sanggup menanggung kemurkaan Allah dan RasulNya yang memerintahkan kita untuk menghormati ibu.
Dalam surat Al-Isra menyebutkan bagaimana kita harus memperlakukan kedua orangtua kita. Allah SWT mengatakan:
“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: Wahai Rabbku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.” (QS. Al-Israa: 23-24)
Di dalam sebuah hadith,
Dikisahkan oleh Abu Hurairah: Seorang laki-laki mendatangi Nabi Muhammad saw dan bertanya kepadanya, “Siapakah yang dapat aku jadikan sebagai teman dekat?” , Lalu Nabi saw pun menjawab:
“Ibumu, ibumu, ibumu, lalu ayahmu, lalu orang terdekatmu dan orang dekat setelahnya”
Semua Amir diampunkan Allah, RasulNya dan ibumu.

9 ulasan:
menangis aku dengar lagu ini...
Kita jangan hanya menyalahkan sdr Amir saja, PR harus terbuka dada untuk mengatasi masalah ini, jumpa dengan sdr Amir dan tanya masalah. Kerajaan PR Selangor amat mudah boleh tolong ... sediakan rumah PPR untuk disewa oleh sdr Amir dan biar dia jaga ibunya . Jangan pisahkan ibu dengan anak ...
Sekurangnya dia tak letakkan emaknya di bus stop atau tepi jalan...msg2 ada masalah tersendiri...jgnlah terlalu salahkan dia...
Tempatkan ibu ini di condo shalizard.
Dia menteri kebajikan dan wanita.
kak long tulis "msg2 ada masalah tersendiri...jgnlah terlalu salahkan dia..."
orang nasihat dia jgn perlakukan lagi emaknya sebegitu. nasihat itu juga utk semua yg lain. walau pun bukan bus stop atau tepi jalan.
memang semua org ada masalah tapi jgn jadikan ibu sebagai mangsa...
itu masih dalam lingkungan dosa besra sebab dari ayat Al-Quran, kata "ah" pun boleh inikan pula tinggalkan ibu sedemikian rupa. itu mujur pekerja hotel baik... kalau tak baik, kita tak tahu apa jadi si ibu itu....
sedih sekali akak mendengarnya,apa apa pun amir bersabarlah dan kembalilah kepada ibu amir jagalah dia dengan baik kerana dialah pintu syurga amir.janganlah kebuntuan kita membuatkan ibu kita menangis,kalaulah hendak menangis ,menangislah sepuas hati amir kepada allah swt.akak berharap sangat amir pulanglah kepangkuan ibu amir,biduk berlalu kiambang akan tetap bertaut.akak pernah menjaga ibu yang lumpoh selama sepuloh tahun,akak tidak menafikan ada waktunya kebuntuan,kelohan serta pelbagai dugaan datang tanpa diduga,terkadang diluar kemampuan untok kita galasi.akak hanya bersujud kepada illahi,kuatkan semangat,alhamdullillah akak berasa orang yang allah pilih demi ibu.jiwa akak tenang dan allah swt selesakan kehidupan akak walaupun dalam kesederhanaan.amir ambillah kurniaan allah swt kepada amir iaitu seorang ibu yang amat memerlukan anaknya amir.akak doakan amir dilimpahi rezeki serta kekuatan iman.amin.
kak long kak long
kau faham ke apa yg kau cakap ni...
bg aku, aku tetapkan salahkan amir ni...100%...atas apa shj alasan dia tk boleh buat mak dia cmtu. aku faham kat sini dia susah, so mngkin mak dia pun dulu susah, tp ada mak dia tinggalkan dia?..ingat sumer kat sini yg sokong en amir ni, derhaka pada ibu...highway ke neraka...atau pun bila kita salahkan org lain atau bg alasan utk derhaka boleh elak masuk neraka?...fikir2kan..ini ke generasi akan datang. bila kita dah tua, anak kita tinggalkan kita dan org ckp tkleh salahkan anak sebab dia buntu. klau ada yg setuju, Insyaallah, akan smpi masa kita jugak......ingat kita pun akan tua....
Tak boleh tidak...aku dari awal menyalahkan Mekanism Pentadbiran Awam!
Mana saluran yang betul bilamana rakyat ditimpa kesusahan dan bagaimana cara terbaik untuk membantu.
Apa fungsi Pegawai Kebajikan Masyarakat yang bergaji beribu-ribu, pakai Pajero (yang aku nampak kat Perhentian Sg. Perak bawak pajero kerajaan hangkut anak bini - pergi holiday kot macam kereta sendiri dengan gah dan megah)...Kalau cakap makan gaji buta karang marah.
Tak ada borang ker yang anak dia ni boleh isi dan mohon bantuan untuk masukkan ibunya ke pusat kebajikan sekiranya dia dah tak ada arah? Kalau setakat simpati Ketua Pemuda, kesal, sedih pelbagai.......airliur saja tak selesai masalah.
Aku kesian makcik tu dan aku kesian anak dia sekali. Terhimpit dalam situasi yang tak sepatutnya ada dalam Malaysia yang digah kan dengan GDPnya, digahkan dengan 1 Malaysianya - rakyat didahulukan!
Kepada Pegawai-pegawai Kebajikan masyarakat - buatlah kerja....jangan asyik nak membesarkan perut dan meleretkan buntut .....
Ampun dan maaf kalau ter emo.....yang betul biarkan kita kata betul.....
Catat Ulasan