10 Mac 2012

Majlis Pertunangan Anak Najib: Rakyat Tidak Percaya Penafian PMO

PMO: Majlis bertunang anak PM bukan dibiayai k'jaan

Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini menafikan dakwaan PKR bahawa kerajaan telah membiaya majlis pertunangan anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam satu kenyataan yang dihantar malam ini, PMO berkata pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli perlu memohon maaf atas dakwaannya yang palsu, fitnah dan memburuk-burukkan reputasi perdana menteri.

Menurutnya, tiada dana awam digunakan untuk membiayai majlis pertunangan anak perempuan perdana menteri itu, sebaliknya telah dibayar sendiri oleh perdana menteri dan keluarganya.

Rafizi, dalam satu sidang akhbar petang tadi, mendakwa mempunyai bukti yang kerajaan telah membiaya majlis pertunangan anak perempuan perdana menteri itu.

Pengarah strategi PKR itu membuat dakwaan tersebut dengan merujuk kepada satu tempahan jamuan bankuet kepada Hotel Shangri La yang didakwa menyediakan katering untuk majlis berkenaan.

Rafizi mendakwa, kos berjumlah RM409,767 itu dibilkan kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Menurut salinan dokumen yang diedarkan kepada media itu, majlis berkenaan diadakan pada 17 Jun 2011 di kompleks Perdana Putra.

Bernama melaporkan pada tahun lalu bahawa pertunangan anak Najib, Nooryana Najwa dengan warga Kazakhstan, Daniar Nazarbayev itu dilangsungkan di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana pada malam tersebut. -mk


Bukti Perdana Menteri Tempah Hotel Untuk Pertunangan Anaknya!!




Ulasan GB

PMO, sama seperti Wisma Putra dahulu, cuba membuat penafiannya sedangkan bukti nyata sudah dipaparkan.

Tiada sebab pelapor perlu minta maaf tetapi Najib dan Wisma Putralah yang perlu minta maaf seperti Najib meminta maaf kepada rakyat Selangor hasil kecurangan pemerintahaan UMNO BN di Selangor.

Sebelum ini GB pernah menyatakan mengenai kenyataan penafian dari Wisma Putra:

Begitulah Wisma Putra yang pendusta, menipu seluruh rakyat Malaysia, anda TIDAK BERMARUAH dan tiada siapa yang akan dengar penjelasan kamu lagi tentang apa isu sekalipun. Sekali lancung ke ujian seumur hidup orang tidak percaya!


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dah banyak guna kan duit rakyat untuk tujuan peribadi ..... tak kan senang senang je minta maaf ..... bicarakan dan ambil tindakan sewajarnya.....

Tanpa Nama berkata...

sama jugaklah dg beli cincin guna duit tabung buluh...

Tanpa Nama berkata...

GB, bukan penafian itu oleh Wisma Putra tetap PMO iaitu Pejabat Perdana Menteri. Wisma Putra itu pejabat Kementerian Luar Negeri, umtuk makluman.

Walau bagaimanapun duit itu, jika benar baik PMO, Wisma Putra dan lain-lain Agensi Kerajaan adalah duit rakyat.

Unknown berkata...

sudah diperbetulkan

Tanpa Nama berkata...

Kalau tanya PMo, Wisma Putra, najin atau Rosmah semua akan nafikan sama macam kes-kes sebelum ini.

Tetapi terbongkar juga satu ketika bila FBC menyatakan Najib telah membayar RM58 juta kepada FBC Media untuk membina imejnya di peringkat antarabangsa menerusi pelbagai saluran penyiaran antarabangsa.

Tanpa Nama berkata...

Penjawat awam tidak boleh dilibatkan dalam majlis pertunangan anak walau dalam apa kapasiti sekalipun. Tak kan staf PMO tolong uruskan bil majlis. Ini salah guna kuasa namanya.