10 Mac 2012

Kebenaran Terdedah, Akhirnya Tupai Yang Dimaksudkan TGNA Dikenalpasti

Nik Aziz: Saya simpati pada 'tupai' isu Kedah

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, beliau bersyukur kerana krisis pentadbiran Kedah tidak berakhir dengan pentadbiran darurat melalui Majlis Gerakan Negara (Mageran) seperti pengalaman Kelantan pada tahun 1978.

Nik Aziz berkata, dalam menangani konflik menteri besar dan wakil rakyat negeri itu, Mageran digunakan untuk menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan dan bukan perbincangan seperti yang dilaksanakan di Kedah sekarang ini.

"Berbezanya antara dua penyelesaian membuktikan berbezanya dasar yang digunakan, satu dasar Islam dan satu lagi dasar sekular!" kata mursyidul am PAS itu.

PAS beranggapan pergolakan kepemimpinan Kedah berakhir pada 5 Mac lalu dengan pengumuman dua exco - Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh - menerima pelantikan semula ke jawatan mereka.

Dalam kenyataannya semalam, Nik Aziz juga secara sinis berkata, beliau bersimpati terhadap "tupai-tupai" yang melompat keseronokan ketika kemelut itu berputik kerana menjangka dapat "menikmati buahnya".

"Sayangnya, putik tidak menjadi masak, tupai pula jatuh kehampaan,"
katanya lagi tanpa menamakan dengan jelas pihak terbabit.

Sepanjang krisis Kedah bermula hujung Februari lalu, isu itu menjadi fokus serangan musuh politik mereka daripada Umno dan dikritik hebat di media arus perdana.

Malah, ada yang berspekulasi, krisis itu jika berpanjangan mampu menggoyahkan kestabilan pentadbiran PAS dan bakal memastikan kekalahan parti itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Nik Aziz juga menganggap kemelut itu istimewa kerana pertelagahan berlaku untuk menolak jawatan dan bukan merebutnya seperti apa yang disifatkannya berlaku dalam " silibus pengajian sekular".

"Bahkan jika terbukti melakukan penyelewengan sekalipun, masih enggan untuk meletakkan jawatan!" katanya membuat perbandingan.

Beliau juga menganggap kesediaan kedua-dua orang exco untuk menggalas tugas yang sebelum ini ditolak merupakan titik noktah terhadap krisis yang melanda negeri itu. -mk

Ahli PAS dedah sikap Azizan

ALOR SETAR: Kumpulan penentang Datuk Seri Azizan Abdul Razak mendakwa menteri besar seorang yang angkuh tetapi licik berpolitik.

Menurut Abdullah Hashim ahli PAS Sungai Limau DUN yang diwakili menteri besar, Azizan mengamalkan politik pecah dan perintah.

“Saya diarahkan oleh PAS untuk membuat kerja-kerja untuk YB Nasharuddin Mat Isa (bekas ahli parlimen) Yan tetapi Azizan tidak setuju.

“Dia tidak tidak pernah turun ke kawasan Yan. Saya bertanggung dengan kenyataan saya ini, saya tidak amal baling bantu sembunyi tangan” dakwa Abdullah yang menurutnya pernah menjadi orang rapat Azizan.

Nasharuddin menjadi ahli parlimen Yan pada tahun 1999 sebelum bertanding di parlimen Besut, Terengganu pada tahun 2004.. Ketika ini beliau merupakan ahli parlimen Bachok, Kelantan.

Bagaimanapun, menurut Abdullah yang lebih dikenali dengan Lah Semangat 46, penentangan terhadap Azizan yang terbaru ini berlaku ekoran kenaikan tarif air pada tahun 2010.

Abdullah pada mulanya ahli Umno sebelum menyertai Semangat 46 dan akhirnya menjadi ahli PAS
dan orang rapat Azizan.

“Saya mengetuai demontrasi rakyat Kedah termasuk disertai ahli PAS mengadakan demontrasi membantah kenaikan tarif air.

“Kami tidak menentang PAS tetapi menentang Azizan kerana manifesto tinggal nama sahaja di mana pelaksanaannya?” katanya ketika dihubungi hari ini.

Krisis PAS Kedah tercetus apabila dua Exco kerajaan negeri – Dr Ismail Salleh dan Datuk Phahrolrazi Zawawi menolak untuk dilantik semula atas alasan tidak boleh menerima kepimpinan Menteri Besar.

Phahrolrazi adalah Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah manakala Ismail, Timbalan Pesuruhjaya 2.

Bagaimanapun, ekoran campur tangan PAS Pusat kedua-dua mereka dilapurkan setuju menerima jawatan tersebut.

“Kita akan lawan sehingga Azizan meletak jawatan sebagai Menteri Besar. Ratusan ribu orang PAS menyokong kumpulan kami.

“Hanya Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dan Datuk Mustafa Ali (Setiausaha Agung) yang menyokong Azizan.

“Dan penyokong-penyokong Azizan yang mendapat rezeki darinya menyokong Menteri Besar itu,” dakwa Abdullah lagi.
-FMT


Ulasan GB

Tak begitu lama, hanya beberapa ketika, akhirnya Tuhan dedahkan, siapa tupai yang dimaksudkan oleh TG Nik Aziz.

Tabiat tupai melompat dari satu pokok ke satu pokok - dari UMNO rupanya dia, kemudian Semangat 46 kemudian jadi ahli PAS.

Pengakuannya: “Saya mengetuai demontrasi rakyat Kedah termasuk disertai ahli PAS mengadakan demontrasi membantah kenaikan tarif air.

Satu hal yang tidak pernah dilakukan oleh ahli-ahli PAS terhadap pucuk pimpinan sendiri tetapi berlaku di Kedah dan ramai juga "ahli PAS" yang termakan racun yang dibawa tupai berkenaan untuk menjatuhkan pemimpin PAS sendiri.

Tak berjaya dengan isu "kontrak selenggara jalan" yang merupakan satu fitnah, apabila kontrak yang dimasudkan itu yang kononnya bernilai RM1 bilion hanyalah hearsay, kini kumpulan tupai ini beralih dengan memperlekehkan dan memburukkan peribadi kononnya Ust Azizan angkuh, "cenge", kononnya beliau terlalu keras dan seumpamanya. Satu kaedah tipikal digunakan oleh mereka yang bankrap politik apabila gagal menyerang lawannya apabila kehabisan dan ketiadaan modal dan isu.

Dan terlalu bodoh pula ahli-ahli PAS yang ada tarbiyah mengikut tupai-tupai berkenaan. Bodoh sebodoh-bodohnya.

Sepandai-pandai tupai akhirnya jatuh ke tanah jua, kata pepatah Melayu. tetapi ayat TGNA lebih lunak lagi: "Sayangnya, putik tidak menjadi masak, tupai pula jatuh kehampaan."


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




7 ulasan:

Adik Sayang berkata...

Generasi Muda Terengganu Generasi Terbodoh Sepanjang Zaman
(Saya ada bukti kukuh)
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
4 ~ http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3155



Mahasiswa2 Malaysia Bodoh2 Dan Tolol2
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=31913&postdays=0&postorder=asc&start=0
2 ~ http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=65445
3 ~ http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=639811
4 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22139#486542
5 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28011.html
6 ~ http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3151
7 ~ http://www.ehoza.com/v4/forum/forumdisplay.php?270-Isu-Semasa-2011&s=63a289413c17d2b7384748ad617318aa

Tanpa Nama berkata...

memang bodoh ahli2 pas Kedah yang nak jatuhkan Pesuruhjaya PAS sendiri terutama parasit dua ekoq tu.. huhu

Tanpa Nama berkata...

yang tulis bodoh pung bodoh gok...kalau pandai berhehmah kena tegur cara molek tu kan ajaran islam...duk coteng muka orng doh kata tu ini..balik2 dosa je jika salah...sama2 kita insaf lah..

Tanpa Nama berkata...

Anonymous said...
yang tulis bodoh pung bodoh gok...kalau pandai berhehmah kena tegur cara molek tu kan ajaran islam...duk coteng muka orng doh kata tu ini..balik2 dosa je jika salah...sama2 kita insaf lah..

March 11, 2012 10:01 AM

dah kena bodoh baru tahu cakap berhehmah.. hahaha

masa menentang Ust Azizan tak ingat plak berhemah, yang ingat ialah kamikaze...

memang dasar pengikut tupai tahap bangang....

orang tempelak bodoh tu dah kira baik, kalau zaman Rasulullah org derhaka dan khianat macam Abdullah Ubai yang memfitnah pimpinan dah kena pancung kepalanya...

Tanpa Nama berkata...

hehe, x turun kawasan, tapi mng 4 penggal berturut-turut, kepada org yg kondem ustaz azizan, pi tanya org sg limau, lah 46 ni sapa, ustaz azizan sapa, tanya org luaq mana depa tau

Tanpa Nama berkata...

Idea Lah 46 ka nak dipakai? Aku kenai Lah 46 ni drp dia UMNO lg. UMNO pun tak mau dia. Ada jg ka orang PAS nk gunapakai dia. Iishhhh .... tak elok aq nak cerita latar belakang budak Lah 46 ni. PAS ka budak ni? Habaq mai sat daftar di cawangan mana? Caw Bt 16? Pi tanya tengok Hj Karim, su cawangan tu. Jgn dok percaya kata dia PAS. Kat UMNO pun tak laku. Faham2 la.

Tanpa Nama berkata...

Piiiraahhhhh ..... Lah 46. Basuh jubuq sendiri dulu kasi putih.