24 Feb 2012

Siapa Dalang Di Belakang JATI Hassan Ali?

Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid Samad hari ini membangkitkan persoalan sumber kewangan siri 'roadshow' mantan Exco negeri, Datuk Dr. Hasan Ali ke seluruh negara yang pastinya menelan biaya yang besar.

Menurut Khalid, sesiapa sahaja yang berada di belakang Dr.Hasan Ali semestinya pihak-pihak yang bakal mendapat keuntungan sekiranya Kerajaan Pakatan tumbang di Selangor pada Pilihanraya Umum akan datang.

"Di antara yang berkemungkinan ialah Puncak Niaga dan Syabas kerana kadar tarif air akan naik sebanyak 71 peratus sekiranya BN kembali memerintah negeri Selangor.

"37 peratus untuk tahun 2009 dan 25 peratus untuk tahun 2012. Jika didarabkan 1.37 dengan 1.25 maka jawapannya ialah pendapatan Syabas dan Puncak Niaga naik sebanyak 71 peratus," kata Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam.

Selain itu, Khalid juga memberitahu sekiranya Barisan Nasional berjaya menawan Selangor, Syabas berkemungkinan memperoleh kelebihan untuk menjalankan rundingan luar mahkamah berhubung kes saman RM 1 billion terhadap Kerajaan Negeri.

"Kerajaan Negeri sekarang disaman kerana tidak benarkan kenaikan harga air pada 2009 dan 2012, maka Syabas bertindak saman Kerajaan Pakatan sebanyak RM 1 billion.

"Kalau Kerajaan BN naik, mereka pasti akan lakukan 'out of court settlement' dan duit sebanyak itu akan diserahkan pada Syabas dalam apa bentuk sekalipun yang dipersetujui bersama," tambah Khalid lagi.

Selain Puncak Niaga dan Syabas, Khalid turut memberitahu kemungkinan ada kontraktor-kontraktor berkepentingan lain yang membiayai Dr. Hasan Ali.

"Di bawah Pakatan Rakyat, mereka tidak berpeluang merasai keuntungan seperti dahulu kerana semua peluang adalah 'open tender' dan tiada lagi 'direct negotiation' serta tiada lagi projek diberi sebagai 'political payback'.

"Oleh kerana itu ada kemungkinan kontraktor-kontraktor yang lain ini membiayai Dr. Hasan Ali," jelas Khalid dalam satu sidang medianya di pejabatnya di Seksyen 13 disini pagi tadi.

Bagaimanapun, Khalid menjelaskan sekiranya perkara ini tidak benar, pihak-pihak yang berkaitan dapat memberi penafian berhubung 'cakap-cakap kedai kopi' ini dan Dr.Hasan Ali dapat memberi penjelasan berkenaan sumber yang diperolehinya.

"Kita mahu beri peluang kepada Puncak Niaga, Syabas, Dr. Hasan Ali untuk menjawab segala andaian ini. Mungkin juga Hasan Ali sudah menggadaikan harta mahupun keretanya demi perjuangan politiknya.

"Tetapi jika tidak, yang kita mahu tahu ialah dari mana sumber kewangan yang beliau perolehi ini," ulas Khalid. -tvsnews



4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Daripada UMNO ZIONIS le. Spa lagi.?

Tanpa Nama berkata...

UMNO APCO PENERAJU UTAMA, HASAN ALI HANYA. BARUA SAJA

1 Malaysia berkata...

Apakah jdah dgn JATI? logo pun paki simbol SETAN. Tak kan Melayu pun nak jadi SETAN kot? Atau memang pun dah ada Melayu berpaksikan SETAN. Tepuk Dada tanya Iman dan bukan Tepuk Dada tengok kulit warna apa.
696 ... 666 ... 969 ...

Tanpa Nama berkata...

Matlamat utama Datuk Hassan Ali ialah menimbulkan kemelut antara Melayu dan bukan Melayu, atau lebih jelas antara Islam dan Kristian. Ini jelas bila beliau sering menuding jari kepada gereja dalam soal murtad penganut Islam. Sepatutnya Datuk Hassan Ali membuat satu kajian kemudian rumuskan apa sebenarnya masalah dalam institusi Islam di Malaysia sehingga berlakunya murtad, bukannya asyik menyalahkan pihak gereja setiapkali berlaku murtad. Apa kata Datuk Hassan Ali kalau pihak gereja pula menyalahkan Datuk Hassan Ali dalam soal murtad orang Kristian? Kalau Datuk Hassan Ali tidak senang hati dengan berlakunya murtad di kalangan penganut Islam maka pihak gereja juga sebenarnya tidak senang dengan gejala murtad di kalangan penganut Kristian di Malaysia. Hanya manusia yang syok sendiri yang tidak memikirkan perasaan orang lain dan hanya orang syok sendiri yang akan menjadi orang pertama yang terjerumus ke dalam roh kegelapan.