Saya tetap cinta walau dia jahat
Dungun – “Biarpun dia jadi buruan polis dan seorang pengedar dadah, saya tetap menyintainya malah sanggup jadi isteri jika dia sudi terima saya.”
Demikian luah seorang penuntut di sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA), di sini ketika ditemui Sinar Harian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun.
Lebih mengejutkan apabila penuntut tahun pertama jurusan teknologi maklumat itu sanggup kahwin lari sekiranya ibu bapanya menghalang.
“Buat masa ini ibu bapa saya tidak mengetahui mengenai hubungan kami, namun saya akan maklumkan kepada mereka apabila tiba masanya kelak,” katanya.
Kata penuntut yang hanya mahu dikenal sebagai Dila ini, dia tidak kesal menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki terbabit biarpun tahu jenayah yang dilakukan.
Gadis berasal dari Temerloh, Pahang itu juga mengakui, sebelum ini dia tidak tahu bahawa teman lelakinya seorang kaki dadah sehinggalah dihubungi polis kerana komputer riba miliknya berada dalam simpanan lelaki berkenaan.
Dila memberitahu, dia dihubungi polis setelah teman lelakinya yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu ditahan di sebuah rumah dekat Jalan Bunga Raya.
“Saya kenal dia dua bulan lalu, kami berkenalan di sebuah kedai makan dan mula bertukar nombor telefon.
“Sejak itu kami makin rapat dan sering bertemu,” katanya yang hadir di balai polis untuk menuntut komputer riba miliknya,
Dila berkata, biarpun tahu teman lelaki itu bakal dihadapkan ke mahkamah, cintanya tetap tidak berubah.
“Biarpun baru tahu jenayah yang dilakukan tetapi saya tetap tidak dapat melupakannya,” katanya.
Demi cinta, dia sanggup menunggup teman lelakinya itu menjalani hukuman asalkan dapat menjadi suri dalam hidup suspek.
Buat masa ini, kata Dila, dia merahsiakan hubungan mereka kerana dia masih belum habis belajar manakala teman lelakinya tidak mempunyai pekerjaan tetap.
Suspek, 21, ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik setelah mendapati remaja yang bekerja sebagai pembantu kedai makan itu disyaki menjadi dalang utama membekalkan dadah jenis pil kuda kepada penagih tempatan.
Penemuan 10 biji pil kemerahan disyaki dadah jenis methamphethamine dalam poket seluar suspek menguatkan dakwaan dia terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah.
Suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan tangkapan tersebut selain turut menasihati golongan remaja agar lebih berhati-hati jika ada hubungan cinta dengan lelaki tidak dikenali untuk mengelakkan diri terbabit dengan perkara menyalahi undang-undang. -SH

9 ulasan:
baru 2 bulan kenal dah jatuh cinta....tolonglah awak tu seorang terpelajar...jauh lagi perjalananmu mek ooii!!!!!
Ini bangang namanya.
Apa nak jadi dgn mu mek.banyak lelaki lain yg serpurna mekkk oooiiiiiii.
gunakan lah akal fikiran yg Allah beri tu sebaik mungkin.fikirkan masa depan,baru kenal 2 bulan dah buta mata hati
Aku bimbang dia sendiri dipengaruhi dadah juga. Nampak pemikiran dia dah songsang.
kena bawa berubat budak ni..di takuti terkena ubat guna-guna.kumbang bukannya seekor mek ooii,ada ramai lagi yang lebih baik dari dia..jangan meyiksa diri ...fikir-fikirkanlah.
Mamat tu sangat hansem kot.
YAA aku sokong saranan agar mek ni dibawa berubat dengan perubatan kat Darul Syifaq ke Darul Hikmah ke.... Nampak dah tak betoi budak nie...
bodoh bdk ni, macam pepatah melayu kata ikut hati mati, ikut rasa binasa, kesian mak bapak dia yg membela dia hingga dewasa, senang2 ja membelakangi ibubapa. sapa2 yg kenal atau dekat tlg lah nasihat sebelum terlambat.
Catat Ulasan