24 Feb 2012

Isu Kes Helmi: UMNO Lakukan Apa Saja Untuk Malukan Elizabeth & PKR

Umno dan Hilmi: Melakukan apa jua untuk memalukan Eli Wong dan PKR

Seperti yang dijangka, Umno kini sedang memfokus kepada Elizabeth Wong, Ahli dewan undangan negeri Selangor yang dihormati dan cuba memalukan beliau dengan menggali fakta mengenai hubungan sulit beliau dengan Hilmi Malek, bekas teman lelakinya yang telah bersetuju untuk membuat temuramah eksklusif dengan surat khabar Umno walaupun mendakwa bahawa diri beliau dalam bahaya.

“Adalah sangat pelik kerana Hilmi sepatutnya dikehendaki di Malaysia dan dia dijumpai di Indonesia. Kenapa pihak berkuasa Malaysia tidak meminta pihak berkuasa Indonesia menghantarnya balik?” beritahu timbalan presiden Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.

Menjadikan Eli dan PKR sebagai target

Sememangnya ada sesuatu yang tidak kena dengan episod ini. Mula-mula sekali, tidak banyak yang Hilmi boleh buat untuk menjatuhkan Eli, mungkin hanya dengan memalukan Eli dan PKR dari segi politik.

Beliau telah meletak jawatan semasa skandal itu terbongkar pada 2009 tetapi disebalik protes daripada rakyat kawasan yang menyukai beliau disebabkan dedikasi serta kerja keras yang dicurahkan beliau, pemimpin pembangkang, Anwar Ibrahim dan Presiden PKR Wan Azizah telah meminta beliau mengekalkan jawatan.

Selepas bercuti satu bulan untuk pulih daripada terkejut dan trauma, Eli tidak lagi memandang ke belakang. Beliau telah menyumbang kepada Perakuan Kebebasan Maklumat pertama di negara. Semasa peristiwa bersejarah PKR, pemilihan satu undi satu ahli , beliau telah memenangi jumlah undian terbanyak dalam merebut kerusi majlis tertinggi.

Baru-baru ini, beliau telah memulakan kempen terhadap Syabas yang dikawal oleh ahli perniagaan kaya Umno, Rozali Ismail. Jadi tidak sukar untuk mengesan daripada parti mana musuh beliau. Eli memegang portfolio pelancongan, hal ehwal pengguna dan persekitaran dalam Kerajaan Negeri Selangor. Sebelum ini beliau pernah bertelingkah dengan rakan sekerjanya yang dipecat, Hassan Ali yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia.

Membuatkan lelaki Melayu nampak ‘murah’ di mata dunia

Musuh beliau akan kecewa sekiranya mereka berharap dapat menjatuhkan beliau daripada konstitusi Bukit Lanjan. Beliau semakin popular kini. Lagipun, tidak ramai rakyat Malaysia akan percaya pada penipuan lelaki sepeti Hilmi yang orang Melayu sendiri anggap merosakkan imej lelaki Melayu.

“Inilah masalahnya dengan orang Umno. Mereka tidak pernah berfikir panjang dan menyedari bahawa tindak-tanduk mereka itu akan merosakkan maruah bangsa Melayu sendiri. Lihat sahaja cara mereka memburu Anwar. Anwar adalah antara sebilangan kecil pemimpin Melayu yang berbakat. Beliau mampu menarik perhatian dunia. Orang penting seperti Al-Gore pernah keluar daripada majlis makan malam rasmi demi menunjukkan sokongan kepadanya tetapi orang yang cemburu seperti Mahathir dan Najib melemparkan fitnah liwat ke atasnya. Mereka memburukkan bangsa mereka sendiri untuk kuasa politik,” ujar pemerhati veteran PKR Eddie Lee kepada Malaysia Chronicle.

Sama juga dengan Hilmi. Dia seperti seperti manusia bodoh dan sama ada dia mendedahkan gambar-gambar itu atau tidak, dia akan kelihatan seperti seorang lelaki tidak bermaruah. Membuka pekung sendiri. Eli sangat bijak dan berkuasa manakala dia, seorang lelaki Melayu yang perlu jual gambar untuk wang. Inilah yang dirasakan oleh orang ramai dan inilah yang akan menjadi anggapan terhadap lelaki Melayu – ‘jualan murah’ –berterima-kasihlah pada Umno.

Eddie merujuk kepada bekas perdana menteri Mahathir Mohamad dan perdana menteri Najib Razak yang kedua-duanya telah melemparkan tuduhan liwat terhadap Anwar untuk menamatkan kerjaya politik Anwar.

Melodrama yang tidak masuk akal

Menurut Kosmo, akhbar berbahasa Melayu yang mewawancara Hilmi di Batam, Indonesia, bekas pekerja PKR itu mengakui pernah mempunyai hubungan intim dengan Eli tetapi menyangkal dakwaan yan dia membocorkan gambar-gambar Eli yang terdedah dan sedang tidur kepada akhbar yang dikuasai Umno seraya memulakan skandal itu pada 2009.

“Saya tak tahu siapa yang bocorkan gambar-gambar tersebut. Yang saya tahu telefon bimbit itu telah lama tiada,” ujar Hilmi yang berusia 36 tahun.

Hilmi juga enggan mengatakan jika dia telah mengambil gambar-gambar tersebut tetapi mengakui bahawa kebanyakkan laporan media mengenai kontroversi itu adalah salah.

“Saya tak lari kerana rasa takut. Saya tak mahu mengeruhkan situasi. Saya juga tak mahu jadi bahan sarkas politik,” ujarnya lagi.

Kini sudah 3 tahun berlalu. Mengapa pergi begitu lama dan kenapa khabar angin mengatakan dia bimbang akan nyawanya. Sememangnya jelas bahawa ada lebih dari yang kita nampak mengenai perkara ini dan juga ia angkara Umno.

Selangor kekal sebagai negeri utama yang mahu ditawan semula pada PRU 13 dan PM Najib Razak telah mengumumkan bahawa BN akan melakukan apa jua cara untuk menawannya kembali. Tidak perlulah orang bijak pandai menfasirkannya untuk rakyat.

Perlindungan politik? Kenapa tak balik sahaja?

Hilmi juga ada menyebut beliau mahu memulakan hidup baru dan mancari perlindungan politik di Eropah dan berharap agar polis Malaysia tidak mencarinya.

“Saya mahu mulakan hidup baru,” kata beliau.

“Keselamatan saya tidak dapat dipastikan di Malaysia kerana ugutan yang dibuat kepada saya oleh pemimpin Malaysia yang menggunakan saya sebagai umpan politik untuk pihak berkuasa,” dia juga ada memberitahu perkata tersebut kepada pegawai imigresen menurut akhbar Indonesia, Detik.

Jika benar kata-katanya itu, sudah tentulah pihak Umno yang mengancam nyawanya dan bukan pihak pembangkang. Ini kerana, pembangkang akan cuba menutup mulutnya dan apa yang dia perlu buat ialah kembali dan menyerah diri kepada pihak polis. Tiada sebab dia berada dalam ketakutan kecualilah musuhnya itu adalah pihak kerajaan.

Dibayar untuk berbohong?

Alternatif lain adalah dia telah dibayar untuk berbohong untuk memalukan Eli, Kerajaan Negeri Selangaor dan Parti PKR.

“Tidakkah ini mengingatkan kita kepada pita rakaman seks Datuk T terhadap Anwar? Ia sangat bodoh. Ia adalah contoh terbaik politik kotor dan tidakkah melampau untuk mencari perlindungan politik hanya kerana perkara sebegini dan sesuatu yang berlaku pada tahun 2009? Jika Hilmi didapati bersalah, hukumannya sudahpun berakhir. Lihat saja trio Datuk T, mereka bebas dengan sedikit bayaran denda,” ujar Eddie.

“Mengenai orang yang mengancam hidupnya, nasihat saya pada Hilmi adalah, balik sahaja dan laporkan kepada polis. Kecualilah jika itu polis Umno, mereka akan mencari Hilmi pula. Saya percaya dia ni menipu selepas menerima sejumlah wang yang besar daripada mereka yang mempunyai sebab untuk memalukan Eli dan Pakatan. Anda boleh teka sendiri siapa mereka itu.” -malaysia-chronicle

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kena betulkan, ini bukan hubungan sulit...yang sulit ni cthnya hubungan antara suami dengan bini orang...

Tanpa Nama berkata...

Kak Eli, saya suka tengok akak, kakak peramah, & didikasi. Saya harap2 sangat kak Eli masuk Islam. Manusia jahat telah membuat kak Eli runsing, malu dll.

Bangkitlah dgn lebih bersemangat sebagai seorang Islam yg Allah tempat pengantungan harapan, pengabdian yang paling utama.
(jumpa le kak wan Azizah utk hasrat memeluk Islam ni)

Sebab Allah Maha mengetahui, hatta apa yg dalam isi hati kita yg SEMUA manusia tak tau, hatta ibu bapa, pasangan/suami/isteri dll.

Adik Ani

Tanpa Nama berkata...

Memang bangsat hilmi nie..xpe eliz u di pihak yg tidak salah..u jgn TAKUT K...sampai masa tau lah siapa hilmi tu ular....jadian UMNOGOK...BANGSAT

Tanpa Nama berkata...

Utusan dan TV 3/4 tak dak lain cerita. Tonjolkan gambar bogel dan lucah. Inilah kerja mereka.

Lepas tu salahkan rakyat, banyak kes zina, rampas bini orang.

Memang cilake kedua2nya.

Tanpa Nama berkata...

Setuju sangat kat Adik Ani. Selain kak Eli, abg Chua, dll (yg bujang2 esp, sbb mudah sangat2), semuga terbuka hati utk masuk Islam. Org2 barat & di negeri China ramai yg dah masuk Islam.
Pakai tudung mcm kak Wan tu, subhanaullah, Allah akan muliakanmu di sisiNya. Jgn peduli apa org kata.

Tanpa Nama berkata...

UMNO , BN dan melayu UMNO tak ada cerita lain , seks ,fitnah dan gambar2 lucah , sejak dulu kini dan selamanya itulah makanminum mereka . Malulah dengan bangsa lain, dah tak ada maruah lagi ke orang2 UMNO ni. Media masa digunakan untuk hal2 ini , hinggakan generasi baru kita sudah tiada rasa malu apalagi segan kepada generasi tua kita sekarang. Rosak akhlak generasi lita kerana lakonan pemerintah yang hipokrit. Sedih............