Kebolehan Noraini ada hubung kait para sedar
KUALA TERENGGANU – Kebolehan seorang pelajar, Noraini Ismail, 17 bertutur dalam pelbagai bahasa setelah terlibat kemalangan jalan raya berkemungkinan ada hubung kait dengan pengalaman para sedar dilaluinya.
Ketua Pusat Kaunseling dan Kerjaya, Pejabat Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Universiti Malaysia Terengganu, Profesor Madya Dr Ruhani Mat Min (gambar bawah) berkata, perkara sebegini mungkin berlaku di negara kita namun ia tidak dilaporkan secara formal.
Bagaimanapun katanya, jika dilihat daripada perspektif psikologi dan kaunseling ia melibatkan emosi seseorang itu yang teruja ataupun timbul keseronokan pada sesuatu perkara melalui pengalaman secara tidak formal.
“Pengalaman secara tidak formal ini boleh diperoleh melalui pembacaan, menonton televisyen dan sebagainya. Tambahan pula sekarang setiap petang kita disajikan dengan rancangan drama Korea dan Mandarin yang menarik.
“Namun apa yang berlaku kepada pelajar ini (Noraini) ada kaitannya dengan pe-ngalaman para sedarnya dan ia perlu dilihat dari sudut positif berhubung kebolehannya bertutur dalam bahasa Korea serta Mandarin yang diperoleh tanpa pembelajaran secara formal,” katanya ketika ditemui pada Program Pengenalan UMT di sini, semalam.
Sinar Harian semalam melaporkan kejadian pelik yang menimpa seorang pelajar, Noraini Ismail dari SMK Nasiruddin Shah, Alor Lintang, Besut apabila dengan tiba-tiba pelajar itu boleh bertutur dalam bahasa Korea dan Mandarin selepas dia terlibat dalam kemalangan jalan raya 13 Januari lalu.
Namun bapanya, Ismail Salleh, 46 tertekan dengan masalah dihadapi anaknya itu kerana hampir setiap hari dia terpaksa membawa Noraini ke hospital untuk mendapatkan suntikan setelah diserang sakit kepala kesan daripada kemalangan itu.
Sementara itu, Dr Ruhani berkata, apa yang berlaku kepada pelajar itu juga melibatkan potensi diri yang seharusnya dikembangkan supaya kebolehannya itu dapat dimanfaatkan dan tidak hilang begitu sahaja.
“Bagaimanapun hanya bidang perubatan yang boleh menghuraikan dengan terperinci perkara ini, namun dari sudut psikologi ia ada bersangkut paut dengan pengalaman para sedar terutamanya melibatkan emosi ketika kejadian berlaku.
“Sekiranya pihak keluarga pelajar ini inginkan kepastian sama ada penguasaan pertuturan kedua-dua bahasa itu mengikut struktur bahasa yang betul, mereka boleh menghubungi UMT kerana kita mempunyai tenaga pengajar dalam bidang bahasa,” katanya.
Laporan sebelum ini
klik untuk baca

7 ulasan:
Ilmu JIN nie luas. Hanya mereka yang mempelajarinya sahaja tahu dan faham..........
JIN dah takde keje lain ke nak mengacau anak adam?
padahal diorang pun sibuk mcm kita juga nak mentaati Allah. tapi masalah mentaliti rakyat kita kalau sakit sikit je, mesti kerja jin. rasa macam zaman batu pulak mempercayai kuasa ghaib yg menyebabkan pelbagai penyakit berlaku.
saya bersetuju dengan pendapat professor diatas.
sememangnya manusia mempunyai pemikiran separa sedar (subconcious mind) yg membolehkan kita "save" sesuatu tanpa kita sedar.
cth: kita pernah berkawan dgn Mamat masa zaman kita kecil2 dulu.
30 tahun kemudian, kita terjumpa dia semula. dan otak kita akan berkata, "mcm kenal je dia ni..."
Sekian. bai.
jgn jadi bodoh... jin pun ada yg baik & jahat(mcm manusia jgk).. so benda2 ghaib ni kena la percaya jugak.. jgn asyik pakai otak PHD je... ikut la cara islamik sikit walau x banyak..
Wahai Anon 1240, jum pa la yang arif tanya tentang Jin dan Kehidupannya. Jin yang kafir nak mentaati Allah apa ke bende nyer ?
KAH KAH KAH Anon 1240 memang bodoh !Dia kata semua JIN mentaati Allah, kah kah kah.....
fitrah bagi semua umat manusia adalah mentaati allah.
kita berjuang tegakkan islam, tolak umno sebab nak metaati Allah.
kita kat alam barzakh dah janji dgn Allah utk taat dkt dia.
X gitu kepada cerdik pandai kat ats..
maaf, saya pun merawat org kerasukan jin dan pernah berdialog dgn jin. tn guru harun din kalau sakit jantung pun beliau pergi hospital, bukan kata jin buat..
maaf, saya muda lagi dan memang bodoh..
JIN dah takde keje lain ke nak mengacau anak adam? padahal diorang pun sibuk mcm kita juga nak mentaati Allah.
maaf, saya pun merawat org kerasukan jin dan pernah berdialog dgn jin.
UUih sampai macam tu ka Anon 1240 ? Sayang seribu kali sayang, masih tak faham tapi nak bagitau kata faham... kah kah kah... tak payah dok kecoh la !
Catat Ulasan