Azimat lulus BI
KUALA LUMPUR: Mungkin ramai menganggapnya melucukan, namun ia benar-benar berlaku apabila segelintir penuntut sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di sini percayakan kuasa daun sirih untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Bahasa Inggeris.
‘Daun sirih hikmat’ itu diperoleh daripada seorang bomoh dengan bayaran RM350, jumlah yang mereka anggap berbaloi kerana membolehkan mereka lulus cemerlang subjek bahasa Inggeris selepas sekian lama gagal atau sekadar lulus ‘cukup makan.’
Dua pelajar IPT terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Azman, 22 dan Rashid, 23, mendakwa daun sirih itu amat berkesan apabila mereka memperoleh keputusan cemerlang setiap kali peperiksaan mata pelajaran Bahasa Inggeris.
“Terpulang kepada orang lain sama ada mahu percaya atau tidak, tapi bagi saya dan beberapa rakan lain, kami sudah menggunakan sirih itu dan ia terbukti berkesan.
“Cara menggunakannya juga mudah, tak perlu makan dan tak perlu baca sebarang mantera atau jampi, sebaliknya kita hanya perlu letakkan sirih itu di dalam poket seluar ketika memasuki dewan peperiksaan,” kata Azman ketika ditemui.
Ulasan GB
Ini adalah akibat dari sistem pendidikan yang menggunakan "sistem peperiksaan" menjadi ukuran pencapaian kejayaan seseorang - dimana yang penting adalah keputusan cemerlang didalam peperiksaan walau dengan cara apa sekalipun.
Perbuatan syirik dan khurafat dengan membawa "jin" bersama-sama ke dewan peperiksaan sebenarnya tidak lansung membawa kebaikan malah akan membawa kesengsaraan kepada pemakainya.
Ini kerana "kejayaan" yang diperolehi di dalam peperiksaan itu bukan kejayaan hakiki tetapi penipuan terhadap diri sendiri.
Sama seperti halnya pelajar yang meniru, sekalipun mungkin berjaya cemerlang tetapi kejayaan yang tidak kena mengikut kaedahnya adalah kejayaan palsu yang tidak diberkati. Kepincangan akan wujud selepas itu, samada di dalam pekerjaan atau di dalam pelajaran selanjutnya.

Perantara jin dengan pemakai
KUALA LUMPUR: “Sirih itu perantara yang digunakan untuk menghubungkan jin dengan pemakai dan ini tidak dibenarkan dalam Islam,” kata Pengasas Pusat Terapi al-Quran Darul Hikmah, Abdul Malek Ladzim Al-Azhari.
Abdul Malek berkata, jin boleh bertindak dalam apa juga bentuk serta bahasa, namun perbuatan bergantung kepada perkara lain selain Allah adalah amalan syirik yang dosanya amat besar. “Saya juga ingin mengingatkan bahawa kenyataan bomoh itu bahawa sirih disediakannya tiada kesan sampingan kepada si pemakai tidak benar.
“Ini kerana banyak kes yang berlaku si pemakai berdepan pelbagai masalah dan gangguan sama ada kepada kesihatan ataupun pemikiran,” katanya.
Ulasan GB
Ini adalah akibat dari sistem pendidikan yang menggunakan "sistem peperiksaan" menjadi ukuran pencapaian kejayaan seseorang - dimana yang penting adalah keputusan cemerlang didalam peperiksaan walau dengan cara apa sekalipun.
Perbuatan syirik dan khurafat dengan membawa "jin" bersama-sama ke dewan peperiksaan sebenarnya tidak lansung membawa kebaikan malah akan membawa kesengsaraan kepada pemakainya.
Ini kerana "kejayaan" yang diperolehi di dalam peperiksaan itu bukan kejayaan hakiki tetapi penipuan terhadap diri sendiri.
Sama seperti halnya pelajar yang meniru, sekalipun mungkin berjaya cemerlang tetapi kejayaan yang tidak kena mengikut kaedahnya adalah kejayaan palsu yang tidak diberkati. Kepincangan akan wujud selepas itu, samada di dalam pekerjaan atau di dalam pelajaran selanjutnya.
7 ulasan:
hahahaha lawak lawak....ini lah dia hasil daripada sistem pembelajaran yg dibentuk oleh kerajaan.Bakal menghasilkan graduan graduan pintar, bernas dan bersawang..eh berwawasan...INGLISSS EDUKASEN??Kuih apa tuh??
I wonder how they are going to survive out there, i mean you cant bring your trusted daun sireh to job interviews and expect the poor daun do the talking for u right? Sad so sad.
Benar, kisah daun sireh ni memang benar. Anda yang tidak biasa mengalaminya mungkin tidak percaya. Begini, ia membantu meningkatkan prestasi, tapi kalau bangang langsung, zero english memang JIN tak dapat nak tolong !
zaman cangih jin pun pandai cakap english ini mesti bukan sebarang jin , jin from usa kot cangihhh cangiiiihh
Wahai Non 1228 : Jin adalah makhluk Allah, ada pelbagai bangsa dan agama, bertutur pulak pelbagai bahasa. Awat hang tak tau ka !
Jin tu dapat band berapa untuk MUET?
Oh my GOD in this day & age? what the point of going > u in that case ,might as well as have an xtensive course with the bomoh siams n collect as many genies as possible possibly those who reside at the goldmines or diomand's mind of s/ Africa..
Tak payah belajar lah oi, pakai daun sirih bolih jadi Doktor, Lawyer atau Perdana Menteri. Atau pun suruh Jin pi cari duit, senang tak payah kerja.
Catat Ulasan