7 Feb 2012

Padah Menipu Ibu, Gadis Dirogol 4 lelaki

Gadis tipu ibu kena rogol

ARAU: Padah menipu ibu sendiri semata-mata untuk keluar bersama teman lelaki, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun diperlakukan seperti hamba seks apabila dirogol sekurang-kurangnya empat kali oleh empat lelaki berbeza dalam tempoh lima jam, minggu lalu. Illustrasi hiasan

Kejadian itu berlaku ketika mangsa dikatakan dibawa teman lelakinya yang berusia 17 tahun ke sebuah pondok di kawasan sawah padi di Ngulang dekat sini, kira-kira jam 8 malam, 30 Januari lalu, sebelum merogolnya.

Selepas dirogol teman lelakinya, mangsa dikatakan dipaksa melayan nafsu tiga lagi suspek lain yang juga rakan kepada teman lelakinya sepanjang kira-kira lima jam berada di pondok berkenaan.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu susulan laporan polis dibuat mangsa pada pagi 31 Januari lalu.

Mengulas kes itu, beliau berkata, sebelum kejadian mangsa dikatakan memaklumkan kepada ibunya untuk ke pasar malam berdekatan rumah, sebelum melencong ke tempat lain bersama teman lelakinya.

“Mangsa kemudian dibawa suspek ke sebuah pondok di Ngulang, sebelum dirogol. Sesudah itu, mangsa diserahkan pula kepada tiga yang lain yang turut merogolnya.

“Sebaik selesai, suspek menghantar mangsa ke kawasan rumahnya di Taman Firdaus, dekat Kangar, sebelum laporan dibuat di Balai Polis Arau berhubung kejadian itu.

“Hasil laporan itu, polis menahan empat lelaki berusia 17 hingga 22 tahun, Khamis lalu, termasuk teman lelaki mangsa untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, Mohd Nadzri berkata, sepanjang tempoh tiga hari bermula 31 Januari lalu, empat kes rogol dilaporkan berlaku di daerah ini, dengan tiga daripada mangsanya adalah gadis bawah umur.

“Susulan itu, kita turut menahan tujuh lelaki untuk membantu siasatan dengan majoriti kes dikenal pasti berpunca daripada perkenalan melalui Facebook,” katanya. -BH

4 ulasan:

cikgu sukan berkata...

Pernah aku nasihatkan murid aku yang nak lari daripada rumah waktu tengah malam;....kamu lari, tetiba di pertengahan jalan entah dari mana muncul 4 orang bangla tahan kamu dan rogol kamu....kamu ingat boypren kamu hendak lagi dengan kamu ? Alhamdulillah sampai la dia tak lari, cuma lari di padang sekolah aje. !

Ngah Phg asal Melaka berkata...

menyampah aku membacakan cerita2 budak sekolah kena rogol berulang kali terjadi lg.. mcm mana mak ayah dia jaga budak2 ni...budak ni dah dewasa pun xpandai diri sendiri...jd rosak le, sedangkan anak2 kami teruk belajar utk jd jurutera/ doktor nak membela bangsa , negara dan ugama.

brem berkata...

За это должно быть наказание, по всей строгости закона!

Saya berharap mereka akan dihukum setakat sepenuhnya undang-undang!

Tanpa Nama berkata...

Boleh dikatakan balasan Allah kena cash terus sbb tipu mak.. mesti ade hikmahnye ni.. siapa tau lepas ni dia x brani menipu dah terutama melibatkan keluar rumah.. ^_^