2 Feb 2012

Kepala Babi: Pihak Masjid Anjur Solat Hajat!

Tindakan Cemar Masjid Dengan Kepala Babi Dikecam, Kariah Tolak Hasutan.

Tapi mujurlah pihak masjid hanya akan menganjurkan siri munajat dan solat hajat agar si pelaku diberi hidayah jika pihak Masjid mendoakan supaya si pelakunya diazab....sendiri mahu ingatlah.......

SHAH ALAM, 1 FEB : DAP mengecam tindakan meletakkan kepala Babi di sebuah Masjid di Rawang sebagai tindakan pengecut dan provokasi yang bertujuan untuk mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama diambang Pilihan Raya Umum.

Parti itu menerusi Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berpendirian bahawa tidak ada ruang di Malaysia bagi tindakan-tindakan yang sia-sia dan menjijikkan seperti ini.

Dalam pada itu, Nazir Masjid Nur Iman, Batu 18 Ilham Akhbar Harun itu berkata, qariah tidak terpedaya dengan usaha untuk mengugat keamanan di komuniti mereka dan menolak perkauman sempit yang dimainkan pihak-pihak tertentu.

Lim, di dalam kenyataan medianya, berkata tindakan tersebut bertentangan dengan sifat masyarakat yang aman dan berbilang budaya.

“Kami menyeru supaya rakyat Malaysia bertenang dan tidak bertindak balas kerana tindakan ini jelas dilakukan oleh pihak-pihak tertentu dengan motif yang jahat.

“Kita menyeru agar semua pihak bersatu untuk mengutuk penodaan dan pengotoran mana-mana tempat beribadat, biarpun masjid atau gereja atau kuil, dan berharap agar pihak Kerajaan akan serta merta menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya,” kata beliau dalam kenyataan media.

Pengunjung Masjid Nurul Iman di Batu 18 Rawang, Selangor, menemui sebuah kepala babi di depan pintu pagar masjid itu awal pagi semalam.

Sementara itu, menurut Adun Rawang, Gan Pei Nei, tahap keselamatan masjid itu akan dipertingkatkan dengan pemasangan CCTV,lampu limpah dan pengawal agar kejadian sedemikian tidak berulang.

“Dan hasil perbincangan dengan jawatankuasa masjid, mereka akan cadangkan untuk mengetatkan kawalan keselamatan sebab lokasi masjid tersebut terletak di tepi jalan utama dan ia menjadi tempat yang mudah untuk orang luar masuk dan walaupun pintu pagar dikunci tetapi ia boleh dipanjat untuk masuk ke pekarangan masjid.

“Semua cadangan ini, saya bawa kepada pihak Menteri Besar dan Exco untuk permohonan daripada kerajaan negeri bagi memberikan bantuan bagi meningkatkan tahap keselamatan di kawasan masjid.” kata Pei Nei yang dihubungi TVSelangor.

Menurut Pei Nei, masyarakat di Rawang merasakan tindakan tersebut adalah tindakan provokasi untuk mencetuskan perasaan tidak puas hati antara agama.

“Selama ini di Rawang semua masyarakat pelbagai bangsa boleh hidup aman harmoni antara satu sama lain , jadi mereka nampak apabila hendak pilihanraya ia merupakan satu provokasi yang berunsur politik,” katanya.

Beliau juga berharap pihak polis dapat mengambil tindakan segera menangkap dan mendakwa pihak yang menjadi dalang dalam insiden itu agar tidak berulang lagi di masa hadapan.

“Pihak-pihak yang memainkan sentimen bersifat perkauman dan keagamaan, kita gesa perlu hentikan perkara ini, dan kita perlu memandang kehadapan dengan mengadakan perbincangan dan dialog jika ada perkara-perkara sensitif dan bukan cara seperti melontarkan kepala babi ke masjid untuk provokasi memainkan sentimen perkauman secara ekstrem,” ujarnya.

Nazir Masjid Nurul Iman Ilham Akhbar Harun berkata kariah itu terkejut dengan kejadian yang mungkin dilakukan agar berlakunya kejadian permusuhan kaum dan ketegangan agama.

“Tanpa menuduh mana-mana pihak, kami berpendapat perkara seumpama ini tidak harus berlaku di rumah Allah yang suci ini. Kami pentadbir dan Jawatankuasa MNIR membantah tindakan yang biadab ini dan sama sekali tidak akan menyokong sebarang provokasi sempit yang boleh mengeruhkan suasana harmoni sedia ada,” katanya.

Beliau berharap seluruh anak kariah masjid agar bertenang dengan kejadian ini dan yakin pihak terbabit akan dikenakan tindakan undang-undang segera.

“Pihak masjid akan menganjurkan siri munajat dan solat hajat agar si pelaku diberi hidayah dan keharmonian kaum dapat dikekalkan.

“Sesungguhnya kami cinta kepada kedamaian dan yakinlah setiap kejadian yang menimpa itu pasti mempunyai hikmahnya,” katanya. -naimnikmat

Ulasan GB

Sekalipun solat hajat dilakukan supaya pelaku yang melakukan tindakan tersebut diberikan hidayah, namun turunnya hidayah Allah adalah menikut bentuk dan kehendak Dia.

Dia boleh saja menurunkan hidayah dengan pelbagai cara sekalipun dengan azab atau bala dan bencana.

Seringkali manusia mendapat hikmah dan hidayah selepas berlaku sesuatu azab dan sengsara menimpanya.

Justeru itu beringatlah wahai pelaku tersebut.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca





5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah. Tahniah kepada Majlis Tadbir masjid nie sebab ambil tindakan yang tepat, Allah Maha Bijaksana.

1 Malaysia berkata...

Kebijaksanaan menyelesai masalah ini mengikut kehendak Islam amat dikagumi dan disanjungi.
Tahniah! Tahniah! Tahniah! Semoga Allah swt sentiasa melindungi kita dari bala yang diperbuat manusia bersifat syaitan.

waris berkata...

Masjid pun terpaksa dijadikan kawasan larangan di malaysia negara jakun ni. Tak tau apa nak jadi. Ini semua angkara puak2 pekida sb aku kenal sgt puak2 ni yg sanggup buat apa saja atas arahan ayahanda mereka yg tak sekolah. Pertubuhan dakwah konon.... Dakwah kepala bapak ayahanda korang.

Tanpa Nama berkata...

Hahaha dulu kantoi baling kepala babi siap berbungkus plastik rapat.... kali ni konon nak kasi real, babi panggang yang tidak berbungkus plastik. Muahahahah kantoi lagi... kalau cina dapat kepala babi panggang apa barang nak buang kat masjid, baik dia bedal je... babi mahal ooo sekarang. Babi panggang pulak tu...

non baling berkata...

Pak Berahim PEKASAM jangan la nak perbesarkan isu keselamatan masjid. Tak payah cari populariti atau publisiti murahan. Kes kepala babi tu terpencil sangat, tak payah nak mengapi-apikan situasi. Jual je kau punya pekasam tu.....PRU makin dekat so katak sedang mencari tempat !