2 Feb 2012

Lagi Kepala Babi Diletakkan Depan Masjid, Kali Ini Di Sentul

Kuala Lumpur - Selepas penemuan kepala babi di sebuah masjid di Rawang kelmarin, Masjid Al-Hidayah, Sentul di sini turut dikejutkan dengan insiden yang sama.

Kepala babi yang dibungkus dengan plastik disedari oleh seorang tukang sapu yang sekitar jam 7.30 pagi tadi. Ia diletakkan di depan pagar utama kawasan masjid berkenaan.

Kehadiran bungkusan itu disedari kira-kira jam 11 malam tadi oleh bilal masjid yang awalnya menyangkakan ia hanya sampah selepas ia menghalang pagar daripada ditutup.

Dalam plastik berkenaan terdapat kaki, kepala, kulit dan bebeapa anggota badan babi.

Unit forensik sedang menjalankan siasatan dan kawasan masjid berkenaan kini menjadi tumpuan awam. -SH

Kepala babi ditemui di masjid di Sentul pula

Kepala babi ditemui pula di sebuah masjid di Sentul, Kuala Lumpur hari ini, menjadikannya kes kedua dalam tempoh kurang seminggu.

Menurut ahli parlimen Batu Tian Chua, kali ini kepala babi itu ditinggalkan di Masjid Hidayat Sentul, di kawasan parlimennya.

"Pihak tidak bertanggungjawab meninggalkan kepala babi di Masjid Hidayat Sentul. Percaya cakap saya, sesiapa yang bermain dengan api ini, kita akan berikan mereka neraka!" tulisnya di Twitter pada kira-kira jam 10 pagi ini.

Ketika dihubungi, Chua berkata beliau sedang bermesyuarat dengan ahli jawatankuasa masjid mengenai perkara itu dan akan mendedahkan lebih banyak butiran selepas mesyuarat berkenaan.

Selasa lalu, satu kepala babi ditemui di sebuah masjid di Rawang oleh ahli jawatankuasa masjid sebelum solat subuh.

Polis sedang menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan. -mk




14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

P/raya 13 dah dkt

din berendoi berkata...

Amboih....... ada lagi insan yang nakal no ! Sekali lagi saya yakin ini bukan kerja perkauman atau keagamaan tetapi kerja MB (melayu bodoh) yang kabur dengan maksud kegunaan masjid ! Marilah beramai-ramai malam ni kita pakat baca Yasin dan solat hajat !

Tanpa Nama berkata...

tak payah lah guna taktik ni. orang tak heran dah.

Tanpa Nama berkata...

Komen saya kenapa berlaku di dalam negeri Selangor dan dibawah DUN pembangkang ,saya lihat macam ada muslihat tersembunyi.

Tanpa Nama berkata...

adakah provokasi UMNO?

1 Malaysia berkata...

Ada lagi manusia yang cuba menimbulkan ketegangan kaum. Ini tahun 1969kah? Cuba kita lihat, siapa yang akan komen berlebihan dalam hal ni? AKU pasti ini kerja puak munafikun. Kalau kita kaji balik peristiwa 13 Mei dulu, siapakah yang memulakan sudah diketahui dan sudah pun jadi arwah? Kali ini depa memulakan api dan depa juga yang teriak memadamkan api. AKU harap geng PR tidak terperangkap dengan permainan depa ni. Pencuri dok teriak orang lain pencuri. Cerita macam cerita serigala yang AKU belajar waktu di sekolah rendah.
Kalaulah AKU jumpa mangkuk yang letak kepala babi, akan AKU masak kepala babi dan belanja dia makan kepala babi tersebut.

Tanpa Nama berkata...

apa tindakan dan hasil siasatan PDRM?
dah banyak kali berlaku tapi takda sebarang tangkapan dan hasil siasatan dimaklumkan pon.....

sebab nak jaga hati ker tak mau dedahkan?

Tanpa Nama berkata...

Hanya "si Babi" yang sanggup meletakkan babi Kat masjid

abu berkata...

AKU YAKIN INI PERBUATAN ORANG MELAYU,...
YANG BERNIAT UNTUK MELAGAKAN ORANG MELAYU DENGAN BUKAN MELAYU...

Tanpa Nama berkata...

KAH KAH KAH!!!nak buat kontroversi pon x cerdik.letak kepala babi nak kasi org Islam marah kat org bukan Islam,tapi kepala babi tu berbalut dengan plastik la pulak KAH KAH KAH!!!!.henti2kan la wat keja bodoh ni.kalau nak wat provokasi,buat la supaya org percaya yang org bukan Islam yang buat keje tu.bodoh punya org KAH KAH KAH!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

buat sup babi kasi mkn org2 umno/bn..kahkah jahanam umno/bn!!

abu berkata...

PDRM MEMANG SLOW BAB NI....TAPI KALAU RUMAH PM KITA KENA BALING BANGKAI CICAK...ON THE SPOT SIASAT DAN TANGKAPAN DI BUAT.....
TAPI YANG NI MASJID YANG KENA....PEDULIK APA DIA...

AdilanClub berkata...

Kah..Kah..Kah..
kah..Kah..Kah..
Aku rasa jangkitan perasit telah mula menular.Persoalannya kenapa ianya terjadi dinegeri selangor aje.Lu orang boleh agak dan lu orang boleh fikir sendiri.

Lawan tetap Lawan!

Islam keturunan berkata...

puak2 munafikun tu dah cuba mcm2 cara nak lagakan kaum tp tak berhasil jg.dicuba lg dan lg tp rakyat milineum dah tak terjerat dah dgn tektik lapok ni.zaman bujang lapok dulu mungkin boleh terjadi rusuhan kaum tp sekarang sorri to say.rakyat dah bijak menilai.