14 Feb 2012

Hilux Dirempuh Sehingga Masuk Kedai Petronas - Salah Siapa?

Guru wanita hilang kawalan rempuh Hilux

PASIR PUTEH - Akibat hilang kawalan, kereta seorang guru wanita merempuh sebuah kereta 4x4 jenis Hilux sebaik sahaja selesai mengisi minyak di Stesen Minyak Petronas Pasir Puteh Dua, di sini.

Kejadian yang berlaku jam 6 petang kelmarin itu dipercayai berlaku apabila Azizah Mat Noor, 44, memandu kereta Cherry miliknya merempuh dengan laju Hilux yang diletakkan di hadapan Petronas sehingga memasuki kedai tersebut.

Pemilik Hilux, Sufian Abdullah, 21, berkata, semasa kejadian tersebut berlaku dia baru sahaja memasuki kedai Petronas tersebut tidak sampai tiga minit sebelum dikejutkan dengan bunyi kuat.

“Semasa kejadian saya sedang berurusan di mesin wang di dalam kedai itu dan apa yang berlaku ini sangat mengejutkan,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam kejadian tersebut, kereta milik Azizah rosak teruk di bahagian hadapan akibat merempuh bahagian belakang kereta milik Sufian.

Azizah tidak mengalami sebarang kecederaan kerana semasa kejadian dia memakai tali pinggang keledar.

Sementara itu, Pengurus stesen minyak tersebut, Mohd Azli Abdullah berkata, sehingga sekarang pihaknya masih tidak dapat memberitahu berapa jumlah kerugian akibat kejadian tersebut.

“Ini kerana kami terpaksa menunggu wakil daripada pihak Petronas terlebih dahulu untuk datang menilai jumlah kerugian,” katanya.

Menurutnya, kejadian tersebut merupakan yang pertama berlaku di stesen minyak tersebut dan dia bersyukur kerana ia tidak melibatkan orang ramai dan pekerja. -SH




Ulasan GB

Yang pemilik Hilux, Sufian Abdullah, (21 tahun) pergi letak kenderaannya melintang depan Petronas tu apa pasal? Bukankah ia boleh menghalang laluan?

Tidakkah sepatutnya dia meletakkan kenderaannya di sebelah tepi jika sekadar untuk membeli barang dan bukan untuk mengisi minyak?

30 ulasan:

cucukerinci berkata...

salah 1 sikap buruk pemandu di Malaysia suka paking kenderaan ikut suka hati bukan ikut peraturan....

Tanpa Nama berkata...

repair sendiri le gamaknya kalu dah parking kereta tak betul menghalang laluan ,betul tak

Tanpa Nama berkata...

setuju dengan cucukerinci, majority pemandu pentingkan diri sendiri, suka parking sesuka hati walaupun masih banyak tempat parking! kalau boleh nak masuk ke kedai dengan kereta sekali.

Tanpa Nama berkata...

eleh dasar perempuan...panik xtentu arah...susah snagt ke nk kontrol keta tu....dh xda parking or xckup parking dia letak la kat situ...nsib baik ada hilux tu klau x cheery tu dh langgar tembus ke belakng kedai tu...patut la Arab Saudi xkasi pompuan bwk keta...

lesen kelas E berkata...

stesen minyak ni aku selalu pergi.mmg kebykan pemandu walau ada kereta mahal tapi mentaliti masih di tahap c-.mementingkan diri sendiri.

Tanpa Nama berkata...

bro GB, 2-2 pemandu salah. sufian parking ikut suka. si azizah plak pesal bw cherry laju sgt sdgkan dlm stesen minyak. nasib baik ada hilux, kalau tadak hilux mungkin keta cherry rempoh kedai termasuk org kat kaunter sekali yg boleh mengakibatkan kematian. so impak keta cherry dikurangkan dgn merempuh hilux.

Tanpa Nama berkata...

hilux park sesuka hati satu hal.. yg rempuh pun satu hal..tp kalau hilux tu takde aku rasa lagi dalam MPV tu rempuh kedai mesra tu..dua2 salah.senang cerita.

Tanpa Nama berkata...

cuba bayangkan jika Hilux tu tiada. Mungkin kereta Cherry tu akan terus merempuh kedalam kedai dan ke orang di dalam. kereta hilux tu penyelamat keadaan dengan menjadi penghadang. setiap yang berlaku ada hikmah tertentu. alhamdulillah tiada yang cecera.

Tanpa Nama berkata...

Klu x 4x4 masuk, cherrylah masuk.

Tanpa Nama berkata...

mana boleh cherry masuk... memang laluan dia telah dihalang oleh hilux.. itu sebab kena rempuh.

Tanpa Nama berkata...

Btul ker hilux tu park tmpt salah. Rasa,y dpn petronas tu mmg ada petak parking. Tp mmg btul, pemandu perempuan cepat panik. Kes kedai superbike dgn pelumba kt putrajaya kn rempuh tu contohnya.

Tanpa Nama berkata...

Dua2 salah...pemilik Hilux salah sbb parking kereta bkn pd tempatnya, manakala pemilik Cherry Easter jg salah sbb memandu laju dan melulu, buktinya sampai Hilux tu terpelanting masuk dlm kdai Petronas, klu slow2 mmg ssh nk brganjak Hilux tu...bkn pickup yg ringan2 Hilux tu...

Tanpa Nama berkata...

Tapi nampak di depan pintu masuk tu memang ada tempat parking. Bersebelahan zon yang ditandakan dengan "X" (no parking). Daripada cara Hilux tu melanggar dinding kaca pun, nampak Hilux tu dalam keadaan parking dan pemandu cherry ni yg tak dapat kawal kereta dia.

Tanpa Nama berkata...

salah pemilik petronas tu sebab tak letak tanda amaran "hilux dilarang masuk" kah..kah..kah..

adam adli berkata...

pada pendapat aku perempuan tu yg salah panic tak tentu pasal.haramkan wanita memandu seorang diri.membahayakan nyawa org lain.byk ah kemalangan berlaku membabitkan pemandu wanita yg paniiiiikk.

Tanpa Nama berkata...

Salah GB pasal terus jatuh hukum.. hehe.. Hilux diletakkan dalam kotak parking yang betul. Cherry terbabas sambil menyondol Hilux hingga termasuk ke dalam kedai Mesra.

Tanpa Nama berkata...

sexistnye korang ni klu org len tk bwa keta dgn merbahaya takdela pempuan panic. ni slalu nak tunjuk lagak mcm hebat sgt kat jln raya klu sendiri mati tak pa ni ajak org len skali. stupidos the bodos btol

Tanpa Nama berkata...

jarang sekali ada tempat parking di hadapan kedai mana-mana pam minyak.

bianya di hadapan kedai adalah laluan keluar masuk kenderaan dan laluan ke kaunter bayaran.

Oleh itu rasa saya hilux yang parking di situ yang bersalah. apatah lagi yang bawanya pun budak baru 21 tahun.

Tanpa Nama berkata...

kat depan stesen petronas skrg mmg ada parking terutama petronas besar, yg ada r&r. jd, GB silap utk kali ni.

Muammar Qaddafi berkata...

kalau cikgu perempuan tu pandu perlahan,tak berlaku juga perkara ni ...salah belaka dua dua ... kalau jauh tu hilux ter'campak' bayangkan lagu mana perempuan tu memandu ...

Waris berkata...

Walaupun hilux tu menghalang laluan, cherry tu tak ada brek ke? Hilux tu dlm keadaan pegun. Bukan bergerak pun. Driver cherry tu tau tak mana satu pedal brek? Atau terpijak accelerator? Yang salah ialah cherry...

Tanpa Nama berkata...

anon 6:30 tulis

"kat depan stesen petronas skrg mmg ada parking terutama petronas besar, yg ada r&r. jd, GB silap utk kali ni."

tapi dalam gambar tu, stesyen petronas tu macam kecik jer bukan yang ada r&r.

Tanpa Nama berkata...

apalah mangkuk ko orang salahkan cikgu tuh. Panik boleh berlaku x kira lelaki atau pompuan. cuma mungkin bilangan prmpuan yg panik lebih sedikit dari lelaki.

kedua, ada yg kata hilux tu pegun, takkan cherry tak ada brek. kalau pegun pun, tapi budak yang parking situ tak tarik handbrek pun boleh jadi juga. kena langgar sket pun hilux boleh bergerak.

soalnya sekarang: LALUAN. Apakah ia menhalang laluan atau tidak. itu saja. kalau tak ganggu laluan, maka cherry salah, kalau ganggu hilux salah.

Tanpa Nama berkata...

memang pompuan bawa kereta macam tu..tak caya lihatlah time pagi nak pergi kerja memang pompuan menyusahkan..setuju ngan kerajaan arab saudi.

Tanpa Nama berkata...

Seronok pulak baca komen2 di atas.
Yg aku heran, kenapa salahkan hilux?

Kan cherry tu dipandu laju. Salah dia le. Ke dia geram sengaja langgar hilux tu sbb halang laluan? Ntah le ..pi le siasat sendiri.

Muhammad Asri berkata...

Assalamu'alaikum... Some...

YANG SALAH TU YANG COMMENT, SEBAB MEREKA SEMUA TAK TAHU WAKTU KEJADIAN, CAMANA KEADAAN PEMANDU, CAMANA KERETA DIORANG SEBELUM TERJADI DAN LIAN-LAIN LAH...CAMNA LEH COMMENT??????????????

CUMA BERDAMAI DAN SELESAIKAN SECARA KEKELUARGAAN JER. DAN YANG SALAH MENGAKULAH SALAH DAN MINTA MAAF, YANG BETUL TU MAAFKAN LAH KESALAHAN ORAMG YANG SALAH.

DAN YANG SALAH TU BERUSAHALAH PERBAIKI DIRI....

Tanpa Nama berkata...

yang salah kedai mesra tu, nape bukak kedai kat situ, yang salah ialah pengeluar kereta tu sebab xde brek kecemasan automatik, yang salah ialah pengusaha minyak nape bukak kedai minyak kat situ...

yang betul ialah pemandu perempuan tu, die mmg suke bawak keta laju dlm kawasan stesyen minyak,so sume org la kena paham,nape parking keta depan keta die?..

yang betul ialah pemandu perempuan tu, die pkai kasut tnggi semasa nk tekan mnyak, so bile die tekan brek,heel tersangkut kat pedal mnyak..

yang betul ialah pemandu perempuan tu, pkai keta auto so dia rasa x salah die jawab telefon smbil bawak keta, wlaupun mnyebabkn die trsalah tekan pedal minyak yg disangka brek..

yang paling salah,ialah pemandu hilux, sebab umur dia 21 tahun?..

din rela berkata...

Pening kepala aku wooooiii.../')(*&^%$#@!&^%^*?:")(*&*&^%$$#)

jebon berkata...

yg salah adalah pemilik petronas tu..pasai apa dia bukak stesen minyak kat situ cuba bukak kat sebelah sana sikit..jadi selamat ler..so masuk kan penjara atau denda rm1 kat dia ler..hikhikkkk

Tanpa Nama berkata...

Lady driver...heh..heh...aku dah banyak kali tengok dah. Langgar dinding, tembok, wife aku pun...tak pasal-pasal langgar pagar rumah sendiri.