8 Feb 2012

[Bergambar] Kereta Siapa Yang Rempuh Gerai, Kereta Polis Atau Kereta Suspek?

Polis yang rempuh gerai atau suspect yang rempuh gerai neh? - UPDATED!

Ini bukan posting nak kutuk polis. Jangan salah faham. Kita faham tugas polis. Dan kita juga faham bahawa polis ialah manusia biasa yang tidak lepas daripada kesilapan dan kesalahan. Kadang2 bila mengejar suspect, kita boleh terbabas sehingga terlanggar harta benda orang awam. Bukan isu pun. Orang awam faham dan kami rakyat malaysia juga faham.

Cuma yang buat kita tak faham ialah penyelewengan maklumat. Itu jek. Kenapa ye apa yang tersebar di facebook berbeza dengan apa yang tersebar di akhbar. Siapa puncanya? Polis yang bagi info salah kepada wartawan ataupun wartawan yang tersalah tulis?

Lihat bawah neh ;


Kisah yang tersiar di hm pula ialah seperti berikut ;

Rempuh gerai lari dari polis

PUCHONG: Tindakan dua lelaki yang menaiki sebuah kereta melarikan diri daripada pemeriksaan polis mengundang padah apabila kenderaan itu merempuh sebuah gerai makan menyebabkan dua wanita di dalam premis berkenaan cedera.

Bagaimanapun, dalam kejadian di Seksyen 5, Taman Kinrara di sini, jam 7 malam tadi itu, seorang daripada suspek terbabit ditahan.

Dalam kejadian itu polis yang melakukan rondaan cegah jenayah menahan sebuah Proton Perdana dinaiki dua lelaki berusia 30-an di Seksyen 5, Taman Kinrara, di sini.

Menurut sumber, dalam pemeriksaan berkenaan mereka memberikan kerjasama dengan menyerahkan kad pengenalan untuk diperiksa sebelum kad pengenalan itu dipulangkan.

“Ketika anggota polis ingin melakukan pemeriksaan terhadap penumpang pula, pemandu kereta terbabit memecut kenderaannya ke Bandar Puchong.

“Kereta itu melakukan pusingan U di Bukit Jalil sebelum berpatah balik ke Taman Kinrara,” katanya ketika dihubungi di sini ,semalam.

Sumber itu berkata, ketika tiba di Jalan 5/8 di Taman Kinrara, kereta suspek yang dipandu laju gagal dikawal lalu merempuh sebuah gerai makan di tepi jalan.

“Seorang suspek berusia 30-an ditahan polis manakala rakannya melarikan diri. Akibat rempuhan itu, dua wanita yang masing-masing peniaga dan pelanggan mengalami kecederaan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias, ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Sementara itu, saksi, Norizan Baharom, 39, berkata dia dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki di bahagian belakang rumahnya sambil mengacukan pisau dan merayu jangan menjerit kerana dia diburu polis.

Bagaimanapun, dia yang terkejut menjerit meminta tolong sebelum lelaki itu melarikan diri.

Katanya, sebaik saja penjenayah itu melarikan diri, dia menghubungi suaminya.

“Saya sangat takut dengan kejadian yang berlaku petang tadi (semalam). Saya risaukan keselamatan anak-anak apabila melihat lelaki terbabit memegang pisau,” katanya.


Ini penaakulan aku. Boleh terima dan boleh juga tidak terima.

1. Jika kenderaan suspect yang merempuh gerai sudah tentu gambar kereta suspect yang berada di dalam akhbar metro. Ini disebabkan selepas merempuh gerai, suspect keluar dari kereta dan melarikan diri [lihat berita penuh].

2. Jadi kenapa metro hanya paparkan gambar kereta polis? Takan polis alihkan kereta suspect sebelum mengambil gambar di lokasi kejadian? Gambar di lokasi kejadian ialah bukti kes. Ini prosuder biasa bagi siasatan polis.

3. Point baru masuk hasil penaakulan sahabat fb. Rupanya dalam gambar kedua, kereta polis ada tersembul keluar airbag nya. Kenapa ye? Hahaha..

4. Jika benar polis yang ter-rempuh gerai orang awam, rasanya tidak perlu menyeleweng maklumat tersebut. Kita rakyat malaysia sangat matang dan bijak menganalisis satu2 isu ikut topic. Kita tidak akan marah dan menyangka yang bukan2 pada polis. Kita faham tugas mereka menahan penjenayah.

5. Cuma bila maklumat2 seperti ini disorokkan dan bila kita dapat tahu, akan timbul persepsi macam2. Ini sebenarnya lebih teruk kesannya berbanding menceritakan kisah asal ikut kronologi sebenarnya. Yang lebih baik adalah berterus terang sahaja. Kita sangat2 faham tugas polis.

Jangan sampai orang hilang kepercayaan terhadap polis. Apatah lagi mangsa2 dalam kes neh masih hidup. Mungkin mereka tutup mulut depan media tetapi siapa boleh jamin mereka tutup mulut di hadapan rakan2 dan sedara terdekat kan?

Aku bukan nya apa. Aku tak kesah larh kalau polis dah terlanggar gerai ke apa. Aku percaya orang awam boleh tuntut gantirugi dari balai polis atas kejadian yang berlaku neh. Cuma aku tak berapa gemar kisah asal ditutup atas alasan2 yang tak logik. Aku tak nampak kesan negatif kalau sungguh pun polis ter rempuh gerai tue berbanding kesan negatif andai orang tahu bahawa kisah sebenar telah di spin.

Bagi aku, menipu dan terkantoi lebih teruk berbanding bercakap benar. Itu je. Tapi kisah sebenarnya masih polis, orang yang terlibat, dan orang yang menyaksikan kejadian itu sahaja yang tahu. Aku sekadar buat penaakulan bukan nya tuduhan ataupun meletakkan kesimpulan. Harap maklum. Bai. -

UPDATED ;

Ini ada gambar di lokasi kejadian. Kalau nak nafikan lagi selepas neh taktahu lah nak cakap apa lagi. Hahaha.. -sozcyili.blogspot.com











8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Skrg ni macam2 penyelewengan & penipuan yg licik bole dibuat, akan datang lagi le canggih dgn teknoloji lagi lagi lagi lagi canggih dttambah dgn kedengkian hati & perasaan cinta dunia yg semakin meluap2 & canggih...

Allah swt & Nabi saw dah beritau lama dah.... hanya dgn mengingatiNya & kembali padaNya hati jadi aman & dunia jadi tenteram.

Bukan berarak pakai baju dedah aurat, angkat kain sbb letih berjalan menyambut Maulidur Rasul..

Ayuhhhhh berubah..

Amuraria berkata...

MEDIA PENGAMPU DI MALAYSIA MANA ADA YANG TELUS & JUJUR ?

din berendoi berkata...

Akui nak komen berita kat TV : Biasa la kerana mahukan maklumat banyak, aku selalu tukar-tuikar chanel TV masa berita. Yang boring tu ialah TV A kata lain, TV B kata lain ke atas kes yang sama. Lepas tu pembaca berita / pengulas, masa berita sukan.... bola terkena palang TETAPI paparan menunjukkan bola terkena tiang..... bengong betoi !

Tanpa Nama berkata...

polis nak bagi masyarakat awam pandang polis lagi teruk, kalau dulu pun persepsi pd polis kurang baik, sekarang bertambah2 tak baiknya.
(pernah dengar org2 tua dulu yg particular, kalau polis meminang anak dia, takkan diterima).

maaf pd polis2 yg baik dan ahli keluarga mereka, bila sesebuah institusi menjadi busuk di mata masyarakat, semua akan terpalit sama.

Tanpa Nama berkata...

DALAM KES INI SALAH POLIS ATAU PEMBERITA KENAPA GAMBAR LAIN LAPORAN LAIN

pak din tua berkata...

DALAM KES INI, POLIS DAN PENJAHAT TU TAK BERSALAH TETAPI TOKEH WARUNG TU YANG SALAH SEBAB DIRIKAN WARUNG TANPA KELULUSAN PERBANDARAN !

Tanpa Nama berkata...

apa punya komen haprak!yang hang bagi ni pak din ooii!! umur hang berapa tahun?.POLIS DAN PENJAHAT TU TAK BERSALAH!!,PENJAHAT TU TAK BERSALAH ??kalau tak salah kenapa dia lari ?,apa hang ingat diaorang main kejar-kejar ka!!(PENJAHAT-penjahat buat kerja apa...??) tokew warung pulak yang disalahkannya!!

Tanpa Nama berkata...

Polis dgn penjahat dok main "polis sentri"...Yang pakcik tu kacau daun buka gerai tempat depa main "polis sentri" buat apa...saja cari nahas...kih..kih..kih.