Ayah sesal tak sudah
KUALA LIPIS: “Maafkan ayah nak... ayah tak sengaja,” hanya itu yang mampu diluahkan Jais Selamad, 45, selepas terlanggar anak bongsunya menyebabkan kanak-kanak perempuan berusia satu tahun itu meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.
Kejadian berlaku ketika Jais mengundurkan pacuan empat roda miliknya di rumahnya di Kampung Dusun, dekat sini, jam 6.05 petang kelmarin, tanpa menyedari mangsa, Nurfazliyana berada di belakang kenderaan itu. Mengimbas detik menyedihkan itu, Jais berkata, sebelum kejadian dia bersama isteri, Rosaida Mustafa, 39, serta empat anak mereka termasuk Allahyarham Nurfazliyana menikmati juadah bubur sebagai hidangan minum petang.
“Selepas selesai, saya memaklumkan isteri mahu ke kebun. Selepas menghidupkan enjin pacuan empat roda di depan rumah, saya mengundurkan kenderaan itu.
“Tiba-tiba saya terasa seperti melanggar sesuatu dan belum pun sempat berbuat apa-apa, isteri menjerit memberitahu saya terlanggar anak di belakang kenderaan,” katanya.
Jais berkata, dia segera keluar dan memeriksa bawah kenderaannya dan ketika itu sukar digambarkan kesedihan apabila melihat mangsa terbaring tidak sedarkan diri.“Hanya Allah yang tahu perasaan saya, sedihnya sukar untuk diceritakan. Saya segera memangkunya di riba saya dan ketika itu kepalanya berlumuran darah.
“Selepas saya periksa, sah dia meninggal dunia. Saya rasa sangat bersalah, tapi apa yang saya mampu katakan kerana saya tak sengaja dan tak akan maafkan diri atas apa yang berlaku,” katanya.
Jais membawa mayat anaknya itu ke Hospital Kuala Lipis (HKL) sebelum membuat laporan polis dan jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Kampung Dusun, jam 11 pagi semalam.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, polis mengambil keterangan bapa mangsa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -hm

Budak pecah kepala digilis bapa
Mangsa maut ekori kenderaan tanpa disedari pemandu sedang mengundur
KUANTAN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun maut selepas digilis kenderaan pacuan empat roda yang dipandu bapanya ketika mengundur di rumahnya di Kampung Dusun, Kuala Lipis, dekat sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.05 petang, Nurfazliyana Jais, dipercayai mengekori bapanya yang hendak ke kebun melihat tanaman.
Bapanya, Jais Selamad, 45, tanpa menyedari perkara itu terus menghidupkan kenderaan untuk berundur tetapi berasa seperti melanggar sesuatu lalu keluar untuk melihatnya.
Beliau terkejut apabila mendapati anak bongsunya terbaring berlumuran darah di kepala dan terus membawanya ke Hospital Kuala Lipis (HKL).
Sebelum kejadian, Jais bersama isteri, Rosaida Mustafa, 39, dan empat anaknya termasuk Nurfazliyana menikmati bubur di rumah mereka.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan, berkata siasatan awal mendapati, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala akibat digilis tayar pacuan empat roda berkenaan.
Katanya, polis sudah mengambil keterangan bapa mangsa bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, Jais yang dihubungi masih dalam kesedihan kerana kehilangan anak bongsu kesayangannya.
Walaupun reda dengan kejadian itu, dia tetap sedih kerana kejadian itu amat memilukan.
“Saya tidak akan dapat memaafkan diri saya dengan kejadian ini.
“Kami sekeluarga sedang menikmati bubur yang saya beli di sebuah restoran makanan segera di bandar Jerantut.
“Seketika kemudian, saya menyatakan hasrat pergi melihat tanaman di kebun tanpa menyedari arwah berada di belakang kenderaan,” katanya.
Beliau berkata, jenazah anaknya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Dusun, kira-kira jam 11 pagi, semalam. -BH
10 ulasan:
inilah suratan Ilahi...Qada dan Qadar dari Allah..
cuai cuai...pekara ni boleh dielakkan kalau anak itu diberi perhatian keselamatan...takziah...
Al Faatihah.
Al Faatihah
Betul tu anon 11.17.
Tapi pastinya si ayah akan sentiasa menyesal & terkenang2 tak sudah2.
Sabar le, banyakkan bersedekah & dekat lagi pada Allah.
Pengajaran bagi kita semua ...alfatihah.
Sabar abang, memang dia ditakdirkan pergi dahulu dengan cara begitu. Sesal untuk kebaikan hari-hari yang mendatang. Yang berlalu dah berlaku memang takdir, jangan berkalau-kalau, yakin bahawa Allah Maha Bijaksana !
Ia sememangnya suatu yg menyedihkan.
Smoga Allah kurniakan ketenangan kepada keluarga mangsa dengan rahmat-Nya.
Sebenarnya anak itu Allah telah pilih dia untuk menjadi ahli syurga. Allah pinjamkan dia sementara untuk hidup bersama keluarga di dunia ini.
Sesungguhnya ketenangan jiwa itu milik Allah maka pohonlah keampunan dan rahmat-Nya.
sudah pasti ke syurga...innalillah...
Alhamdulillah semua komen baik-baik belaka kecuali anon 1200 yang tak berapa tahu hukum ! Moga dia mendapat hidayah.
Catat Ulasan