8 Feb 2012

Mansuh Perarakan Semasa Hari Pencalonan Tidak Ada Dalam Tuntutan BERS✔H

PAS bantah tiada perarakan calon p’raya

KUALA LUMPUR, 8 Feb: PAS mengambil pendirian dengan tegas menolak cadangan ditiadakan perarakan calon semasa hari penamaan calon dalam pilihan raya umum akan datang.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan tiada sebarang alasan yang munasabah diberikan untuk memansuhkan perarakan itu khususnya daripada sudut keselamatan.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada laporan media cetak beberapa hari lalu melaporkan bahawa Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof telah mencadangkan perarakan calon semasa hari penamaan calon ditiadakan dalam pilihan raya umum nanti.

“Perarakan calon semasa penamaan calon pilihan raya ini sudah dilaksanakan sejak sebelum merdeka lagi dan ianya telah menjadi sebahagian dari proses demokrasi berpilihanraya di dalam negara kita ini,” kata Tuan Guru Abdul Hadi kepada Harakahdaily.

PAS juga, katanya ingin mengingatkan SPR, supaya tidak sibuk merangka peraturan baru yang belum dibuktikan mengganggu proses pilihan raya, sedangkan 8 tuntutan rakyat terhadap proses pilihan raya yang lebih adil dan telus masih belum dilaksanakan sepenuhnya.

Tambahnya, PAS ingin menegaskan bahawa pilihan raya bukan sekadar memangkah calon Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) atau Ahli Parlimen semata-mata tetapi melibatkan seluruh proses demokrasi dan menunaikan hak rakyat untuk mendapat maklumat secara adil dan saksama.

“Sepatutnya SPR juga memberikan perhatian untuk menghalang aktiviti merasuah dan mengugut pengundi oleh parti yang memegang tampuk kekuasaan selama lebih 50 tahun ini agar dihentikan dengan segera,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang. -HD

Ulasan GB

Peniadaan perarakan semasa hari pencalonan TIDAK termasuk di dalam 8 tuntutan BERSIH 2.0.

Nampaknya SPR masih cuba untuk berdolak-dalik.

Sedangkan yang paling utama iaitu pembersihan daftar pemilih masih belum terlaksana.

SPR masih licik untuk mengadakan penipuan untuk berpihak kepada parti UMNO BN.





2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dalam beberapa Pilihanraya Kecil yang lalu,jelas perarakan calun BN tidak mendapat sambutan berbanding dengan perarakan calun Pakatan Rakyat.Kalau tidak ada umpan kain pelikat,kain batik,Kemeja T,Nasi bungkus dan tambang bas serta tempahan bas khasa,sudah pasti calun-calun BN tidak akan ada perarakan.Atas sebab inilah agaknya SPR nak bantu UMNO/BN menghapuskan perarakan calun.

Tanpa Nama berkata...

serupa jgk dlm PRK yg sudah2 seblum ini bila BN bertanding semua bendera komponen BN boleh dipasang tp bila PR bersatu dikeluarkan akta bendera parti yg bertanding saja dibenarkan dipasang..maklumlah kuasa SPR separuh dan separuh kerajaan pegang kata mantan SPR...