23 Feb 2012

Apabila Si Jahil Tentang Islam Mahu Bercakap Tentang Bai'ah

Bai'ah: Nik Aziz nafi 'tohmahan' Tun Mahathir

SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sambil menafikan tanggapan Tun Dr Mahathir Mohamad semalam menegaskan, partinya tidak pernah memaksa ahli-ahlinya taksub kepada pemimpin-pemimpin parti itu.

Malah kata beliau, kenyataan Dr Mahathir juga memberi satu tanggapan yang salah mengenai dasar dan perjuangan Pas.

"Semalam Dr. Mahathir ada komen mengenai bai'ah yang diamalkan oleh Pas. Ia semacam mentohmahkan cara bai'ah Pas sebagai ketaksuban kepada pemimpin tidak kepada Allah SWT.

"Sebenarnya, Pas tidak mengamal sebegitu. Pas mengajar ahli dan pemimpinnya berbai'ah tetap kepada Allah dan Rasul serta kepatuhan kepada rukun berjamaah, bukannya pemimpin," kata beliau dalam komen yang disiarkan menerusi laman sosial Facebook.

Sehubungan itu kata beliau, jelas sekali Dr. Mahathir sudah tersasar dalam menterjemahkan Pas sebagai sebuah gerakan politik Islam yang meletakkan akidah perjuangan Islam sebagai keutamaan.

SU Agung Pas: Bai’ah kaedah perjuangan Islam

SHAH ALAM – Bai’ah bukan perkara baru dalam Pas malah ia syarat yang menjadi kaedah perjuangan Islam untuk mengelak berlakunya penyelewengan dalam kalangan pemimpin setelah mendapat kuasa.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, bai’ah telah menjadi kepentingan dalam Pas dan dipraktikkan setelah seseorang dilantik menjadi calon dalam pilihan raya.

“Selama ini memang Pas praktikkan bai’ah. Setiap calon wajib berbai’ah Hanya individu yang telah dicalonkan sahaja dibenarkan berbaiah, belum jadi calon tidak boleh bai’ah.

“Anggapan bahawa bai’ah suatu tindakan tidak wajar adalah tidak tepat kerana ia bertujuan memberi syarat kepada seorang pemimpin untuk menunaikan janji mempertahankan Islam, tidak menyeleweng perintah ALLAH dan Rasul,” katanya kepada Sinar Harian.

Mustafa bagaimanapun memberitahu tidak mengetahui kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang disiarkan media arus perdana semalam berhubung bai’ah bagi calon Pas yang akan bertanding dalam pilihan raya umum kali ini.

“Perkara yang dimaksudkan itu benar, tetapi saya tidak dengar apa-apa kenyataan daripada Datuk Seri Abdul Hadi berhubung perkara ini kerana belum tiba masanya untuk mereka (calon) berbaiah,” katanya.

Ditanya mengenai kesan sekiranya melanggar bai’ah, Mustafa berkata, setakat ini perkara demikian belum berlaku dan tidak boleh memutuskan sama ada Pas akan memecat individu berkenaan atau sebaliknya.

“Jika seseorang langgar sumpah (bai’ah), dia sendiri yang akan tahu kesan yang akan menimpanya. Saya belum dapat putuskan sama ada Pas akan pecat dari parti atau tidak,” katanya.

Sambil mengulas bahawa Umno tidak pernah menerima kaedah bai’ah kerana parti itu dianggap tidak memperjuangkan Islam, Mustafa menyifatkan kebelakangan ini, bai’ah dilihat sebagai keperluan kepada parti lawannya itu.

“Kalau tidak masakan Najib (Datuk Seri) menyebut perkataan bai’ah ketika konvensyen mereka yang terakhir. Mungkin dia rasa bai’ah pun dah jadi satu keperluan kepada dia dan Umno,”
katanya.

Dalam kenyataan sebelum ini, Abdul Hadi dilaporkan berkata, setiap calon Pas yang bertanding dalam pilihan raya diwajibkan berbai’ah, sekiranya mengingkari pengakuan itu, akan celaka dunia dan akhirat.

Beliau juga menyifatkan bai’ah sebagai satu bentuk pengakuan yang lebih besar dan berat dari bersumpah.


Ulasan GB

Sikap Mahathir terhadap bai'ah menjelaskan bahawa beliau amat jahil mengenai Islam.

Wahai Mahathir, mari sini ku kuliahkan kepada kamu serba sedikit tentang bai'ah.

Dalam Islam Bai`ah bermaksud berjanji untuk taat kepada pemimpin. Bai`ah sememangnya wujud dalam amalan Islam. ALLAH SWT berfirman yang bermaksud “Bahawasanya mereka yang memberi bai`ah kepada kamu, sesungguhnya mereka memberi bai`ah kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan-tangan mereka. Maka barangsiapa yang melanggar (bai`ah), sesungguhnya (akibat) melanggar bai`ah akan menimpa dirinya sendiri. Dan barangsiapa yang menunaikan apa yang dia janjikan kepada Allah, maka Dia akan memberinya ganjaran yang besar.” (Surah Al-Fath, ayat 10)

Sikap setia dan patuh yang tidak berbelah bagi perlu diamalkan, sama ada dalam perkara yang disukai atau tidak, susah atau senang, selagi ketaatan tersebut tidak bertentangan dengan ajaran agama dan peraturan yang mendasari dasar sesebuah negara.

Berkaitan dengan perkara tersebut, Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud “Diwajibkan ke atas orang Islam itu dengar dan taat (kepada pemimpin) dalam perkara yang disukainya dan dalam perkara yang dibencinya, kecuali ia diperintah melakukan maksiat.” ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sejarah Islam telah menceritakan bagaimana sebelum berhijrah ke Yathrib, baginda Rasulullah SAW telah dikunjungi oleh penduduk Yathrib sebanyak dua kali dan kedua-duanya melibatkan ikrar taat mereka yang disebut sebagai bai’ah. Bai’ah al-Aqabah yang pertama dikenali sebagai Bai’at-an Nisa’.

Bai’ah ini lebih menjuruskan kepada persetujuan dan janji untuk menjaga dan mempertahankan keamanan di Yathrib. Seramai 12 orang penduduk Yathrib yang terdiri dari 10 orang suku kaum Khazraj dan 2 orang suku kaum Aus terlibat dengan ikrar ini didepan Rasulullah SAW. Mereka berjanji untuk tidak menyekutukan Allah, tidak mencuri, tidak membunuh anak, tidak berbohong, tidak memfitnah dan lain-lain.

Bai’ah Aqabah kedua yang diadakan pada tahun 13 selepas kerasulan Nabi disebut sebagai Bai’at-al-Haub yang mana penduduk Yathrib berjanji dan berikrar akan melindungi dan mempertahankan Nabi serta umat Islam sepertimana mereka melindungi keluarga mereka sendiri.

Sementara bai’ah khas terhadap Saidina Abu Bakar As-Siddiq di Thaqifah Bani Saadah berlaku selepas kewafatan Rasulullah. Kewafatan Rasulullah SAW pada bulan Rabiulawal tahun 11 Hijrah amat dirasai oleh umat Islam dan mereka merasakan betapa besarnya musibah yang sedang menimpa mereka. Walau bagaimanapun Sayidina Abu Bakar terus keluar dan berkata kepada umat Islam di dalam kata-katanya yang masyhur “ Wahai manusia sesiapa yang menyembah Muhammad, maka sesungguhnya Muhammad telah mati dan sesiapa yang menyembah Allah “ .

Seterusnya beliau membaca firman Allah s.w.t yang bermaksud “Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudah pun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau dia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka dia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikit pun dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu).

Lalu umat Islam kembali kepada kewarasan mereka yang asal dan melihat siapakah yang bakal mengganti Nabi SAW dengan menuju ke serambi Bani Saadah bagi memilih Abu Bakar as-Siddiq RA sebagai Khalifah. Bai’ah ini di namakan sebagai Bai’ah Khas.

Bai’ah am bagi pelantikan Abu Bakar As-Siddiq r.a menjadi khalifah di masjid Nabi s.a.w: Adapun bai’ah umum berlaku ketika umat Islam berhimpun di Masjid Nabawi di Madinah. Sayidina Umar bin al-Khattab RA bangun serta menggesa orang ramai agar melakukan bai’ah terhadap Abu Bakar as-Siddiq atas kedudukan Abu Bakar salah seorang yang paling hampir dengan Baginda Rasulullah SAW dan merupakan salah seorang pelopor dari kalangan para sahabat dan amat erat dengan Rasulullah SAW.

Lantaran itu umat Islam menyokong cadangan Umar mereka telah melakukan bai’ah terhadap Abu Bakar sebagai khalifah dan bermula dari masa dan ketika itulah Saidina Abu Bakar As-Siddiq secara rasmi menjadi Khalifah bagi umat islam yang pertama.

Itulah yang tidak diketahui dan difahami oleh Mahathir! Dia menyangka kepimpinan tidak ada pertanggungjawabnya kepada Allah, maka sebab itu dia berkata tidak perlu baiah.

Sebab itu juga semasa UMNO berkuasa, tiada baiah yang mengikat mereka, maka itu lahirlah pemimpin-pemimpin yang tidak takut kepada Allah, melakukan penyalahgunaan kuasa, menipu rakyat, rasuah dan penyelewengan yang pelbagai rupa.

Namun merela alpa dan lupa, kesemuanya itu akan tetap menerima hukuman dari Allah swt jua.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mamak madey, hang mohon ampun pada Rasulullah dulu pasai penghinaan hang pada dia takkan dilupakan oleh umat Nabi.

Then hang boleh cakap pasai ugama.

Kalau tidak, hang sama macam abu jahal.

Tanpa Nama berkata...

Salam GB,

Situa tu dah lah jahil lepas tu nyanyuk cakap dah pakai kepala lutut. Tulah Allah bagi umur panjang supaya bertaubat dan bykkan amal tapi dia makin jauh tersasar. Harap2 sebelum roh dia dicabut sempat kita tengok balasan didunia yg Allah bakal timpa kat dia, mcm ariel saron.

Tanpa Nama berkata...

Tidak ada maknanya mentarbiahkan orang yang membenarkan anaknya membeli kilang dan mengeluarkan arak untuk memusnahkan manusia.

Betul2 pekerjaan syaitan orang-orang zalim yang menanti neraka.

Waris berkata...

Puak puak pekida haramjadah pun berbai'ah junjung al-quran tapi tak pernah solat. Dok jadi samseng jaga pintu disko dan rumah urut.

Tanpa Nama berkata...

Mdey Kutty Mamak cakap macam gendang kosong...isi habuk tara. Tak tahu agama nak cakap agama ...dunia akhir Madey...dia nak letak dirinya setaraf dengan nabi. piiiiirrrrraaaaaah anak Kutty

1 Malaysia berkata...

Tak usah peduli sangat dengan Che Det Mamak. Yang Aku sedih ialah Aku pernah menerima anugerah pelajar terbaik dari tangan dia ni. Aku selalu berdoa agar dia balik ke pangkal jalan tapi nampaknya dah sampai hujung hayatnya, beliau masih tebal dengan sifat kemunafikannya.
Jangan hairan kalau kita lihat apa yang dicakapnya pada hari ini ialah apa yang pernah dia buat pada masa lalu. Dia ni tak pernah mengaku apa yang dia pernah buat dan selalu berbohong pulak. Cakap Besar kat luar. Bila ajak bercakap di mahkamah, minta soalan dulu dan tak sampai-sampai pun. Bila ajak berdebat, dia kata bukan budaya kita dan debat tu hanya nak menunjukkan kebodohan pemimpin kita. Jadi benarlah pemimpin UMNO memang bodoh-boodoh belaka. Mulut berbuih yang berdebat dengan DSAI tempoh hari bodoh juga tapi sekurang-kurangnya dia berani.
Che Det, lagi kurang hang cakap, lagi baik. Sudahlah Melayu. Tak kan Melayu masih mahu bergantung pada Che Det anak kacukan India/Melayu ni. Namanya Mahathir pun banyak dipakai oleh mamak aja. Kadang-kadang terlintas pada pemikiran AKU ni, adakah Melayu berasal dari India? Sebab dah tak tahu bezakan Melayu, India dan India/Melayu?

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya doa al Marhum Ust Fadhil Noor hampir dimakbulkan Allah iaitu agar di panjangkan usia Mahader ni sehingga beliau lihat sendiri kehancuran Umno yang dimulakan oleh beliau.

Tanpa Nama berkata...

X semua orang pekida mcm tu. Bukankah telah disebut diatas, surah al-fathi ayat 10, maksudnya barangsiapa yang melanggar sumpah maka dia akan musibah oleh kerananya. Musibah ni x semestinya tumbang x bangkit2. Mcm2 jenis musibah, yang paling teruk ialah Allah tarik iman dihati seperti terus melakukan maksiat dan lagha tanpa ada rasa bersalah dihati. Maka dia makin jauh sehingga mata terpejam. Nak buat apa lagi?

Tanpa Nama berkata...

Mahathir ni memang suka membohong.