23 Feb 2012

PANAS: Laporan Polis Oleh Jurusolek Dakwa Dicabul Pemimpin BN

Jurusolek dakwa dicabul pemimpin MCA

MCA kini berdepan dengan satu lagi skandal yang melibatkan pemimpinnya, kali ini Ng Tian Poh (gambar), ahli jawatankuasa Perhubungan MCA Perak. Ng Tian Poh dituduh mencabul seorang jurusolek bernama Ng Sook Mei pada 30 Disember 2010, dan isu ini menjadi hangat di dunia internet, baru-baru ini.

Ibu pejabat polis daerah Ipoh telah mengesahkan kepada MerdekaReview, bahawa satu surat telah dikeluarkan untuk memaklumkan Ng Sook Mei bahawa polis telah menjalankan siasatan rapi terhadap aduan beliau, malah tangkapan telah dibuat ke atas Ng Tian Poh, yang disyaki terlibat dalam kes ini.

Bagaimanapun, Ng Tian Poh ketika dihubungi MerdekaReview, menafikan dirinya telah ditangkap. Ng Tian Poh bagaimanapun mengakui dirinya pernah disiasat sekali sahaja pada tahun 2010. Ng Tian Poh enggan mengulas apabila wartawan menyusul dengan soalan sama ada beliau mencabul wanita tersebut.

Dalam aduan polis oleh Ng Sook Mei pada 31 Disember 2010, Ng Tian Poh dituduh memasukkan tangan ke dalam baju Sook Mei, meraba buah dadanya dan membuka kancing baju dalamnya. Sook Mei, 29 ketika itu, menolaknya tetapi Ng Tian Poh terus memasukkan tangan ke dalam seluar pendeknya. Seorang kawannya, Ranjit yang berada bersama mereka ketika itu, di Ipoh Royal Club menolong Sook Mei untuk membebaskan diri dari terus dicabul Ng Tian Poh.

Ng Sook Mei memanggil sidang media pada 17 Februari 2012 untuk menjelaskan apa yang berlaku pada malam itu. Beliau bersama teman lelakinya berada di tempat kejadian semasa pencabulan berlaku. Mereka pergi ke Ipoh Royal Club atas undangan kawan, dan diperkenalkan kepada Ng Tian Poh. Ng Sook Mei dan teman lelakinya hanya tahu identiti Ng Tian Poh selepas kad namanya dihulurkan kepada mereka. Bagaimanapun, ketika pencabulan berlaku, teman lelaki Ng Sook Mei tidak terdaya untuk berbuat apa-apa, setelah mengambil minuman keras yang diberikan kawannya. Begitu juga dengan Ng Sook Mei yang merasakan tubuhnya hilang tenaga.

Beberapa akhbar Cina membuat liputan untuk sidang media itu, tidak menyebut "pemimpin MCA" sebagai orang yang disyaki terlibat, melainkan Oriental Daily dan Guang Ming Daily yang menyebut "pemimpin MCA" dalam laporannya. Menurut teman lelaki Ng Sook Mei, terdapat sesetengah pihak yang berlatarbelakangkan parti politik pernah memujuk agar tidak dibuat aduan polis, dan menawarkan wang kepadanya agar kes ini "diselesaikan". Bagaimanapun, beliau menolak tawaran tersebut.

Peguam Ng Sook Mei, iaitu Leong Cheok Keng (gambar kanan) turut berkata dalam sidang media itu, bahawa pihak polis pernah mendakwa pihaknya memiliki rakaman video kejadian tersebut, lantas mempertikaikan mengapa tindakan tidak diambil sehingga hari ini. Leong berkata beliau pernah menulis surat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Ketua Polis Negara Ismail Omar, Jabatan Perdana Menteri dan Peguam Negara bagi pihak anak guamannya, menyeru agar pihak berkenaan memandang serius kes ini, menurut laporan. -MR




3 ulasan:

opisboi berkata...

aiiyah ini macam ponya kes musti lipas ponya lorr!...kaw-tim kasi sama itu amoi rm..rm.., ini kes lorr macam itu mentili jj kasi pigang bontot waitress lorrr..itu waitress bising2..jj kasi kaw-tim sumua kes kasi buang lorrr.no. 1 ponya boss kasi bideo kongkek ponya pon tarak kena tangkap lagi bolih minang...rm..rm..rm ponya hat sumua mulih...

Tanpa Nama berkata...

ha'a ni kes tak bagi duit yg cukup, sebab tu didedah, drp 30 Disember 2010, 17 Rebruari 2012 baru nak buat sidang media, lama tu, lebih drp setahun.

cuba bagi juta2, senyap je lah, soi lek yg siap terbentang commit kesahan lebih dasat pun depa angkat jadi presiden lagi, ini apa sgt, baru raba. tak da hal punya lah bagi parti mca tu. parti tak ada moral! amno yg sekelambu dgn mca serupa ja. rasanya bangsa jepun korea yg bukan islam lebih bermaruah sebab jika ada skandal aja, depa letak jawatan cepat2.

macam ni kat malaysia pun org melayu tebiang pangkah amno lagi???
apa punya bangsa bodo piang.
geram aku, kerana ada org yg memangkah dan memenangkan amno, kita semua merasa seksa 1 malaysia, jenayah menjadi2, krisis akhlak muda-mudi tua bangka pun, brg2 mahal, inflasi tinggi, biasiswa tarak, lebuhraya makan duit, minyak, balak hasil bumi dirompak, kos sara hidup tinggi, pendek kata pijak kaki keluaq rmh aja, duit duit duit. rakyat didahulukan konon, dipergunakan adalah, dikerah utk mengkayakan sebahagian kecil manusia zalim.

Tanpa Nama berkata...

( soi lek yg siap terbentang commit kesahan lebih dasat pun depa angkat jadi presiden lagi )........Siapa yang tidak bermaruah sebenarnya ?