Saya tetap Melayu Islam’
KOTA TINGGI: “Saya tetap Melayu Islam. Walaupun saya seorang yang suka berfesyen dan mengayakan pelbagai jenis pakaian, saya tetap mengutamakan batasan budaya dan agama dalam apa juga perkara dilakukan, malah tidak pernah terjebak dengan aktiviti sosial atau budaya negatif ‘mat salleh’.
“Sebagai umat Islam saya tetap bersolat lima waktu dan setiap malam Jumaat, saya membaca surah Yasin bagi mendapat petunjuk dalam pelajaran dan keberkatan hidup,” kata pelajar genius Nur Amalina Che Bakri, 23, ketika menjelaskan kontroversi laporan sebuah blog mengatakan dia seorang suka bersosial dan gagal dalam pelajaran serta pulang ke Malaysia secara senyap-senyap.
Nur Amalina atau lebih manja dengan panggilan Ina, ditemuramah menerusi sidang video ‘Skype’ selama hampir 45 minit bermula kira-kira jam 5.30 petang di rumah ibunya, Sabariah Hassan, 52, di Taman Sri Saujana di sini, semalam.
Malah, gadis pintar itu masih merendah diri dan berharap rakyat Malaysia terus menyokong dan mendoakan kejayaannya walaupun selepas penyebaran fitnah mengenainya itu.
Dalam temu bual yang dilakukan dalam bahasa Melayu, Ina meminta orang ramai tidak mudah percaya dengan apa disebarkan dan jangan menghukum seseorang berdasarkan perwatakannya.
“Memang ini diri Ina yang sebenar, Ina suka bergaya serta berfesyen dan ia bukan perkara baru, malah dilakukan sejak kecil lagi, mungkin timbul salah faham berikutan penampilan di khalayak seperti di sekolah atau majlis rasmi sebelum ini kerap bertudung sedangkan di rumah atau bersama keluarga, Ina tidak (bertudung).
“Ibu Ina sendiri tidak pernah melarang hobi Ina, malah membelikan pelbagai pakaian berfesyen untuk dipakai dan tidak mungkin seseorang ibu akan membelikan pakaian tidak senonoh untuk anaknya sendiri.
“Terima kasih kepada ibu kerana memberikan didikan agama yang lengkap sebagai bekalan sebelum berangkat ke United Kingdom (UK) bagi melanjutkan pelajaran, syukur sepanjang lapan tahun di sini pesanan itu masih kuat dan segar dalam ingatan,” katanya.
Nur Amalina berkata, berita negatif itu diibaratkan sebagai serangan peribadi yang tersebar di Internet namun sedikitpun tidak menjejaskan tumpuan pada pelajaran, sebaliknya menjadi pembakar semangat untuk terus berjaya kerana sudah lali dengan tohmahan pelbagai pihak. Dia juga berharap pihak berkenaan membuang gambar disiarkan sebelum ini dan menganggapnya sebagai perkara peribadi namun disiarkan kepada umum melalui Internet tanpa kebenarannya.
Tidak mudah melatah dengan berita negatif itu, Nur Amalina sebaliknya berkata, individu berkenaan mungkin berniat baik, tetapi cara penyampaian digunakan tidak betul hingga menyentuh sensitiviti pihak lain.
“Selain itu, pihak terbabit diharap memahami maksud ‘bersosial’ dengan lebih mendalam dan berhati-hati sebelum membuat sebarang kenyataan atau andaian.
“Jika bersosial bersama rakan untuk melepaskan tekanan, rasanya itu tidak salah kerana pada masa sama saya tetap berpegang teguh pada ajaran agama dan tahu batasannya. Saya bukannya melakukan perkara melalaikan atau terjebak dengan kelakuan negatif seperti berfoya-foya atau maksiat sedangkan sepanjang di sini saya lebih banyak meluangkan masa di perpustakaan untuk mengulang kaji. “Tidak dinafikan itu adalah gambar saya, tetapi ia dirakam ketika Ina keluar bersiar-siar dengan rakan untuk melepaskan tekanan belajar dan bagi mereka yang pernah belajar di sini, mungkin mereka faham bagaimana susahnya berada di negara asing dengan jadual padat sedangkan semua insan memerlukan rehat.
“Memang Ina terkilan selepas membaca dan melihat gambar disiarkan...mungkin itu adalah nasihat kepada Ina, tetapi jika berniat baik gunakanlah cara betul dan bukannya menyiarkan perkara berunsur negatif,” katanya.
Nur Amalina turut mengaku kerap menghabiskan masa antara empat dan lima jam setiap hujung minggu bermain luncur ais dan boling bersama rakan sekuliah. -hm
Ulasan GB
Anda, pembaca yang budiman boleh menilai sendiri jawapan beliau dengan membenarkan paparan wajahnya tanpa bertudung diskype dan kemudian diyoutubekan.
Mengenai desakan supaya GB padam entri dan gambar berkenaan, GB telah menyatakan:
Apakah pemakaian tudung di sekolah hanya sebagai "fesyen alam persekolahan" dan kemudian kembali kepada fesyen dedah aurat?
Ramai beranggapan kononnya "tak bertudung" tak semestinya tak baik. Kalau macamtu punya jawapan, baik berbikini atau berbogel terus - sebab tak semestinya tak baik.
Kedua bab bersosial. Tak berlebih-lebihan kah bila berdampingan dengan seorang lelaki dengan berpegangan tangan(?)
GB dah sebut semalam, jangan pertahankan kesalahan. Anda bakal merana kerana melanggar hukumNya. Kalau dah bersalah minta maaf dan mohon ampun kepada Allah.
GB berhenti melayan isu ini sekalipun ada akhbar media massa menuduh GB memfitnah sedang sudah kita jawab "fitnah" merujuk kepada perkara yang tiada, sedang apa yang dipaparkan sebelum ini adalah "hal yang benar adanya".
Ada hadith:
Dari Jarir Abdulah ra. Rasulullah saw bersabda: tidaklah seseorang berada di suatu kaum, dia berbuat maksiat ditengah mereka, dan mereka mampu untuk mencegahnya, namun mereka tidak mencegahnya, kecuali Allah menimpakan kepada mereka siksaan sebelum mereka mati.” Yakni mereka akan menerima banyak musibah di dunia. (Abu Dawud, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al Ashbahani – At Tharghib)
Kini kami berlepas tangan kerana kami telah menjalankan tugas amal makruf nahi munkar yang diarahkan ke atas setiap umat Islam.
Firmanullah:
"Jika mereka tetap berpaling, maka sesungguhnya kewajipan kamu hanyalah menyampaikan (amanat Allah) dengan terang. Mereka mengetahui nikmat Allah, kemudian mereka mengingkarinya dan kebanyakan mereka adalah orang=orang yang engkar." Surah anNahl ayat 82-83
Sekarang, adalah terlebih baik kita baca kisah pelajar yang di bawah ini yang lebih patut dihebahkan untuk dicontohi dan diteladani:
Laporan sebelum ini
klik untuk baca

GB akan menarik balik siaran artikel berkenaan JIKA Nur Amelina telah berubah semula, bertaubat dan kembali kepada Nur Amelina yang baik, berpekerti muslimah dan tidak lagi melakukan perkara-perkara yang boleh mendatang fitnah kepada umat Islam seperti gambar-gambar yang tersebar di atas......
.........
Justeru seperti yang GB utarakan tadi, sila kemukakan bukti bahawa Nur Amelina telah berubah. InsyaAllah GB akan menarik semula entri ini.
Jika tiada, maka tulisan ini masih tetap di sini sebagai pengetahuan kepada semua dan peringat bagi yang lupa.
Apakah pemakaian tudung di sekolah hanya sebagai "fesyen alam persekolahan" dan kemudian kembali kepada fesyen dedah aurat?
Ramai beranggapan kononnya "tak bertudung" tak semestinya tak baik. Kalau macamtu punya jawapan, baik berbikini atau berbogel terus - sebab tak semestinya tak baik.
Kedua bab bersosial. Tak berlebih-lebihan kah bila berdampingan dengan seorang lelaki dengan berpegangan tangan(?)
GB dah sebut semalam, jangan pertahankan kesalahan. Anda bakal merana kerana melanggar hukumNya. Kalau dah bersalah minta maaf dan mohon ampun kepada Allah.
GB berhenti melayan isu ini sekalipun ada akhbar media massa menuduh GB memfitnah sedang sudah kita jawab "fitnah" merujuk kepada perkara yang tiada, sedang apa yang dipaparkan sebelum ini adalah "hal yang benar adanya".
Ada hadith:
Dari Jarir Abdulah ra. Rasulullah saw bersabda: tidaklah seseorang berada di suatu kaum, dia berbuat maksiat ditengah mereka, dan mereka mampu untuk mencegahnya, namun mereka tidak mencegahnya, kecuali Allah menimpakan kepada mereka siksaan sebelum mereka mati.” Yakni mereka akan menerima banyak musibah di dunia. (Abu Dawud, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al Ashbahani – At Tharghib)
Kini kami berlepas tangan kerana kami telah menjalankan tugas amal makruf nahi munkar yang diarahkan ke atas setiap umat Islam.
Firmanullah:
"Jika mereka tetap berpaling, maka sesungguhnya kewajipan kamu hanyalah menyampaikan (amanat Allah) dengan terang. Mereka mengetahui nikmat Allah, kemudian mereka mengingkarinya dan kebanyakan mereka adalah orang=orang yang engkar." Surah anNahl ayat 82-83
Sekarang, adalah terlebih baik kita baca kisah pelajar yang di bawah ini yang lebih patut dihebahkan untuk dicontohi dan diteladani:
klik untuk baca
32 ulasan:
Salam...
Ya anda Melayu.. Ya anda juga Islam..
Tapi Islam yang macam mana anda praktikkan...
Berpelukan dengan lelaki yang bukan muhrim anda..???
Berpakaian ketat & agak seksi..?
Sila rujuk pada yang Alim & ustaz sama ada anda betul @ sebaliknya..
Pada saya, anda gagal membawa imej Islam yang sebenar..
Wassalam..
Begitulah jadinya kalau agama terpisah dengan pendidikan sekular. Sekular melihat agama itu satu modul dalam hal ibadat saja, macam agama2 lain, inilah kepercayaan Rais Yatim dan Najib serta menteri2 Umno..
Buktinya tengok saja isteri2 para menteri, paling menonjol Rosmah Najib dan Maznah Rais. Tak heranlah aksi dan perlakuan Amalina tidak akan mendapat reaksi dari menteri2 Umno Laknatullah...
Sudahlah tu GB..siapalah kita untuk terus menerus menjatuhkan hukuman kepada seseorang. Adalah lebih mulia jika anda melayangkan email peribadi kepadanya untuk menasihatinya bagi menunaikan tanggungjawab anda sebagai seorang muslim. Lebih baik anda tumpukan pula usaha anda menasihati wanita2 Melayu Islam kita yang bertudung tetapi berpakaian ketat dan jarang yang mana jauh tersasar dari syariat. Sesungguhnya kasihan wanita Islam yang sering didiskriminasi. Lelaki Islam kita yang ramai tidak menutup aurat, merokok, meneguk arak dan berzina tiada siapa yang ingin menegur. walhal mereka inilah Khalifah yang sepatutnya kita beri tumpuan. Berfikirlah anda mengikut landasan Islam. Allah itu maha mengampuni lagi maha mengasihani inikan kita pula hambanya yang kerdil. Bersederhana dan beringatlah.
Makin dia buat statement untuk menegakkan benang yang basah, makin sakit hati kita sbg umat islam dan orang melayu.
Adakah cukup keislaman kita dengan hanya mengucap 2 kalimah syahadah tp dr segi amalannya hanya ambik separuh2 sahaja.
Hujah yang diberikan langsung tidak kemas malah terlalu dangkal spt dia menyatakan gambar2 tersebut dirakam ketika bercuti bersama2 rakan, dia juga suka berfesyen. Adakah hujah ini kuat? Adakah beliau sedar selagi dia belum berkahwin, dosa yang dilakukan bukan sahaja dapat kat dia tetapi juga kepada bapa@wali dia?
''kembali kepada Nur Amelina yang baik''
mana kita tau yg dia sebelum ini baik? kepandaian & kecerdikan tak semestinya selari dgn kelakuan yg baik. hanya orang2 yg terdekat dan mengenali dia saja yg tahu.
aduiii, dah tahu buat salah, keluar pula dengan penampilan buka tudung dan dedah rambut perang....
kalau dah mcmtu, nak kata apa lagi....
Asalamualaikum..
Amalina,saaya tau anda seorang pelajar islam dan pandai, tetapi anda tidak buktikan keislaman anda, pandai, lepas spm dengan berjaya bukan bermaksud anda lepas dari azab kubur dan neraka kerana perjalan sebagai peljar mungkin dah lepas, tetapi perjalanan sebagai seorang islam yang taat kepada Allah bukan setakat anda tetapi semua orang islam masih belum lepas, jadi berjaya di dunia bukan bermaksud berjaya diakhirat, biar tidak pandai tapi disayangi Allah, jadi janganlah ingat spm berjaya tetapi perangai yang menyakitkan pandangan membuat Allah sayang, jad buatlah sesuatu perkara yang disayangi Allah, nabi Muhammad dan umatnya. INGAT jika anda sayangkan ibubapa anda, jangan lah mengecewakan mereka dengan berjya di dunia tetapi tidak berjaya diakhirat dengan cara anda sekarang. segala salah tutur, terkasar bahase hrap maafkan saya, saya bukan orang yang pandai, tetapi saya akan usaha untuk menjadi orang yang disayangi Allah. renung- renugkanlah dan selamat berubah kepada buruk ke baik, kepada baik ke lebih baik. sekian, Asalamualaikum
amalina, awak kene ingat, kita sembahyang 5 waktu sampai mati kerana itu Allah suruh, begitu juga dengan kewajipan yang disuruh oleh Allah, pakai tudung, kene buat dan akan berhenti jika kamu bertemu Allah , saya bukan kutuk , tetapi saya mengajak awak dan semua umat islam usaha untuk masuk kesyurga Allah, insyaallah , semoga awak amik iktibar
kalau ibu sendiri dah merelakan, malah menggalakkan, apa lah yang kita boleh lakukan? semoga Allah mengampuni dosa kita semua...
Pengertian bersosial ni luas.Gotong royong bersih kampung pun sosial juga.Cuma yang menjadi isu,tudung hanya sebagai fesyen dan mamanya membelikan pakaian tersebut?what thee....apakah jenis mamanya itu?
Kita semua dari bangsa melayu yang beragama islam memang sensitif dengan perlakuan sumbang seperti tidak menutup aurat apatah lagi orang yang melakukan pekara tersebut adalah orang yang kita sanjung.
Ramai pembaca blog dan facebook tertumpu pada gadis ini. Mengikut pada peraturan dan undang-undangnya boleh dikatakan salah. Tapi mampukah kita memperbetulkan orang bijak berjalan betul ?
Sehingga hari ini tiada seorang ustaz atau ustaza yang mampu menegur Rosmah Mansor menutup aurat, apakah kerana itu gadis ini akan dikambing hitamkan kerana kelemahan pegamal agama untuk membentuk masyarakat ?
Sila buka minda, rasuah dan salahguna kuasa dalam kerajaan BN adalah lebih merbahaya dari gadis
yang tidak menutup aurat.
woi ina togey!!! islam nie hg igt fesyen ka?? islam nie hg igt bole main amik mana yg hg suka ka? bodo tahap cipan la hg nie. tgk muka hg dlm video mcm mak lampirrrrrrrrr laaaa.
bila dah buka aurat, peluk2 dgn bukan muhrim, sah2 la haram dan berdosa...nak pusing2 cerita apa lagi? restu ibu? restu ibu tidak akan menghalalkan apa yang Allah haramkan...kan masa SPM dulu dapat A1??? Ilmu,Iman dan Amal mesti sentiasa seiring..kalau tak, inilah jadinya....sama2 kita berdoa dia bertaubat...dan moga2 perkara seperti ini tidak lagi berlaku pada umat Islam seluruh dunia.
Info
-----
Tahukah anda bahawa surah yang lebih afdal dibaca pada malam dan hari Jumaat ialah surah Al-Kahfi? :)
MasyaAllah GB,
Betul la tu, btul la penjelasan Adik Amalina tu, mengikut apa yg beliau ada seadanya selama ni, yg sudah tu sudah la...tuan GB dah lepaskan tanggungjawab tuan menyiarkan segala-galanya utk jadi renungan dan iktibar kepada kita semua. Moga kita semua sentiasa dalam perlindungan dan redha Allah.
....sudah tu sudah la, kalau nak difikirkan orang buat jahat dan maksiat maka percaya la, lebih ramai saudara seagama kita yg buat perkara yg jauh lebih teruk, bukan sekadar tidak bertudung (dosa kecil yg berterusan buat dosa kecil) atau mendekati rina (berpeluk berlapik/berduaan) tapi sampai membunuh, mengupat, mengaibkan, berzina, tinggalkan sembahyang dan lain2 dosa besar yg selamba ja dilakukan....
...so yg sudah tu sudah la, Amalina dah jelaskan, memang itu la dia selama ini, maka terima la hakikat....takkan kita mampu nak paksa orang jadi baik semudah itu dalam sekelip mata sedangkan petunjuk dan hidayah itu adalah hanya Allah yg lebih berhak memberinya. Dulu masa lepas SPM, memang adik Amalina 'guna' falsafah Mahtamagandi masa menjawab wartawan, maka sekarang kita paksa Adik Amalina berhujah dengan tafsir quran dan hadith pula sedangkan in between kita (GB la) tidak pernah pun 'menterbiah'kan beliau ke arah itu!
Saya amat bersetuju dengan komen di post pada jam 3:29pm.
Siapalah kita nak menghukum dan memberi 'hidayah' kepada orang.
Kajian Dr Fadilah Kamsah, >87% orang melayu islam di malaysia tak mengerjakan sembahyang 5 waktu secara total! Fikir-fikir la secara rasional, bukan secara nafsu amarah semata-mata.
mungkin perkara Amalina ini boleh dijadikan pengajaran kepada ramai lagi wanita2 di luar sana yang beragama ISlam tpi pakaian dan perwatakan bukan melambangkan dia seorang yang beragama Islam....Tapi jgn kita menghina Amalina ini...kita patut berdoa kepadanya supaya 1 hari nanti dia akan dibukakan pintu hati dan mendapat hidayah untuk membawa imej Islam yang betul ke mata dunia..jgnlah kita melihat seseorang itu buruknya sahaja..tapi tengok jugak dari segi kebaikkan dalam dirinya..
kalau dah berpeluk dngn jantan mat saleh dan siap letak tangan kat anu jantan itu tak ker patut kena maki?
kalau tak ditegur lagi teruk perangainya.
mujur kisahnya dibongkar yg akhirnya beliau sendiri memadam gambar2nya dari facebook. tahu pula malu.
ada juga kemaluan nya dari tak malu... kalau dh betol sgt pesat deactivate akau FB? nak show off aurat sgt. anak dgn mak sama2 kayu api.
Pagi tadi ade tazkirah..riwayat Al Tarmizi..Ringkasanya: nabi bersabda selama kita berdoa dan berharap pada Allah..Dia akan ampuni segala dosa kita pada Dia..wpun dosa itu telah sampai ke langit dan kmudian kita memohon ampun..Allah tetap akan ampunkan kita..begitu juga kalau dosa kita sepenuh bumi..allah tetap akan ampunkan kita selagi kita tak mempersekutukan Dia..jadi apa pun dosa org tu kita tak ade hak utk menghukum..sedangkan Allah sendiri bersifat Maha Pengasih dan Penyayang terhadap hambanya yang berdoasa selagi kita tak menduakan Dia...so don't be too judgemental...siapalah kita?
anon 10:11
memangklah Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang tetapi itu bukan alasan untuk melanggar hukum-hakamNya.
Kita tidak menghukum, tetapi Allah mengarahkan kita menegakkan tugas amal makruf nahi mungkar.
SURUH DIA CUKUR RAMBUT DULU...BARU CAKAP PSAL ISLAM. SEMBAHYANG TAK SAH KALAU WARNA RAMBUT. INI BUKAN SEKADAR BERI NASIHAT UNTUK INSAF KER APA KER...HUKUM DAN TETAPKAN. JGN GUNAKAN AYAT "SIAPALAH KITA UTK MENGHUKUM..."
DAH SAH DIA WARNAKAN RAMBUT...ITU YG MEMBUATKAN KENYATAAN DIA BERSEMBAHYANG DAN AMALKAN CARA HIDUP ISLAM SELAMA INI DIPERTIKAIKAN. MATLAMAT TDK MENGHALALKAN CARA.
Tahniah GB........ paparan ini telah menyebabkan seseorang yang sedang membuat persediaan ke luar negara telah menghubungi saya. Beliau tersentak apabila membandingkan lifestylenya dan berjanji tak akan jadi seperti Nor Tak Amali Na.... TQ GB TQ.
Kalau Amalina tahu baca Quran, sila baca di juzuk suruhan Allah mengenai wanita wajib menutup aurat.
yang jadi masalah berat umat islam skang ni adalah sikap lepas tangan. "siapalah kita untuk menilainya", "dia pun ada hak", "bertudung tidak semestinya baik".... umat islam akan jadi kuat atas perpaduan ummah dan tegur menegur adalah salah satu caranya. jangan ingat kita boleh masuk syurga hanya dengan beribata seorang diri.. ada tanggungjawab yang perlu dijalankan termasuk pada keluarga, agama dan bangsa.
Faktanya 87% org melayu islam tak sembahyang 5 waktu!
Adik Amalenina memang benar tak ikut ajaran islam sepenuhnya tapi kenapa terlalu letakan kesalahan pada beliu utk tujuan mencegah maksiat? Dah GB dedahkan dan dah kita bincang utk d ambil iktibar sudah la, apa nak ribut2kan melampau lampau.....byak lagi masalah lain yg lebih besar maslahnya d luar sana.....
Tuan tuan yang cuma dari kalangan (100-87) yg hanya 13% dari kalangan yg manjaga sembahyang (dosa besar kalau tak jaga) adakah mungkin diri kita sendiri dan seluruh ahli keluarga kita dan kawan2 rapat kita dari kalangan 13% itu? Fikir2kan lah!
Woi mangkok 1234, ini bukan soal pakai tudung tak semestinya baik. Hang kena faham, ini soal hukum. Kalau fahaman lagu hang ni haa kacau. Hang akan kata lebih baik seorang wanita itu mencuri daripada jadi pelacur !Jiwa hang dah kacau....
Wahai nana baling,
Yang hang tu kata mencuri labih baik dari melacur tu apa benda? Haram tu tetap haram tapi moral ceritanya tak semestinya orang mencuri tu juga melacurkan diri...dan tak semestinya pelacur tu pencuri.
Adik Amelina dah jelaskan, memang itu la dia sejak dari dulu, pakai tudung hanya masa sekolah..... dia tak kata pun bahawa dedah aurat tu halal...dia juga minta kita doakan utk kejayaan dia.....kalau hang faham tentang perkataan 'kejayaan' maka hang patut lakukan permintaan Adik Amalena tu, doakan dia
wahai nur amalina...
engkau bawak nangka....
dan semua orang nampak yang engkau bawak adalah nangka...
cuma engkau sorang yang cakap......yg engkau bawak adalah durian...
Wahai Anon 0547, aku bukan komen Si Amalina, aku komen Anon 1234 mengenai apa yang pemgomen tu komen. Yang hang tak faham pastu dok kata kat aku pasai apa. Lain kali fahamkan betoi2 baru komen... ada reti ?
Lemahnya cara berfikir beberapa pengomen di sini..... suruh org lain baca dan faham betul btul apa yg dikomen......sedangkan sendiri yg tak faham pun....berfikir cara lateral semata-mata, patut la bagi analogi dan perbandingan yg direct
arrayah.info : Ariff Gay dan Amalina Seksi - Bukti Kegagalan Produk Sistem Pendidikan Sekular
Catat Ulasan