Bekas menteri dakwa BN beli undi dengan wang tunai
PETALING JAYA, 17 Jan — Bekas menteri persekutuan daripada Umno hari ini mendakwa wang yang digunakan pada kempen pilihan raya lalu adalah untuk membeli undi, satu taktik yang dikenali sebagai “bom”.
Tan Sri Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata demikian dalam satu forum dengan menjelaskan mengalami pengalaman itu sendiri dengan memberi RM200 hingga RM1,000 dalam kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN) untuk mendapat undi.
“Saya telah menjadi ketua dalam banyak kempen dan saya diberikan wang dalam jumlah yang banyak untuk diagihkan,” kata bekas menteri penerangan dan pelancongan di Persidangan Perancangan Strategik Malaysia 2012 di sini.
“Ia secara terang-terangan untuk membeli undi.”
Abdul Kadir berkata istilah yang digunakan untuk strategi itu adalah “bom”.
Beliau menambah secara peribadi tidak pernah menggunakan wang itu.
James Chin, Ketua Sekolah Seni dan Sains Sosial, Monash University, Bandar Sunway, berkata strategi itu merupakan paling berkesan di Sabah dan Sarawak.
Semasa ucapannya, Abdul Kadir berkata semasa beliau masih memegang jawatan dalam Umno, beliau mahu mengingatkan mereka tentang “Amanah Merdeka” — yang bermaksud memberi rakyat hak untuk mempunyai pilihan raya bersih dan adil.
Beliau turut menggesa Umno agar tidak perlu takut untuk kalah sekiranya ikhlas dalam perjuangan.
“Jika anda kalah, terimanya; rakyat ubah kerajaan banyak kali di USA dan Australia,” katanya.
“Saya adalah ahli Umno, saya tiada masalah jika kalah. Jika anda berada di sana untuk menggunakan jutaan ringgit untuk diri sendiri dan kroni anda atau jika saya mempunyai bilion ringgit dan saya akan ditangkap selepas saya kehilangan kuasa, maka saya akan gunakan semua tipu helah ini.
“Jika anda ikhlas, tiada apa yang perlu ditakutkan,” tambahnya.
Beliau berkata untuk mempunyai pilihan raya bersih dan adil, perlu ada akses sama rata terhadap media, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan jabatan kerajaan mesti neutral.
“Anda perlu berikan mereka (pembangkang) kebebasan untuk mempunyai TV, radio dan akhbar,” katanya. “Selama 50 tahun PAS telah meminta lesen akhbar tetapi tidak diberikan — kerajaan pembuli besar.”
Beliau menambah semasa pilihan raya, BN tidak sepatutnya menggunakan Kementerian Penerangan, Felda, Felcra dan Unit Cawangan Khas (SB) serta agensi lain untuk membantu kempen mereka.
Abdul Kadir juga Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Sazean. -TMI
Ulasan GB
Sekrang terang-terangan bekas menteri dedahkan rasuah pilihanraya berlaku. Tetapi jika ia berlaku di pihak UMNO-BN SPR akan menutup matanya tetapi bising apabila TG Nik Aziz menyerahkan wang zakat kepada para muallaf semasa pilihanraya kecil Galas.
Imbas kembali tulisan tahun 2010 semasa PRK Galas dan batu Sapi:
Laporan sebelum ini
klik untuk baca

16 ulasan:
UMNO/BN selama ini menang PRU dengan cara kotor dan keji..SPR juga turut bersengkokol dgn mereka. Kalau tiada pembersihan dilakukan, pasti sukar PR memenangi PRU 13.. Lebih baik jangan ada P/RAYA.. lagi baik kita semua 'TURUN KEJALAN RAYA'
sabah sarawak masih miskin.. tu sebab rm50 pun jadilah... x kisah sangat sapa perintah.
TGNA sokong BERSIH 3 dilancarkan?
Ada penipuan undi pos tam Tan Sri
Ada wang semua boleh beli...Tapi kalau kita yakin satu2 parti itu dapat menjaga kebajikan rakyat, setakat RM2/3/1000 kita tak heran. Walau tak ada RM pun kita tetap pangkah parti yg kita sokong.
Tapi heran, kenapa baru sekarang Pak Kadiak nak heboh pasal benda ni, ya...?
Awas kengkawan jangan sampai kadok naik junjung...
Beginilah adat manusia yang tidak mengenag budi, semasa kenyang perut buncit, tak kata apa. Semua angguk, semua betul je. Bila dah lapag perut kempes, bunyi macam2, mula la nak kata jalan tak rata, belubang sana sini, cerun terlalu curam........
IKAN SELUANG ADA LAH SEJENIS IKAN YG SUKA MAKAN UMPAN DAN JARANG TERKENA PADA MATA KAIL , MAKNA NYA IKAN INI BOLEH D JADIKAN CONTOH JIKALAU KITA SENDIRI DI BERIKAN UMPAN, MAKAN TETAP MAKAN TAPI AWAS MATA KAIL,,,,,
masa dia jadi menteri kenapa tak dedah hal ni...
Aku sokong Bang Non. Kalau jadi calon aku pangkah Bang Non !
Salam GB dan salam semua,
Baru sekarang ke nak bukak cerita ?. Kata2 orang yang dah tak ada 'power'. Kalau dulu-dulu tentu lebih ramai yang percaya.
Jika betul boleh dibeli tentu harga belinya murah saja. Mungkin sepuluh tapi di-kelim-nya hingga 100. Kalau 1000 orang yang dibeli tentu banyak sekali untung calunnya. Jangan2 nama aku juga termasuk dalam senarai. Cuma orangnya saja yang tak terima. Aku dah banyak kali mengundi, tapi tidak sekali pun mendapat tawaran walaupun untuk seringgit. Tambang teksi pun kami bayar sendiri.
Bagus juga kalau boleh dibayarkan tambang teksi dari rumah mengikut alamat Mykad ke pusat undi. Kalau semua orang dapat itu bukan rasuah namanya. Wassalam
ABU 1131 : Kena ingat, semasa dia jadi menteri, dia tengah kenyang, ada kepentingan so mana nak nampak yang tak baik. Bila dah berhenti, ada banyak masa free, boleh dengar ceramah dan selalu pi surau so datanglah keinsafan tu dengan izin Allah. Mungkin TS dah taubat nasuha, so bagi peluang dia melakukan pembersihan.....
wahai Anon yg post 9:48am, sabah & sarawak ambil RM50 bukan kerana 'miskin' tapi kerana kefahaman politik, mereka masih yakin BN adalah segala2nya. Mereka byk kebun sawit dan getah. Kalau tak percaya datang lah sabah & sarawak, lihat sendiri ada banglo dan kereta mewah/besar 'd dalam hutan'.....dan yg 'kebas' RM50 tu bukan orang miskin tapi orang2 kaya sebab lokasi orang2 miskin sukar nak sampaikan 'bom' itu, sebaliknya pengebom tu sendiri yg 'sapu'
BR1M dah mula diagihkan. Pg tadi kawan saya ambik kat sekolah, YB BN yg bagi boucher tu kata - pilihanraya 13 ni jgn lupa pangkah BN. Rasuah tak namanya tu???
A.B.U
Semoga dia benar2 insaf.. Masa dia jd menteri mungkin dia xblh buat apa2 bgtu juga ketika anwar tpm.. Harap pr berhati2 je.. Apa2 pun ABU tetap ABU.
Orang-orang besar UMNO ni walau pun tak ada jawatan besar,sedikit sebanyak ada juga habuan.Apatah lagi mantan mentri.Yang kadok-kadok macam bekas hakim,KSU serta ketua-ketua Polis dan Angkatan Tentra pun ada habuan dari UMNO,bila bersara.Apa yang dilakukan oleh Kadir Sheikh Fadil ni boleh dianggap sebagai "satu keinsafan" dan munkin beliau telah sadar serta mual dengan sandiwara dan penipuan UMNO.Mari kita bersangka baik kepada beliau.
Catat Ulasan