18 Jan 2012

Hassan "Putumayong" Jadi Kenyataan, Rayu Tak Mahu Sekarang Pertikai Lantikan Exco Baru

Hasan Ali 'pertikai' lantikan Exco baru, dakwa terlalu awal

SHAH ALAM - Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau telah menerima surat daripada Datuk Dr Hasan Ali yang menyifatkan pelantikan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai exco baru terlalu awal kerana beliau masih mempunyai ruang untuk merayu kepada Majlis Syura Pas.

"Saya ada menerima surat bertarikh 10 dan 11 Januari daripada Datuk Dr Hasan Ali...beliau (Hasan) berkata bahawa pelantikan ini terlalu awal kerana
beliau (Hasan) masih mempunyai ruang untuk merayu kepada Majlis Syura Pas.

"Saya telah menjawab surat Hasan dengan menyatakan bahawa keputusan saya menggugurkan beliau (Hasan) adalah lanjutan daripada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat yang melucutkannya sebagai anggota Pas pada 8 Januari lepas dan isu rayuan tidak dinyatakan dalam surat berkenaan," kata Khalid kepada pemberita selepas upacara angkat sumpah oleh Adun Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai anggota exco Selangor yang baru di Istana Bukit Kayangan di sini.

Hasan dipecat daripada Pas kerana didakwa bertindak bertentangan dengan kepentingan parti dan telah diberikan sehingga 7 Februari untuk merayu penyingkirannya.

Sebelum digugurkan, Hasan memegang jawatan sebagai Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

Abdul Khalid berkata Hasan mempertikaikan tarikh pemecatannya sebagai anggota Exco kerajaan Selangor kerana mendakwa ia bercanggah dengan kuatkuasa keanggotaannya sebagai anggota Pas yang sepatutnya tamat pada hari akhir tempoh rayuan.

Dengan pemecatan Hassan, Ahmad Yunus akan bertanggungjawab terhadap portfolio Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan manakala portfolio Hal Ehwal Islam, Infrastuktur dan Kemudahan Awam, kini dipengang oleh Abdul Khalid.

"Pertimbangan kita ke atas pelantikan ini adalah atas dasar kerja...proses rayuan adalah amalan yang dipraktikkan oleh Pas sebagai sebuah parti politik dan saya percaya ia tidak bermaksud memberi sebarang prasangka kepada kelangsungan pentadbiran kerajaan negeri.

"Saya berharap Dr Hasan dapat menerima keputusan ini dengan berlapang dada dan saya mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih di atas peranan beliau ketika berkhidmat sebagai ahli MMKN (Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri)," kata Abdul Khalid.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai kedudukan Hasan yang masih memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Abdul Khalid berkata itu terpulang kepada budi bicara Sultan untuk menentukannya. - Bernama

Pas tidak bimbang road show Hasan Ali - Nik Aziz

KOTA BHARU - Pas tidak bimbang dengan cadangan jelalah ke seluruh negara oleh bekas pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Ali, kata Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata Hasan kini bukan lagi anggota Pas dan beliau boleh berbuat apa sahaja yang bukan atas nama parti itu.

"Beliau (Hasan) bebas berbuat apa sahaja atas sifatnya sendiri dan bukan atas nama parti kerana beliau tidak lagi menjadi anggota Pas," kata Nik Abdul Aziz ketika ditanya mengenai cadangan "road show" itu untuk Hasan menjelaskan kedudukannya dalam politik selepas dipecat dari Pas.

Menteri Besar Kelantan itu bercakap kepada pemberita selepas menerima kunjung hormat lima anggota Parlimen dari China diketuai Menteri Pembangunan Pusat Bandar Kampung Baru dan Kewangan China, Thao Guang Qing, di pejabatnya di Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Dalam pada itu Nik Abdul Aziz mengalu-alukan pelantikan Anggota Dewan Undangan Negeri Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai anggota Exco Selangor yang baru menggantikan Hasan.

Sebelum digugurkan Hasan memegang Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor.



Ulasan GB

Apa hal dengan "Hassan Putu Mayong" (gelaran ini adalah ungkapan Hassan Ali sendiri sewaktu menafikan adanya Hassan Ali yang menemui pemimpin UMNO) tiba-tiba sekarang pertikaikan perlantikan exco baru sedang beliau sendiri mengungkapkan tiada keperluan untuk beliau merayu?

Sikap Hassan ini memang aneh. Sebelum ini beliau dilaporkan meminta maaf kepada TG Nik Aziz di Kota Bahru kemudian tiba-tiba menafikannya. Hari itu kata rela dipecat, bila dipecat tuduh pula ada parasit dalam parti. Kata tak nak merayu, tak ada keperluan untuk kekal dalam parti, sekarang pertikaikan pula perlantikan exco baru.

Benar-benar sebijik perangai UMNO dibawanya ke dalam PAS. Sama fe'el dengan rakan-rakan UGnya yang lain. Sungguh bertambah kecewa dan meluat ahli-ahli PAS dengan mereka selepas ini.

"Penyakit" atau "bencana" yang menimpamu bermula dari "penyakit" yang ada di dalam hati, kata ahli tasauf. Anda hebat berbicara, hebat berpidato hebat memberi motivasi, itu di zahirnya. Sedangkan anda terlupa roh di dalam diri anda, anda sebenarnya "melarat" dan hati anda penuh dengan parasit yang menimbulkan pelbagai "penyakit hati". Kata sahabat, anda ada PhD dalam hati - parasit hasad dengki. Anda sendiri sebenarnya yang perlukan mativasi!

Kini, nasi sudah jadi bubur. Dah terhantuk tak guna tengadah. Terima seadanya dan perbaiki diri.

Hassan "Si Penjual Putu Mayong" di petang hari mungkin lebih kaya jiwanya daripada seorang Hassan Ali yang sebelum ini berkereta Mercedes-Benz tetapi kini sudah tercampak keluar dari Parti Islam SeMalaysia.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca




12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak sampai 2 minggu kena pecat ...si hasan ni dah mula gila talak pulak...itu le dulu cakap bukan main sombong lagi...macam dia satu org je yg ada PHd....teman cadangkan hasan ni masuk "raja lawak" boleh ajak zul kulim dan berahim katak masuk sekali dlm satu kumpulan....

Tanpa Nama berkata...

Orang seperti Hassan Ali ni tak perlu ada dalam PAS.Kalau ada akan merosakkan Parti.kalau dia nak kata tentang PAS biarkan dia kerana dia bukan ahli PAS lagi.Dia adalah orang yang PRO UMNO sama macam Zul Kulim dan Brahim Pasir Mas ( kedua -dua nya katak )Biarkan mereka bertiga berderoooong dan kita tunggu selepas PRU 13 nanti.....mengenai nasib mereka.

Putra IJ80 berkata...

Sya.secara pribadi.,rasa sdy DHA tidak lagi jadi Exco malah di Pecat dari PAS.,coz sya amat kenal dgn beliau dan pernah tinggal di rumah beliau.

Pun begitu dlm perjuangan bnyk dugaan.,

Nabi berpesan "jgn kamu kelilingi telaga buruk.,satu hari kamu akan jatuh".

Wlaupun pesanan Nabi ini biasa nya merujuk kepada benda berkaitan zina.,tetapi ia juga bolh di guna pada sikap diri kita yg.selalu bergaul, percaya pada gulungan yg.sudah di ketahui kezaliman nya ,kaki rasuah,.menentang hukum Agama,penipu,perompak,.

Akibatnya diri sendiri tidak terkawal,hanyut tanpa di sedari..

Terlajak perahu bolh di undur.,terlajak cakap,perbuatan sukar di terima.

Menyesal sudah X berguna...

Skdr pendapat sya sahaja.

Jgn maree!

Jiwa Islam berkata...

Takpo lah...ikut mu la nok kato begapo pung Dr.Hassan...mugo mu loni doh takdok kaitan ngan PAS...kecek lah gapo pung selagi mung buleh kecek....tengok lah rakyat nok dengar buoh sapo...samada nok cayo ko mu atau lebih cayo ko Jemaah PAS yang ramai...

Poodaahh.. berkata...

diakan ada PHD....Parasit Hasan Dengki.....

Tanpa Nama berkata...

Dia yang tempah jalan biarkanlah dia berjalan kejalan yang ditempah dulu kata rela dipecat sekarang kata tidak rela nak jadi bangsat

Abdul Malik ArIff berkata...

Aduhai Tok Hassan,nama aje ada PHD tapi tak sedar akal semakin pendek.
Kesiannya dia. cepat2lah cari ubat
sebelum sewelnya bertambah.
Apa nak pertikai lagi perlantikan exco, kamu tu bukan ahli PAS lagi rayuan itu cerita lain.
Harap PAS pusat akan menolak bila si Hassan ni merayu fasal tak ada faedahnya simpan orang bodoh lagi dungu (Bodongu) seperti ini, menyemak dan merimaskan.

Tanpa Nama berkata...

Hoi Hassang! Kalau ko ikhlas dalam memperjuangkan Islam..duduk diam..buat rayuan mohon jadi akli PAS niasa.Takkan nak memperjuangkan Islam hamya bila ada 'PANGKAT'!!

Seingat aku dulu Mat sabu kalah bertanding perangai dia bkn mcm ko.Malah Mat sabu lebih aktif berceramah sana sini dan buat kerja-kerja parti...Ko ni lain benor ....

din berendoi berkata...

Hari tu dia kata tak akan merayu. Dah orang lantik orang lain jadi exco dia kata terlalu awai pulak. Dia lupa ka kalau dia merayu pun, jika diampunkan, dia jadi ahli biasa sahaja, Exco tu cerita lain.... Eh eh awat yang Assang ni tak paham sangat. Tok Wan saya pesan kalau kita tak pandai, jangan sampai orang kata kita bodo !

Tanpa Nama berkata...

setuju sgt2 dgn anon 7:23 AM, macam bang mat sabu dulu, mahfuz semua2 tu, baru pejuang pas tulen, tak ada nak merajuk, nak menagih2 pangkat, nak ugut itu ini, tulus ikhlas dlm jemaah.

jwt exco selangor tu pd pendapat saya, hal lain tiada kaitan dgn rayuan masuk pas balik. exco perlu diganti (dah org tak nak dia dah) tapi rayuan masuk pas, masuk ajalah sbg ahli biasa, berjuta ahli biasa pas, tak kisah pun tak ada pangkat.. tetap setia dgn parti.

Tanpa Nama berkata...

Ini lah ekibat nya terlalu ego allah maha kaya ha mu kena fahammm

Tanpa Nama berkata...

hassan Phd betul-betul banyak lupa bahawa sebagai manusia biasa, semakin banyak kita bercakap, akan semakin banyak laa juga kesilapan kita. aku nasihat, lebih baik Hasan Phd kurangkan bercakap dan kalu bercakap fikirkan betul-betul perlu ka atau tidak. Hassan Phd tidak patut berkata ikut emosi dan perasaan saja, ikut la akal yg waras. Hassan Phd, anda ada Phd, jangan hina Phd anda