8 Apr 2012

Wanita Cerita Pengalaman Pahitnya "Berkahwin" Dengan Lelaki Afrika

Derita jadi pemuas nafsu

KUALA LUMPUR: Kemaruk mahu bersuamikan lelaki asing yang dikatakan lebih kacak, gagah, romantis dan pandai mengambil hati berbanding lelaki tempatan, rumah tangga dibina seorang wanita bagaikan neraka apabila dia hanya dijadikan tempat pemuas nafsu selain mangsa sepak terajang.

Lebih teruk, tidak sampai setahun berkahwin dan sebaik hartanya habis dikikis, lelaki Nigeria dikahwininya menghilangkan diri.

Itu antara pengalaman dilalui Seri, 29, angkara termakan umpan cinta Khazem, 38, yang pada mulanya memberikan layanan istimewa untuk memikatnya.

Bagaimanapun, sebaik berkahwin, istana cinta diimpikan bertukar neraka apabila dia dilayan seperti pelacur selain keringatnya dikerah untuk mencari duit bagi menyara hidup suaminya.


Menceritakan detik pertemuan mereka, Seri berkata, dia diperkenalkan kepada Khazem oleh rakannya yang turut menjalin hubungan dengan lelaki Afrika ketika belajar di sebuah kolej di Subang Jaya.

“Pada mulanya saya tak terfikir nak mengenali Khazem dengan lebih rapat. Namun disebabkan belajar di kolej sama, hampir setiap hari kami bertemu dan bermula dari situlah dia mengambil berat mengenai saya berbanding rakan lelaki lain.

“Boleh dikatakan setiap kali keluar bersama, dia mengeluarkan belanja, malah ketika saya tak cukup duit untuk membayar sewa rumah, dia yang datang membantu,” katanya ketika ditemui Metro Ahad.

Asyik dengan layanan istimewa Khazem, Seri akhirnya jatuh hati walaupun tidak mengetahui latar belakangnya.

“Saya tak tahu nak cakap perasaan saya kepadanya. Kalau ikutkan perasaan, ramai lagi rakan lelaki lain yang saya suka, tapi bila dengan Khazem saya jadi lupa dan sentiasa ingin bersamanya.

“Dia beritahu saya, keluarganya mempunyai perniagaan di Nigeria dan segala perbelanjaannya ditanggung keluarga,” katanya.

Menurut Seri, empat bulan selepas perkenalan, dia kehilangan ‘mahkotanya’ pada Khazem selepas lelaki itu membawanya ke sebuah kelab malam.

“Sebenarnya saya tak sedar waktu itu, mungkin kerana diberi dadah. Saya hanya tahu sudah terlanjur dengannya apabila bangun keesokannya dan mendapati Khazem tidur di sebelah saya tanpa pakaian.

“Kerana sayangkannya, saya mengambil keputusan berkahwin dengannya tanpa pengetahuan keluarga dan berhenti belajar,”
katanya.

Seri berkata, selepas tiga bulan, dia terpaksa keluar mencari kerja apabila suaminya memberitahu tidak lagi menerima wang daripada keluarga dengan alasan berkahwin tanpa pengetahuan mereka, selain sukar mendapat pekerjaan kerana berstatus warga asing yang memegang pasport pelajar.

Walaupun pada mulanya Seri mendapat tawaran bekerja sebagai penyambut tetamu dengan gaji RM1,500 sebulan, namun selepas didesak Khazem, dia hanya sempat bekerja sebulan dengan alasan bayaran diterima tidak setimpal.

“Kerja kedua saya sebagai pelayan kelab malam dengan gaji RM2,300 tak termasuk elaun serta tip pelanggan.
Saya terima kerja ini setelah Khazem berjumpa pengurus kelab itu bagi mendapatkan kerja untuk saya.

“Mulanya saya tak mahu, tapi setelah Khazem berjanji ia hanya sementara sebelum dia mencari pekerjaan tetap, saya terus bersetuju,” katanya.

Bagaimanapun, Seri berkata, sebaik bekerja sebagai pelayan kelab malam, suaminya mula menunjukkan belang apabila hanya menjadikannya sebagai pemuas nafsu dan mengikis gaji serta tip diterimanya.

“Saya bekerja dari jam 10 malam hingga jam 4 pagi. Jadi kebanyakan waktu siang saya di rumah. Sepanjang saya di rumah, Khazem keluar dengan alasan merancang perniagaan bersama rakan selain menguruskan dokumen perjalanan di negara ini.

“Kami hanya berjumpa sekejap sama ada kerana dia mahu layanan seks, minta duit atau balik untuk menyalin pakaian hinggalah pada satu hari dia memukul saya kerana tiada wang,” katanya.

Bagaimanapun, menurutnya, Khazem bijak menyusun kata untuk memujuknya.

“Jika saya dipukul kerana tiada duit atau keinginan seksnya tidak diendahkan, keesokannya dia balik membawa makanan serta sedikit duit bagi memujuk.

“Bagaimanapun, kalau hampir setiap hari dipukul, wanita mana boleh tahan. Banyak kali juga saya minta cerai tapi apabila dia balik ke rumah, memujuk serta berjanji untuk mengubah perangai, saya jadi cair dan makin sayang dengannya.

“Bayangkan, saya berani ke kelab malam untuk berhibur, minum arak, terlanjur dan bekerja di kelab malam, semuanya kerana Khazem. Walaupun awalnya menolak, selepas dipujuk rayu saya jadi cair dan terus mengikut katanya,” katanya.

Bagaimanapun, ketika usia perkahwinan mencecah setahun dan disahkan hamil serta tidak dapat lagi meneruskan kerja sebagai pelayan kelab malam, suami dicintai tiba-tiba menghilangkan diri hinggalah dia melahirkan anak pada Oktober tahun lalu.

“Saya kesal mengenalinya kerana jika diimbas kenangan bersamanya, tiada yang indah. Sudahlah terpaksa bekerja, setiap sen gaji yang saya terima habis dikebasnya.

“Lebih dikesali, perkahwinan kami tidak mendapat pengesahan jabatan agama, menyebabkan saya tidak dapat mendaftarkan nama anak saya
,” katanya.

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ni ler spesis melayu lembu,bodoh piang,tk dak akai,

din berendoi berkata...

Tu la kalau tak mau faham apa itu SEKUFU ! bODO TAK MAU TANYA....

Tanpa Nama berkata...

Ntah le, tak tau cam ne nak cakap.
Org tua2 dulu kata, cinta tu buta -> betul juga.

Masa bercinta, semua manis, nasihat macam mane pun susah nak dengar, kan, kan, kan...pujuk rayu mamat yg dikenal tak lama, terus lupa jasa mak ayah esp mak yg mengandungkan, melahirkan, menyusukan, bersengkang mata , bersusah2 membesarkan.

Tak pe le ..tolong selesaikan masaalah dia ni, dapat pahala .
Nak marah lebih2 pun pekara dah belaku.

Pihak2 berwajib bantu le dia ni ttg dokomen nikahnya tu, supaya anak yg tak berdosa dapat pembelaan, dalam pada tu banyakkan iklan2 di tv2 esp ttg pengetahuan kawin senyap2 tanpa pengetahuan ibu bapa/wali dll... mudah2an gen2 akan dtg beringat2, termasuk ibu bapa perlu peka juga.

Tanpa Nama berkata...

memang ramai wanita melayu lembu sebab ketua mereka ketua lembu

Tanpa Nama berkata...

xyah condemn doh....ambik iktibar dari pengalaman mangsa, kita jd kn sempadan...bole kn :)Islam x ajar pun kita nak condemn2 org ni kn..

Waris berkata...

Setiap kejadian yg Allah turunkan pasti ada hikmahNya. Di sinilah timbulnya peluang untuk berdakwah dan melakukan amal ibadat.

Walaupun melayu selalu diperbodohkan tapi di sini sana nampak peluang untuk memperbetulkan keadaan agar menjadi iktibar kepada yang lain.

Pihak berkuasa juga perlu menyelesaikan masalah ibu dan anaknya secara bijaksana. Islam itu mudah tetapi sering disukarkan dengan kerenah birokrasi. Balik kepada ajaran Islam yang sebenar.

Ketepikan soal budaya dulu kerana menyelamatkan aqidah adalah lebih utama berbanding budaya melayu. Saya percaya kita akan dapat merasakan kemanisan dakwah tersebut.

Jadikan sesuatu yg berlaku sebagai suatu titik tolak serta iktibar yg menunjukkan bahawa Islam itu indah.

Tanpa Nama berkata...

hahaha...dah puas mamat tue lubang melayu,bile dah jadi baru nak menyesal dulu kemaruk sangat batang besar mat itam...

Tanpa Nama berkata...

akibat nila setitik, habis susu sebelanga.. cam tu la nasib nigerian people ni..bukan semua yang bersikab buruk..sama macam melayu..semua melayu tu baik ker? hmm.. Ini contoh yang buruk dan simpati saya pada kisah ni.. Ni mungkin dugaan untuk adik ni..

I'm married to muslim nigerian too, dulu dpt tentangan juga, memang biasalah melayu suka tengok skin.. tengok RM.. but now? my hubby 1 of fav son in law.. sebab? sebab selama kenal dia.. tak pernah tengok dia tinggal solat.. wp tak sempat solat pada waktunya..tapi before sleep, he makes sure to perform all 5 prayers a day yg dah diwajibkan .. memang kalu nak ambik rambang , nampak buruk ajer sebab kita sentiasa pandang buruk mereka.... cuba pandang hati2 mereka..w/pun kulit hitam..ingat kisah bilal bin rabah? dari mana asal penghuni syurga ni? dan tengok warna kulit bilal bin rabah? hehehe hubby saya warga nigeria & manusia biasa ajer yg hidup sgt sederhana.. pun macam tu.. i love him so much n hope Allah tempatkan kami didunia & akhirat bersama.

poji berkata...

solat telah ditetapkan pada waktunya. mana bole main qada saja2. muslim yg mengabaikannya adalah belum cukup baik.

Muslimah Girls berkata...

kadang2 aku kesian kat ibu tunggal yg ada anak kecil2 lagi, kena tipu dik mamat hitam ni. pa salahnya kita tolong ibu tunggal yg kesepian ini, kahwin lah dengann. tidak lah jadi begini.pasal tu lah lelaki islam dibenarkan kahwin empat nak elakkan masaalah ni lah. ni nak kawinlebih punya lah susahnya, mcm2 syarat.nak kawin satu pun susah mahal sgt
fikir2kanlah untuk kebaikkan umat islam

Tanpa Nama berkata...

Saya juga bakal bernikah dengan warga nigeria ,tapi keluarga tentang habis2an.. Pada mereka lelaki ini hodoh,buruk, tak berduit ,dan tak layak untuk saya , mereka menghina dia didepan khalayak ramai , wajarkah mereka bersikap tidak berperikemanusiaan begitu? , sedangkn kita sama2 manusia dan Allah ciptakan manusia tu berbeza2 ..dia tak minta untuk jadi hodoh, sakit hati ni tak siapa tahu .. Harap tuhan tunjukkan mereka kebenaran yg tak semua warga Afrika ini jahat , sama jugak kita melayu, semua baik ke?..fikirkanlah ,satu jari menuding ke arah org lain,4 jari menuding ke arah dr sendiri ..wallahualam

Tanpa Nama berkata...

Salam , Saya ingin utk memberikan sedikit pendapat mengenai lelaki warga Nigeria ini.....terus terang saya katakan rata rata mereka ni memang kaki penipu.....dalam segala hal.......sebab tu la bangsa ni merempat macam orang normad di seluruh dunia ......just name it....UK, US dan serata EUROPE. Sepanjang 14 tahun menetap di Europe saya tengok macam macam hal.....kalau scam tu bukan setakat duit...fake documents and banyak lagi lah......sampai ada yg berjaya dpt status asylam seeker with fake document.....bayangkan...dan seterusnya dapat citizenship.......nasihat saya pada gadis gadis melayu luaskan minda anda dan jangan mudah termakan pujuk raya mat gelap ni dah banyak kesah tak elok berlaku......once you involved with them susahlah nak lepas. At last duit lesap..badan sakit di kerjakan....at the end habuk apa pun tarak.......