18 Jan 2012

Isu bayaran RM250 Kepada NFC: Kenapa Sekarang Baru Timbul Ada Perjanjian Pada 2007?

PAS ragu penjelasan NFC kontrak RM250 juta

KUALA LUMPUR, 18 Jan: PAS meragui penjelasan Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) bahawa kontrak bagi pinjaman mudah RM250 juta yang diterima daripada kerajaan ditandatangani pada 2007.

NFC turut mempertikai dakwaan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) bahawa syarikat itu menerima sejumlah wang sebelum kontrak dimeterai.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaafar berkata, penjelasan itu menimbulkan persoalan kerana PAC dalam mesyuaratnya sebelum ini telah memanggil semua pihak untuk memberikan maklumat.

"PAC telah memanggil semua pihak untuk memberi maklumat dalam sidang PAC jadi sepatutnya maklumat ini (NFC) ada dan dibentangkan.

"Kenapa baru sekarang NFC sebut perkara ini dan kenapa kerajaaan dan Unit Perancang Ekonomi tidak maklumkan kepada PAC?" soal beliau ketika ditemui Harakahdaily hari ini.

November lalu, Pengerusi PAC, Tan Sri Azmi Khalid berkata bahawa selepas menyoal siasat beberapa pegawai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, pihaknya mendapati bahawa pinjaman dikeluarkan pada 2009 sedangkan kontrak itu dimeterai setahun kemudian iaitu pada tahun 2010.

Kamarudin yang juga ahli jawatankuasa PAC turut meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat terus menulis surat kepada PAC agar jawatankuasa itu boleh terus berperanan menyiasat perbelanjaan yang diluluskan kerajaan.

"Kita menyeru kepada pihak yang mempunyai maklumat terus tulis surat kepada PAC," kata Ahli Parlimen Tumpat itu.

Sementara itu, Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, laporan PAC tidak wajar dipertikai kerana jawatankuasa itu dilantik oleh Parlimen dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

"PAC tidak boleh dipertikaikan kerana ia telah dibentang di Parlimen dan telah diterima pakai termasuk menerima perkenan Yang di-Pertuan Agong," katanya. -HD

NFC nafi RM250 juta diterima sebelum kontrak dimeterai

Syarikat projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) menjelaskan bahawa kontrak bagi pinjaman mudah RM250 juta yang diterima daripada kerajaan ditandatangani pada 2007 dan sekali gus mempertikaikan dakwaan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) bahawa syarikat itu menerima sejumlah wang sebelum kontrak dimeterai.

"Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) hari ini menjelaskan bahawa perjanjian pinjaman antara kerajaan yang diwakili oleh Kementerian Kewangan dan Perbadanan Fidlot Kebangsaan Sdn Bhd telah ditandatangani pada 6 Disember, 2007 dan bukannya pada tahun 2010 seperti yang tersilap dilaporkan oleh sesetengah pihak.

"Pengeluaran pertama wang sebanyak RM7 juta dibuat pada Januari 2008. Ini mematuhi prosedur yang betul," kata NFC dalam satu kenyataan media hari ini melalui agensi syarikat perhubungan awamnya.

"Mulai tahun ini, NFCorp akan mula membayar balik pinjamannya seperti yang ditetapkan dalam perjanjian pinjaman," katanya.

November lalu, Pengerusi PAC, Tan Sri Azmi Khalid berkata bahawa selepas menyoal-siasat beberapa pegawai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Kementerian, pihaknya mendapati bahawa pinjaman dikeluarkan pada 2009 sedangkan kontrak itu dimeterai setahun kemudian iaitu pada tahun 2010.

Azmi berkata masalah lain dengan NFC yang dikesan oleh PAC, adalah termasuk pengurusan yang lemah, kelewatan dalam memberikan kelulusan dan perubahan dalam matlamat syarikat. -mk


Ulasan GB

Ketara sangat seperti wujudnya satu "kosnpirasi" pihak tertentu untuk menyelamatkan NFC dengan menyatakan wujudnya Perjanjian pada tahun 2007 bagi mendapatkan pinjaman mudah RM250 juta setelah ia dipertikaikan oleh bagaimana pinjaman itu dilepaskan kepada NFC pada 2009 sedangkan kontrak itu dimeterai setahun kemudian iaitu pada tahun 2010.

Perbuatan salahlaku kini ditokok dengan salahlaku yang lain.

Itu sebab mengapa kita mendesak agar satu Suruhanjaya Diraja ditubuh bagi menyiasat ke akar umbi dan mengehret semua yang terlibat ke muka pengadilan.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca






5 ulasan:

yes berkata...

Seandainya Feedlot betul dan PAC salah, tindakan pada yg salah juga harus di kenakan. Bagaimanapun jika kita fikirkan dg waras kenapa harus PAC berbohong, tiada keuntungan apa apa pada PAC.

Tanpa Nama berkata...

Menteri UMNO dan NFC telah bergabung untuk menipu dan kencing rakyat MALAYSIA yang telah diperbodohkan melalui media TV dan akhbar milik UMNO,

Merompak harta dan mencuri wang cukai rakyat adalah kepakaran gulungan elit UMNO terkaya kini berada dalam PARTI UMNO, kelicikan PARTI UMNO dengan mengunakan kuasa mereka untuk melindungi perasuah UMNO dan pencuri wang cukai rakyat dari UMNO sehingga tidak dapat dikesan oleh SPRM, PAC dan PDRM.

lihatlah Barua Barua luar dan dalam PARTI UMNO akan bersetongkol bersama PEMIMPIN POLITIK UMNO untuk menipu dan membohongi RAKYAT MALAYSIA kini dan selamanya.
Rakyat yang di bawah termasuk ahli UMNO juga tertipu dan ditipu oleh pemimpin politik UMNO.

Amuraria berkata...

OMPUTIH ADA BERKATA 'ONE LIE WILL LEAD TO MORE LIES' ! LAGI NAK PERBETUL LAGILAH TERLONDEH !

Cucu Tok Naneng berkata...

Sepatutnya segala eset NFC dibekukan oleh mahkamah. Apa kuasa Najib utk membekukan aset NFC. Jadi, sebab tu lah NFC masih berjalan seperti biasa saja.- Pengumuman pembekuan eset oleh Njaib hanya semata2 utk menyedapkan hati rakyat.

Kes NFC dikatakan memerima peruntukan dana terus dpd kerajaan setelah ada perjanjian pada 2007? Memang pelek bin ajaib. Nampak gayanya keputusan PAC hanya "habuk" aja.

Aku rasalah kalau inipun mereka boleh buat, apatah lagi kes si Epol tu? Sampai sekarang surat dan keterangan doktor dan lapuran polis masih belum diserahkan pada DSAI. Sudah tentu ada muslihat utk menokok tambah dalam lapuran2 itu. Mereka akan membetulkan cacat cela report dan lapuran yg dibuat utk pendakwaan.

Sama2 lah kita fikir.

Tanpa Nama berkata...

ini samalah
macam anwar liwat azizan dulu.
pangsapuri belum siap
anwar dituduh liwat azizan.
kemudian ubah sana ubah sini.
inilah perangai malaon2
bn/umnoooooooo.....
tak sudah2 nak menyusahkan
kepala otak rakyat.
haramjadah betul.