23 Jan 2012

Baucar Buku 1M (BB1M) Dilelong Di Internet - Salah Siapa?

Lelong baucar buku di internet

PUTRAJAYA: Jika sebelum ini ada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) menyalahguna pemberian Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) dengan membeli bahan bacaan tidak berfaedah, kini ada yang menjualnya secara terbuka dengan potongan harga istimewa menerusi internet.

Tinjauan Berita Harian mendapati beberapa laman blog dan forum internet, termasuk Facebook dan mudah.com.my, digunakan pelajar untuk mengiklankan tawaran menjual BB1M yang sah laku selama tiga bulan sehingga 31 Mac ini.

Antara iklan ditemui adalah:

  • Saye tak menggunakan baucar ni... saye lebih memerlukan duit dari menggunakan baucar ini. so, kepada sesiapa yang berminat dengan Baucar Buku 1Malaysia yang berjumlah rm200, saye ingin menjual baucar ini dengan harga rm180 tunai. Harge boleh kurang lagi. Nego. Tarikh luput baucar adalah 31/3/2012... contact me 01X- XXX XXXX'.

  • Price: RM150. I don need the 1 Malaysia voucher, hereby I offer the 4 vouchers for only RM150. Voucher can be use at any bookstores include XXXXX bookstore. Price include postage delivery.

  • Want to sell book voucher worth RM200 for RM190.

Wartawan yang menghubungi tiga pelajar IPT tempatan semalam dengan alasan untuk membeli baucar yang diiklan, dimaklumkan sudah menjual baucar masing-masing, tetapi memberitahu ada ramai lagi rakan yang mahu menjual baucar jika ada yang masih berminat.

Ada juga pelajar yang sanggup menghantar baucar melalui pos selepas bayaran dibuat dengan mendeposit kadar yang dipersetujui ke dalam akaun bank mereka.

Dalam pada itu, dua pelajar yang dihubungi sanggup mengurangkan harga sehingga RM140 bagi empat baucar berbanding nilai keseluruhan RM200. Seorang daripadanya turut menawarkan potongan harga lebih menarik berdasarkan berapa banyak baucar yang mahu dibeli.

Ada antara mereka mendakwa pelajar tahun akhir pengajian dan tidak memerlukan sebarang buku lagi, manakala yang lain memberi alasan kerana sudah membeli semua buku diperlukan lebih awal.

Ditanya sama ada sebarang pengesahan diperlukan apabila menggunakan BB1M, pelajar terbabit berkata, seseorang hanya perlu mengisi butiran nama dan nombor kad pengenalan apabila mahu membeli buku di kedai terpilih.

Sebelum ini ada laporan pelajar menggunakan BB1M yang diberikan kerajaan yang sepatutnya untuk membeli buku ilmiah, membeli bahan bacaan lain selepas berkomplot dengan penjual buku.

Awal bulan ini, ketika BB1M mula diagihkan, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof Datuk Rujhan Mustafa, berkata kerajaan memperuntukkan RM260 juta bagi pemberian baucar buku dicetak RM50 setiap satu. -BH



Ulasan GB

Kita sudah menjangkakan hal ini berlaku semenjak pengumuman BAJET 2012 lagi. Pemberian one-off tanpa mekanisma yang betul menyebabkan akan mudah berlaku penyelewengan dan penyalah-gunaan.

Sementelah lagi, "nawaitu" sebenar pemberian one-off ini bukan untuk membantu pelajar tetapi lebih bermotifkan pilihanraya.

Maka demikianlah jadinya.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bagi bocer ambil juga, memangkah belum tentu mana satu lagi.

Tanpa Nama berkata...

mentaliti org kita. . . .asal dpt duit dr ilmu. . .

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan nak tolong student tp p wat dajal... nanti jadi pemimpin sama perangai sure x ubah... Dapat duit sumer gelap....

Tanpa Nama berkata...

Pemberian untuk mempopularkan NAJIB/BN/UMNO. Jika sungguh nak menolong pelajar sepatutnya baucar buku tuh diberi semasa bebudak pelajar tuh mendaftar masuk IPT/IPTS setiap sesi pengambilan. Bukan beri cara borong dan menjelang nak pertahan kuasa memerintah semula. Nilai sepatutnya RM2000.00 baru padan dengan harga buku tahap IPT dan IPTS.

Rakyat dah terlalu lama di-BANGANG-kan oleh UMNO/BN. Bebaskan diri daripada grombolan UMNO/BN yang berterusan dengan projek/program 'pembangangan minda' orang melayu. UNDI-lah Pakatan Rakyat pada PRU-13 nanti.