23 Jan 2012

Sekumpulan "Samseng" Pecahkan Cermin Kereta

Mengamuk pecah cermin 28 kereta

Seremban – Hanya kerana mahu mencari seorang penduduk Pangsapuri Lobak di Jalan Tan Sri Manickavasagam, dekat sini, sekumpulan lelaki bertindak memecahkan beberapa kereta yang diletakkan di kawasan rumah pangsa berkenaan.

Kejadian berlaku kira-kira 2 pagitadi apabila sekumpulan kira-kira 30 lelaki yang membawa senjata tajam seperti parang dan kayu mengamuk dan memecahkan 28 kereta diletakkan sepanjang jalan sejauh kira-kira satu kilometer.

Kumpulan terbabit dilihat menaiki motosikal dikatakan mencari seseorang yang tinggal di pangsapuri berkenaan, sebelum bertindak liar memecahkan cermin kereta dengan menggunakan senjata tajam dan topi keledar.

Bagaimanapun, penduduk mendakwa mereka tidak mengenali individu yang dicari kumpulan terbabit.

Seorang penduduk, R.Parthiban, 31, berkata, semasa kejadian dia terdengar bunyi bising di luar rumah lalu menjenguk keluar.

"Saya terkejut apabila melihat sekumpulan lelaki memecah cermin kenderaan milik penduduk satu-persatu,” katanya.

Menurutnya, keseluruhan cermin kereta jenis Nissan Sunny miliknya juga dipecahkan.

“Ketika itu, keadaan begitu huru-hara sekali dan saya melihat beberapa cermin kenderaan lain yang diletak berdekatan turut dipecahkan satu-persatu.

"Apabila abang saya menegur salah seorang lelaki daripada kumpulan itu, mereka terus mengertak kami supaya diam sekiranya tidak mahu diapa-apakan," katanya kepada Sinar Harian di lokasi kejadian, hari ini.

Seorang lagi penduduk, S.Mrugan, 43, berkata, dia tersedar dari tidur selepas terdengar bunyi bising dari arah luar rumah.

“Saya dan keluarga terus bangun daripada tidur dan melihat keadaan di luar rumah begitu kecoh sekali. Ramai penduduk terkejut dan marah dengan tindakan kumpulan lelaki berkenaan," katanya.

Difahamkan, selepas memecahkan cermin kereta terbabit, kumpulan berkenaan terus beredar meninggalkan kawasan berkenaan.

Berikutan kejadian itu, penduduk terus melaporkan kejadian berkenaan di balai polis berdekatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan menerima laporan kejadian.

Beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan ia bermotifkan dendam, bagaimanapun kes ini masih dalam siasatan.

"Kes akan siasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana memiliki objek berbahaya dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana merusuh," katanya.

‘Mani kau keluar’

SEREMBAN: Sekumpulan lebih 30 lelaki dipercayai bersenjatakan parang mengamuk membabi buta dengan memecahkan cermin dan merosakkan 28 kereta di Rumah Pangsa Lobak, di sini, pagi semalam.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, penduduk di rumah pangsa berkenaan dikejutkan dengan bunyi bising daripada kumpulan terbabit yang bertindak merusuh ketika penghuni sedang nyenyak tidur.

Harian Metro difahamkan, kumpulan lelaki terdiri daripada pelbagai bangsa bertindak ‘biadab’ dipercayai berdendam dengan salah seorang penduduk di situ, sebelum memecahkan cermin kenderaan sekitar rumah pangsa berkenaan.

Salah seorang mangsa, R Papthiban, 31, berkata, sebahagian anggota kumpulan itu bising dengan memecahkan cermin tingkap kereta Nissan Sunny miliknya menggunakan parang panjang.

“Saya dikejutkan oleh seorang jiran kira-kira jam 2 pagi memberitahu kereta saya ‘dicincang’ oleh kumpulan lelaki itu dan bergegas turun.

“Namun, kami semua tidak berani mendekati kereta masing-masing berikutan kumpulan itu menggunakan senjata dipercayai parang untuk merosakkan cermin kereta,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, semalam. -hm





Ulasan GB

Siapa "samseng" itu yang "terlalu berani"?

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yg tak berkaitan pun kena......

ABU berkata...

salah berita nih !

malaysia kan negara aman dan selamat... tak caya tanya ler PDRM!

hahahahaha
hahahahaha

lawak kan polis malaysia nih berani dengan anwar ibrahim dan PR aje. Dengan samseng n gengster semua kecut telo....

aman taik dia orang !!!

Tanpa Nama berkata...

selogan 1malaysia ok la tu

Pakcu Rantau Panjang. berkata...

Pakcu rasa perkara sebegini jangan lah dok pandai nak calit pihak polis saja...nampak sangat kurang ilmu...tak kan perkara yang berlaku seluruh MALAYSIA ...polis nak dok turt punggung sokmo.. weh....nampak benar komen yang kurang cerdik..

Mana perginya kerjasama setempat. Kalau dulu ada rukun tetangga, Rondaan Malam dan sebagainya tentunya perkara ini dapat di atasi..

Ni lah gaya hidup dibandar...kau-kau aku-aku bila berlaku begini nak salah polis pula apa halnya.....jangan too fanatik lah..

Kalau semua peghuni turun dan kejar mereka tak lah sampai begitu.Cuba buat muafakat adakan rondaan ..kan best dapat kenal mengenal dan tak perlu tunding jari kepada siapa-siapa....Pakcu kat kampung kalau ada yang mencuri..satu kampung turut kejar apa lagi depan mata begini....asyik nak bergayut kat polis tapi selalu kodem polis...malulah sikit......

Tanpa Nama berkata...

memang salah polis, polis giat sgt nak tahan demo, himpunan aman, siap buat perancangan teliti, banyak peruntukan anggota, masa dan wang utk kerja2 lawan pembangkang, sebab tu t/jwp asas jaga drp pencuri perompak samseng terabai.

lagi satu, samseng2 semua jadi berani sebab tau polis lambat bertindak, kalau samseng takut polis tentu tak menjadi2 kejadian samseng mengamuk, ini sana sini samseng, sampaikan anak dara org pun berani samseng kacau. ada banyak kes dekat 1 balai polis, bila org nak buat report kes pencuri masuk rmh atau kes kecurian kecil2an, polis x mau terima report sebab tak ada masa nak urus kes2 tersebut sebab banyak kes lebih besar nak tengok, katanya.

(tak dinafikan jugak masyarakat kita mengumbang kpd ramainya samseng, macam dlm tv semalam tunjuk budak2 sek juvana, mereka kata dulu di rmh, ibu bapa tak kisah langsung nak balik pukul berapa pagi pun, tak balik langsung pun tak kisah, sebab tu bdk2 sekarang ramai samseng).

ITULAH PRODUK AMNO, MASYARAKAT JAHANAM SEBAB AMNO!!!!!!!!!!!
kalau anak2 kalah akademi fantasia mak pak menangis macam bagai nak rak, tapi kalau anak2 tak reti mengaji quran ada depa kisah?
POLIS JAHANAM PUN SEBAB AMNO.

1 Malaysia berkata...

PDRM mana ada salah? Depa tu tak pernah salah? Yang salah penduduk taman tu?
La ni kan PDRM dok sibuk saman pemandu laju kat jalan? Pedulikan samseng tu, janji duit masuk. Kalaulah satu saman nilainya RM300, PDRM dah menyumbang berjuta RM pada musim Raya Cina ni.
Tahniah PDRM. 1 Malaysia memang memerlukan anda atas sumbangan dana yang dikutip. Cuba tanya rakyat 1 Malaysia sekarang, berapa ramai yang sayang kat PDRM? berapa pulak yang meluat kat PDRM?

Tanpa Nama berkata...

lepas ni pak cu rantau panjang akan jawab...'kalu gitu mu kena samun jgn terhegeh-hengeh report polis pulok...kan polis jahat'

Tanpa Nama berkata...

kene report polis dan polis kene terima report sebab duit gaji diaorang tu sapa bayar? Pekerja tu buatlah cara pekerja! duhhh n dont be an idiot saying duit kerajaan. duit kerajaan my foot. selamat jadi ketua pembangkang yg juga bekas ketua kerajaan come pru13

Tanpa Nama berkata...

pak cu wat malu org rantau panjg jer...jgn sampai polis beramai rmai pukul pakcu 1 ari nnti ats sbb2 yg tak munasabah..polis msia kan suka pukul org yg tak bsalah..ngehehe

Tanpa Nama berkata...

Banyak tengok filem ganasssss gitu, dapat idea.

Tanpa Nama berkata...

Cara ketam ajar anak berjalan,,,,dah bapaq samseng anak pon ikut la,,,,,,huhuhu,,,,