11 Jan 2012

Bahan DNA Tercemar. Harapan Saiful Merayu Tipis

Bapa Saiful mohon Peguam Negara rayu kes liwat II

Azlan Mohd Lazim, bapa kepada pengadu kes liwat II, Mohd Saiful Bukhari berkata beliau akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan sivil susulan keputusan Mahkamah Tinggi Isnin lalu yang memihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, buat masa ini beliau masih menunggu langkah yang akan diambil peguam negara -- sama ada akan merayu keputusan tersebut.

Peguam Negara juga masih belum menghubungi beliau berhubung tindakan itu, kata Azlan, 58, ketika ditanya pada sidang media hari ini.

Dalam pada itu, Azlan turut menyelar Majlis Peguam yang sebelum ini membuat saranan kepada Peguam Negara untuk tidak merayu kes berkenaan.

"Pada hemat saya, tindakan majlis peguam itu... langkah untuk menidakkan hak seseorang warganegara untuk diadili dan didengar rayuannya ke peringkat tertinggi," katanya.

Badan itu sebaliknya perlu bersikap neutral dan tidak menghalang proses keadilan, kata Azlan lagi.

"Adakah gesaan itu melambangkan pendirian semua peguam atau hanya pendirian individu tertentu yang menduduki kerusi Majlis Peguam yang berkepentingan politik?

"Diharap pihak Peguam Negara tidak terpengaruh," katanya lagi yang menambah anggota keluarga itu juga menerima keputusan mahkamah dengan tenang.

Katanya, masih ramai yang masih bersimpati dengan Saiful dan juga keluarga beliau atas keputusan tersebut.

"Tapi apa boleh buat itu keputusan mahkamah," katanya lagi dalam sidang media di kediamannya di Petaling Jaya.

"Sebagai bapa saya akan terus bersama anak saya untuk dapatkan keadilan,

Katanya lagi, Mohd Saiful, 26, kini berada di dalam negara dan bekerja di Kuala Lumpur.

Azlan berkata anaknya itu juga kini masih bujang, seperti dirinya. -mk

Saiful: Saya tidak akan serah kalah, mahu kes dibawa ke Mahkamah Rayuan

Mohd Saiful Bukhari Azlan berharap pihak pendakwa dapat mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan untuk mendapat pembelaan adil untuk dirinya.

Dalam tulisan terbaru di blognya, Mohd Saiful (gambar), 26, bekas pembantu peribadi dan pengadu kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau mempunyai hak untuk mendapat pembelaan yang adil hingga ke peringkat tertinggi badan kehakiman.

"Semua sedia maklum keputusan pada hari ini tidak memihak kepada saya. Namun saya redha dan menghormati keputusan ini...saya menerimanya dengan hati yang tenang.

"Bagaimanapun aduan saya sebagaimana laporan polis yang dibuat pada 28 Jun 2008 mempunyai hak untuk diadili hingga ke peringkat mahkamah atasan. Oleh itu saya dan keluarga berharap agar pihak pendakwa raya dapat memfailkan dan membawa kes ini ke Mahkamah Rayuan," katanya.

Anwar, Ketua Umum PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh hari ini dilepaskan dan dibebaskan dari tuduhan meliwat Mohd Saiful tiga tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Diah membuat keputusan itu dengan alasan tiada keterangan yang menyokong keterangan mangsa selain pihak pendakwaan gagal membuktikan Anwar melakukan perbuatan itu.

Anwar, 64, dituduh meliwat Mohd Saiful di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini, antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Tambah Mohd Saiful, beliau percaya setiap perkara yang berlaku "ada hikmahnya" selain ia ketentuan Allah.

"Sebagai hamba Allah, saya percaya bahawa setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Perancangan Allah pastinya jauh lebih hebat dari manusia.

"Iman dan keyakinan saya pada Allah tetap teguh. Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." katanya.

Di akhir tulisannya, Mohd Saiful berkata beliau tidak akan sesekali menyerah kalah. -TMI



Ulasan GB

Meneliti keputusan hakim, maka kita akan dapati pihak pendakwa tidak mempunyai alasan untuk membuat rayuan. Ini kerana pihak pendakwa tidak mempunyai bukti lain untuk diketengahkan selepas kedua-dua bukti materi telah ditolak iaitu DNA dan oral-lisan.

Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebaskan.

Hakim Mohamad Zabidin yang tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan.

"Selepas meneliti bukti, saya tidak boleh pasti 100 peratus bahawa bukti telah diusik.

"Justeru, mahkamah keberatan menerima bukti sedemikian dari SP1 Saiful."


Mengimbau kembali perbicaraan, Pakar forensik dan patalogis Australia, Dr David Wells menyifatkan integriti spesimen yang diambil daripada pengadu Saiful Bukhari Azlan dalam kes fitnah liwat II ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim amat kritikal.

Kita juga telah didedahkan maklumat bahawa seorang pegawai polis, Pegawai penyiasat (IO) DSP Jude Blacious Periera mengakui bahawa beliau memotong bahagian luar plastik spesimen DNA untuk tujuan penandaan.

Malah Jude turut memberitahu bahawa beliau menyimpan spesimen tersebut di dalam almari tidak berhawa dingin lebih daripada 40 jam.

Pasukan peguambela pada hari ini berjaya menimbulkan kesangsian tentang cara pengendalian sampel DNA yang diambil oleh doktor dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) ke atas Saiful.

Katanya Jude sendiri telah melanggar prosedur analisis kimia dengan memotong bekas plastik yang mengandungi sampel DNA pengadu.

Dalam pada itu Sankara yang ditemui di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkata, "Pakar mengatakan IO telah potong beg. Ini memberi peluang kepada kontaminasi dan perkara ini memang berlaku. Kononnya untuk buat penandaan baru dan pakar cakap prosedur ini tidak betul. Itu menujukkan kejayaan pihak pembela hari ini".


Sekarang apabila bahan bukti utama telah tercemar dan ditolak, apa lagi yang hendak dirayukan? Apa evidences lain yang hendak dikemukakan? Dubur Saifulkah? Itupun disyaki telah dicemari.

Tiada ruang untuk pendakwa raya hendak persoalkan dan menekan mahkamah supaya bahan bukti itu diterima semula kecuali ada permainan lain direncanakan untuk menafikan keputusan hakim tersebut.

Justeru itu, harapan untuk Saiful agar Peguam Negara merayu adalah tipis dan GB merasakan peguam negara tidak akan mengambil risiko dimalukan lagi jika membuat rayuan terhadap kes ini. Apatah lagi Peguamcara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden mewakili pihak pendakwaraya dan Pejabat Peguam Negara bagi kes liwat II dilaporkan sebelum ini telah pun meletakkan jawatannya!

Laporan sebelum ini
klik untuk baca



16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini masaalahnya bapa tumpang glamor, dia yg lebih masa hari hari perbicaraan. Sudah sudah Lah buat fitnah tu tak usah nak glamor sangat... pikir pula bila nyawa di penghujung kaki.... Kalau kamu gelar kamu seorang muslim...... tenguk lah diri tu....

Tanpa Nama berkata...

Saiful sudah tertekan...Pihak DSAI akan menuntut qasaf yang kalau didapati bersalah akan dipenjara 2 tahun. Bayangkan kalau masuk penjara Malaysia....mungkin ramai yang teringinkan d**** Saiful!!!

opisboi berkata...

SIALfool ada lagi bahan bukti lain yg terkini, 3 bukti terkini yg akan menyumbat anuar ke sg. buluh ialah ...kacang PARPU, serbok KARI berapi & I botol stout yg baru disumbat kedlm ekzos sialFOOL...blog2 gerombolan tengah meraya sakan & yakin malah mendahului pendakwa bahawa kes ini akan di buat rayuan & pasti menang

Tanpa Nama berkata...

hakim dah pakai bahasa elok uncorroborated evidence najib nak marah tak boleh terlaksana undang yang adil kalau belakang kalah la ni ikut dua yang depan la

Tanpa Nama berkata...

suka sama suka...takpa ..saypol nak apa lagi..masa sama2 sedap tak ingat...

Tanpa Nama berkata...

salam...nepelah bila keadaan mcm ni menggunakan kalimah Allah dan meraih simpati dgn kata2 Allah..konon2nya kita org beriman..kadang2 ku terfikir tidak takutkah kita berbohong dan seolah-olah tidak takut dgn azab di Sana...
AHC

kembara putih berkata...

Jika nak kaya-raya, bekerja la dengan rajin, bukannya dengan buat fitnah dan menyusahkan orang yang tidak bersalah.

maie1958 berkata...

bontot sefool bukan jadi taruhan negara...bila tak berlaku jadi bukti memang tak ada,jadi apa nak kecoh2...hakim kali ni berani sebab ingat apa jadi pada hari selepas mati...buat apa ikut geng2 gerombolan yang busuk dan lagi mengshitskan yang tak ingat lain nak mengebas harta rakyat at all means!

janggut berkata...

anak dgn bapak sama jer. x penah insaf. sibuk nk buat rayuan bukan apa? sebab bila DSAI x salah automatik najib x bg duit kat dia. mampos la lps ni nak hidup. dh la malu duit lak dh x ada. itulah petanda org yg dh terkena laknat sumpah sendiri. kita tengok apa akan menimpa org yg suka mempersendakan sumpah. hari akan kehadapan yg lepas kita dh tau yg kehadapan sama2 kita tunggu dan lihat. semoga allah akan tunjuk akan kebenaran dan semoga org yg mempersendakan sumpah dapat pengajaran dan semoga pengajaran itu akan menjadi iktibar kpd golongan yg sikit2 nk bersumpah. selalu nya org yg bersumpah ni org yg org lain dh x percaya ckp dia. sama macam zaman kanak kita dulu

Tanpa Nama berkata...

Insaflah Azlan dan Saiful. Masa belum terlambat, hentikan terus menerus nak buat fitnah. Kamu dipergunakan pihak yang ada kepentingan dengan ganjaran.

Jangan gali lubang lain untuk tutup lubang yang terdahulu kamu gali. Kalau selalu sangat gali lubang, kamu akan terjatuh ke dalam salah satu lubang.

Kalau betul berpegang kepada ajaran Islam, tutup buku kes ini dan bertaubat.

Tanpa Nama berkata...

Apalah nilai sumpah dgn nama Allah, apabila celana sendiri dijumpai di rumah teman wanita.

pak din tua berkata...

Elok la tu Si Sialfool ni minta buat rayuan. Merayu tu hak dia biag pi laa. Keputusan pulak hak mahakamah. Kalau merayu pun gagal haa tak ka kredit melambung untuk DSAI ?

Tanpa Nama berkata...

saifool lagi bodo...bagi org sentuh duburnya KONON nyaaaaaaaa. org muda sehat tubuh badan bertenaga buleh kena jolok juboq...hahahaha. woi saipool hg dok sembang muhong dgn mak bapa adik kakak hg & puak2 umno haramjadah bole laaaaaaa. hg dg bapa hg sama baghalllllll.

Ngah Phg asal Melaka berkata...

sy sokong komen anon 9.34 ni..agaknya saifool ni mental kot kerana x pandai nak jaga diri sendiri dan digunakan org lain sbb tu gagal diUniten tu..dah tu sanggup 2 hari x basuhkan bontot..betul bangang dia ni

Tanpa Nama berkata...

Biarkan aje la si saiful tu... Simpan sikit tenaga untuk PRU13... Lepas ni agaknya tak de siapa percaya lagi dah walau peguam negara menang rayuan sekalipun.

Tanpa Nama berkata...

Sebagai bapak,patut ingat ini kes memalukan.Lagi cepat selesai lagi baik.Sampai bila nak jaja punggung anak tu.Bukan DSAI yang mulakan kes ni tapi Saifool.Seorang bapa biasa akan berfikir macam ni.Tak taulah,munkin Azlan ada motif lain yang boleh menguntungkan diri dan anaknya.