11 Jan 2012

Sudahlah Batu Disangka Emas, Bakal Didenda Pula Korek Jalan

Johor Bahru: “Sah bukan emas,” kata Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Johor, Shahar Effendi Abdullah Azizi mengenai ketulan batu di Jalan Mewah, Kampung Melayu Majidee yang didakwa penduduk mengandungi emas sehingga menyebabkan kawasan itu menjadi tumpuan sejak lima hari lalu.

Gambar: ORANG ramai terus sibuk mencari logam berharga yang disangka emas di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru semalam. -kosmo

Shahar yang ditemui ketika melawat lokasi itu semalam berkata, pihaknya sudah mengambil sampel ketulan batu berkenaan dan melaksanakan kajian terhadap hablur yang sebelum ini didakwa emas.

“Hasil kajian mendapati ketulan batu itu tidak mengandungi emas, sebaliknya ia hanyalah sejenis batuan granit mengandungi mineral pirit atau besi sulfid.

“Orang ramai jangan mudah tertipu kerana untuk rekod, pirit juga dikenali sebagai ‘fool’s gold’. Ia memang seakan-akan warna emas, namun langsung tidak ada nilai,” katanya.

Shahar yang hadir bersama Timbalan Pengarah (Sumber Mineral) jabatan berkenaan, Abdullah Sani H Hashim berkata, beliau difahamkan longgokan batu di kawasan itu diambil dari sebuah kuari di Kulaijaya.

Menurutnya, agak malang kerana penduduk di situ dan kawasan sekitarnya terpedaya dan tersalah sangka.

“Kami sudah memaklumkan keputusan kajian kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor untuk tindakan selanjutnya dan berharap orang ramai menghentikan tindakan mengorek batuan di kawasan itu.

“Ingin saya tegaskan, individu yang mengorek batuan di kawasan itu boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 425 Kanun Tanah Negara atas kesalahan melakukan kerja mengorek atau menceroboh tanah kerajaan tanpa kebenaran,” katanya.

Menurutnya, jika sabit kesalahan, sesiapa yang berbuat demikian boleh didenda RM10,000 dan penjara selama setahun.

Harian Metro sebelum ini melaporkan laluan baru ditar di Jalan Mewah menjadi tumpuan ramai sejak lima hari lalu disebabkan percaya ketulan batu bersalut hablur emas. -hm

LAPORAN SEMALAM

Penduduk kampung temui 'emas' di JB


JOHOR BAHRU: Ratusan orang bakal bergelar 'orang kaya' sekiranya puluhan ketulan batu yang dikumpul keluarga masing-masing di Jalan Mewah, Kampung Melayu Majidee di sini, sejak Sabtu lalu kerana dikatakan bersalut hablur emas, disahkan emas tulen.

Sejauh ini, wakil pemilik kedai emas yang beroperasi di sebuah pusat beli-belah di Tampoi mengesahkan ia emas tulen.

Penduduk berkata mereka mendapat kerjasama wakil kedai emas itu, yang datang ke tempat tersebut dan melakukan pemeriksaan ke atas ketulan batu itu Ahad lalu.

Hasilnya, wakil tersebut mendakwa ketulan batu diselaputi warna kuning tua itu emas tulen yang mempunyai gred terbaik.

Bagaimanapun, perkara itu belum ditentukan kesahihannya 100 peratus kerana banyak lagi kajian serta ujian perlu dilakukan sebelum boleh dipastikan ketulan batu itu diselaputi emas tulen.

Seorang penduduk, Encik Idham Mohd Diah, 36 tahun, berkata wakil pemilik kedai emas yang mengunjungi tapak pencarian itu turut menempah batu-baru tersebut daripada penduduk.

'Ada penduduk mendakwa batu yang dikumpul mereka itu sudah ditempah pembeli emas pada harga hingga RM15,000 ($6,173).

'Saya dan bapa saya menemui beberapa ketulan emas sejak mencarinya empat hari lalu,' katanya.

Seorang suri rumah dari Stulang, Cik Munawarah Rashid, 29 tahun, berkata beliau dan suaminya mengumpul 40 batu bersalut hablur, dipercayai emas, sejak 10 pagi hingga 3 petang Ahad lalu.

'Kami bercadang kembali semula ke sini pagi ini dengan harapan dapat menemui lebih banyak batu itu.

'Saya mendapat tahu berkaitan penemuan batu-batu ini menerusi rakan yang mendakwa mengumpul 20 ketulan batu bersalut hablur emas dalam tempoh dua jam. Jika benar ia emas tulen, kami menganggapnya rezeki,' ujar beliau.

Cik Munawarah berkata beliau tahu tentang wakil kedai emas yang berkata batu itu sah emas dan beliau berharap ia benar.

Seorang lagi penduduk, Encik Mohd Diah Abdullah, 63 tahun, berkata suasana perkampungan itu bertukar riuh selepas penemuan batu-batu tersebut.

Menurut beliau, orang pertama yang menemui batu itu ialah keluarga besannya, pada Sabtu lalu. -- HM


23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

apa yg aku nampak di atas, orang kita ni mudah percaya.. baik bomoh,baik kejadian luar biasa....aku x tak tau mana yg betul mana yg bidaah....jgn disebabkan taraf hidup yg makin tinggi mereka buat semua ini...

Tanpa Nama berkata...

hahahaha bodo sungguh la org melayu johor nie...patut la laher nya umno porno........... jenih bodo sampai mampuih.

Tanpa Nama berkata...

Ini adalah bukti Duit itu adalah segala galanya. Rakyat biasa tetap tersirna dengan duit. Takkanlah pulak para pemimpin Umporno yang duduk dan berdiri diatas Duit akan melihat duit sambil pejam mata begitu sahaja..
Bila dah duit itu boleh menjadi modal untuk dapat kuasa. Maka inilah yang menjadikan pemimpin Umporno berusaha mendapatkan duit secara haram atau salahguna kuasa untuk ditaborkan kepada rakyat yg tertindas, disogokan dengan berita yg boleh membodohkan rakyat disepanjang zaman.

Sebab itu Umporno sentiasa yakin untuk kekal berkuasa di Malaysia.. Lihat saja mereka mudah tertipu dengan batu2 yang menyerupai Emas.

Tanpa Nama berkata...

MUNGKIN JUGA EMAS.....KERAJAAN NAK KELENTONG RAKYAT???? MACAM KES ANWAR??? SEKARANG NIE APA JER UMNO BUAT BETUL ATAU TAK TAK BOLEH DIPERCAYAI....

tanda soal berkata...

sapa x nak senang, diorang nak ringan kan beban... nak beli petrol, minyak beli masak, nak bayar cukai perkhidmatan, cukai kerajaan, bil2...& banyak lagi la sbb kononny semua tu murah2... tapi krajaan x paham2 jugak tgk keadaan ni..

Tanpa Nama berkata...

"individu yang mengorek batuan di kawasan itu boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 425 Kanun Tanah Negara atas kesalahan melakukan kerja mengorek atau menceroboh tanah kerajaan tanpa kebenaran"

Kutip batu tepi jalan pun salah? Inilah yg diperkatakan, sebahagian kakitangan kerajaan malaysia diantara yg terbodo di dunia. Dahlah produktiviti tak pandai, sikit2 nak bg kena ini dan itu. Shahar Effendi ini boleh gerenti kalu kerajaan atau kroni kau korek sendiri boleh menguntungkan rakyat? makan minum tu pun duit rakyat dn sepatutnya pengarah nih yang perlu tolong rakyat menyediakan kemudahan, penerangan dan bantuan. Pecat Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Johor dengan segera.

Farouk berkata...

kesian pun ye juga.... beban tekanan hidup tinggi, apa saja peluang utk ringankan beban, orang akan terkam.... korek jalan pun sanggup

acop Melaka/Phg berkata...

kesiannya org kampung disisi Bandar Moden JB tu kerana hidup yg sempit kerana minyak petrol tinggi yg sbbkan harga brg2 naik tinggi. org2 umno dah kenyang menyusu dilembu ijat tu dpt 250 juta,nak beli kapal xleh selam dpt komisen sampai 500 juta.

Tanpa Nama berkata...

Memenag geram dengar cerita begini...tapi janganlah sampai pegawai JMG tu pula yg dipersalahkan sehingga ada pengomen di sini kutuk dia dan surah letak jawatan/pecat. Sepatutnya kita puji dan sokong dia sebab telah buat kerja dengan cekap sehingga dapat sahkan batuan di situ bukan emas. Denda dan peraturan itu bukan pengarah JMG tu yang buat dan bukan dia pun yg akan membuat dakwaan mengenai itu, dia cuma memaklumkan tentang undang2 tanah. JANGAN MENJADI PEMBANGKANG MEMBUTA TULI.

Tanpa Nama berkata...

Aku sokong anon 1.31.

Ttg org2 tu tak leh salahkan depa, fitrah manusia. Dah tau bukan emas, lapang dada le. Allah tak nak mu kaya cara tu.. Tapi maafkan depa, jgn le denda.

Bbrape tahun lalu ade emas kat Tgnu (klu x silap), ape citer skrg?

pak din tua berkata...

Inilah masalah orang kita bab nak kaya cepat cukup mau. Ada pulak tokey cina yang kata itu emas dan berjanji nak beli daripada mereka.... Hampa pi cari tokey tu pakat2 suap batu tu ke mulut dia. Dah dikaji, nyata ia bukan emas, pun dok gatai pi cari lagi.... Nampak sangat orang Johor ni bodo ( bukan la semua he he ). Tu tak cakap pasai Dinar Iraq lagi, kalau depa tau, habis depa jual tanah pakat beli Dinar Iraq......

Tanpa Nama berkata...

orang malaysia terutama melayu mmng slalu percaya perkara macam nie.

Waris berkata...

Kesian tengok melayu belaan umno ni. Sentiasa kena bodoh-bodoh je. Tak kena bodoh dgn skim cepat kaya, kena bodoh dgn emas atas jalanraya. Yang pasti selalu sangat kena bodoh dgn tv3, utusan & umno. Bila nak sedar ni wei?

Tanpa Nama berkata...

org johor ni mmg taksub.lbh2 lg bila dgn umno.x caya tny sendiri dgn org johor psl umno mau mati pn dlm umno.lbh umno drp islam.

Tanpa Nama berkata...

sabda rasullulah saw"apabila imam mahdi muncul dia akan membahagikan HARTA dengan sama RATA"

HARTA=EMAS@PERAK
RATA=NILAI EMAS YANG SENTIASA STABIL DAN TIDAK SEPERTI WANG KERTAS PENUH DENGAN RIBA DAN PENIPUAN......

Tanpa Nama berkata...

Ana org johor, wlu johorean kena kutuk ana tak marah & kecik hati, sbb ana ni jenis faham agama . haha.. ni nak kutuk ana syok sndiri, kutuk le.. kita bukan kenal pun. Ceria le sesekali sesekala.

Disangka emas rupanya batu.
Tiada rezeki bagimu sedaraku.

Tanpa Nama berkata...

batu yg dikutip tu asalnya dari kuari mana tah. kemudiannya, jalan yg baru dibuat tu pulak di koreknya orang ramai, yg kebanyakannya bukan pun penduduk situ.

guna akal la sikit diorang ni. kalau batu jalan tu yg datang dari kuari mana tah tu, ada emas, mesti lah tuan punya kuari tu dah lama dah jadi tokeh lombong emas! takkan lah tokeh kuari tu yg mesti juga menggaji konsultan tanah, tak perasan kuari dia ada emas? macamana pulak tukang korek kuari tu, drebar lori bawak batu dll. semua tu buta emas? penduduk kampung pula yg lebih pandai boleh nampak emas dari mereka semua tu?

nak kata orang johor ni bodoh.... haihh..

Tanpa Nama berkata...

UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA...

Tanpa Nama berkata...

Kalau tanah/batu ada emas sudah tentu pengusaha kuari tak akan jual tanah/batu tersebut kepada pihak lain.

Tanpa Nama berkata...

Kesian dengan Melayu Johor.

pak din tua berkata...

Tahniah Anon 0616 kerana jadi anak Johor yang beragama !

Tanpa Nama berkata...

Aku rasa kat tempat lain selain dari Johor pun macam tu jugak... Sapa yang tak nak rezeki terpijak sila angkat tangan dan bole blah... Aku teringat satu cerita tah kat mana tah, satu van bawak duit syiling terbalik atas satu lebuhraya habis bertaburanlah duit syiling tu atas lebuhraya... Trafik jem beb! Bukan pasal eksiden tu tapi pasal orang ramai sedang berpesta mengutip duit syiling... Yang tu bukan berlaku kat Johor tau.

Tanpa Nama berkata...

cuba search maklumat dlm internet.... pyrite biasanya dijumpai bersama2 dgn emas... nasib la siapa yg dpt pyrite dan siapa yg dpt emas.... lgpon batu tu pon diambil dari kuari tempat kwsn lombong emas...