11 Jan 2012

UMNO Malu Nak Pelawa Hassan Ali, Hassan Malu-malu Nak Sertai UMNO

UMNO tak tawar keahlian kepada Hasan Ali

PUTRAJAYA - UMNO tidak membuat apa-apa tawaran keahlian kepada anggota Exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali yang dipecat oleh Pas kelmarin, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO ketika ditanya kemungkinan Hasan menyertai UMNO berkata, sebagai pemimpin bijak dan berpengalaman, Hasan boleh memilih mana-mana parti politik yang dianggap sesuai dengan perjuangannya.

"Kita (UMNO) tidak terburu-buru dalam hal ini malah kita tidak membuat apa-apa tawaran pun. Mungkin dia (Hasan) dapat fahami secara dalam apa Pas sebenarnya. -kosmo

Pintu Umno sentiasa terbuka

PUTRAJAYA: “Umno sentiasa terbuka kepada sesiapa saja kalau mereka minat dan yakin dengan perjuangan kita, maka terserahlah kepada individu berkenaan untuk menilai,” kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau mengulas sama ada Umno akan membuka pintu parti itu sekiranya bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali berminat menyertai Umno.

Menurutnya, sekiranya Dr Hasan berpendapat Umno landasan terbaik untuk memperjuangkan Islam, beliau boleh membuat keputusan sewajarnya.

Namun, katanya, parti tidak pernah membuat sebarang tawaran kepada Exco Selangor itu untuk menyertai Umno.

“Agak terlalu awal, nanti orang kata Umno terburu-buru, esok adalah keluar dalam blog nanti kata Umno terburu-buru, seolah-olah tak ada pemimpin lain...Saya perlu berhati-hati bila nak cakap begitu. “Seperti diketahui, Umno sentiasa terbuka pintunya kepada sesiapa saja. Kalau Datuk Hasan Ali kata mungkin sekarang ini jiwanya sebati dan faham perjuangan Umno, maka kita mungkin sehaluan dalam soal itu, jadi terserahlah kepadanya,” katanya.

“Tetapi ini tidak bermakna kenyataan saya ini kata ghairah sangat... nanti ada orang salah anggap, media pun nanti lapor begitu, tapi (yang penting) kita sikap terbuka,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perutusan Khas Amanat Tahun Baru Kementerian Pelajaran 2012, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, semalam.

Hadir sama, kedua-dua timbalannya, Datuk Dr Wee Ka Siong dan Dr Mohd Puad Zarkashi; Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Dr Rosli Mohamed dan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud. -hm


Ulasan GB

"Baiah" dah lepas Hassan. Tak perlu gusar lagi. Jangan malu-malu untuk sertai UMNO. mana tahu jika UMNO sudi turunkan kamu sebagai calon PRU nanti.

Putera Idaman menulis diFBnya:

1. SAYANG....Semangat Islamnya tinggi tapi kurang memahami fiqh politik..Nak bawa Islam mesti penuh strategi...

2. PAS memecat Dr Hassan Ali bukan kerana DAP, bukan kerana 901, bukan kerana soal Anwar, tetap beliau telah membelakangi 'manhaj' dan disiplin parti, beberapa kali membuat kenyataan terbuka yg mengkritik pandangan dan dasar parti walaupun sudah diberi amarah berkali2.....NAMUN PAS tetap beri peluang utk membuat rayuan...kalau beliau ikhlas bersama jemaah, beliau akan kembali membuat rayuan..jika tidak??...faham2lah sendiri...

3. Syeikh Qaradhawi, Muhd Al Ghazali, Syd Sabiq dll pernah diambil tindakan oleh Ikhwan Muslimin. Namun mereka menunjukkan keikhlasan dan kekal bersama pjuangan Islam hingga penghujung usia...Ketika Muhd Al Ghazali dipecat, Hasan Hudhaibi berkata:

"Kami memecat beliau bukan sebagai menafikan ilmu dan tawadhu'nya, tetapi kepentingan menjaga disiplin dalam kerja jamaah adalah diutamakan."

4. Barbalik persoalan pemecatan keahlian ini, PAS tak pernah gugurkan perjuangan Islam. Tapi hanyalah strategi seperti mana strateginya Nabi Saw membawa Islam sehingga terpaksa gugurkan Kalimah Bismillah dan Rasulullah dlm Perjanjian Hudaibiyah.

5. Gugur kalimah bukan bererti gugur perjuangan...Gugur kalimah 'islamic State' dan swing kepada 'welfare state' hanya semata2 strategi yg langsung tak bercanggah dgn Islam..

6. Insyaallah, Majlis Syura Ulama' dipenuhi tokoh agama dan orang2 alim, mereka pastinya arif dan sudah melakukan 'istikharah' sebelum membuat keputusan..

7. Pada HASSAN ALI, anda boleh perjuangkan perjuangan dan cita2 anda melalui NGO, luar drpada PAS...sbb PAS ada perlembagaan, PAS bukan milik individu, tapi jemaah, kena faham fiqh politik dan adab jemaah kalau nak sertai haraki PAS...lepas ni kalau nak pakai tv3, Utusan Malaysia hari2 pun xpa...=)


8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

UMNO Malu Nak Pelawa Hassan Ali, Hassan Ali Malu-malu Nak Sertai UMNO,
Bila malu sama malu,
Jadi dua-dua muka tak malu.

AskarHijau

Tanpa Nama berkata...

pakar motivasi konon......piiiiiiirah.
cakap pun tergagap macam budak baru nk baligh. akibat terkena ayor kucil brahim katak.

kampong lad berkata...

dia ni dulu bukan ahli umno ka? biasa la orang politik yg oportunis...bila satu tmpt tu dah takdak hasil, pi tmpt lain pulak..untung batu 'timbui', untung sabut 'tenggelam'! (betui kot no)

Tanpa Nama berkata...

Apa nak malu!!bagi jerlah borang ahli Umno tu pada Asan, nanti bole buat "headline" dalam media perdana.
"Bekas pesuruhjaya Pas Selangor telah menyertai Parti Melayu Islam Umporno" Ini bukti Umporno mendapat perhatian dari golongan cerdik pandai yang akan memperjuangkan aqidah rakyat".
Tengok! Umporno sangat peka dengan aqidah rakyat. Disebelah gambar Asan Ali pulak letak gambar artis melayu tayang pangkal buah dada...

Tanpa Nama berkata...

Hasan ni kalau di faham islam ditak cakap meraut . kalau jiwa umnooo mkin melarut cakap

Tanpa Nama berkata...

orang yang berkuasa dalam UMNO pun takut nak terima HASAN ALI kerana mereka jenis makluk kawan makan kawan, satu hari nanti HASAN ALI akan makan kawannya dalam UMNO sekiranya diterima jadi ahli UMNO, puak PUAK UMNO pun pandai kalau HASAN ALI nak sokong UMNO boleh, tetapi duduk diluar bebas bersama katak katak tunggu dan panggil hujan.

Hasan ALI masok lah mana mana parti pun beliau akan bawa MASAALAH sekiranya beliau tidak diberi tempat atau jawatan MB yang beliau inginkan atau jawatan PARDANA MENTERI yang dikerjarnya, kalau anda sokong UMNO RASUAH anda dirasuahkan dengan wang cukai rakyat, bukan duit UMNO.

Tanpa Nama berkata...

UMNO tak akan "pelawa" Hasan Ali jadi ahli.Buat apa nak pikul biawak hidup.UMNO berjinak-jinak dengan pihak UG dalam PAS sebab mereka ada jawatan - seperti Presiden,Tim.Presiden,S/U Agong,Tim.Ketua Majlis Syura Ulamak,Tim.Ketua Pemuda dan Ketua Pemuda.Kalau dah tak pegang jawatan penting,buat apa mereka kepada UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Kalau kata 'tak pelawa' Hassan Ali masuk UMNO bermakna Hassan dipelawa. UMNO sering guna ungkapan terbalik. Masuk UMNO lah Hasaan jangan malu-malu kerana dalam PAS dah tak ada tempat. Sekurang-kurangnya dapat projek atau lain-lain yang dimpikan kerana perniagaan motivasi kurang dapat sambutan dah.