Tertuduh yang juga teman lelaki mangsa bekerja sebagai pengawal keselamatan, Muhammad Faizul Mohd Ali, 27, dan penganggur, Muhammad Zal Haziq Razali, 23, dituduh dengan niat bersama membunuh Rozana Mohd Yusak, 36, di premis Nombor B-01-15F Jalan Puncak Desa 2, Kepong, di sini, antara jam 12 tengah malam hingga 1.15 pagi, 21 Disember 2011.
Gambar: MUHAMMAD Faizul (kiri) dan Muhammad Zal yang terbabit kes pembunuhan kerani bank ditikam 35 kali di Kepong dihadapkan ke mahkamah, semalam.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Tiada pengakuan direkodkan di depan Majistret Mohd Isa Md Nor, tetapi kedua-dua tertuduh mengangguk faham apabila pertuduhan terhadap mereka dibacakan.
Timbalan Pendakwa Raya, Rohaiza Hamzah tidak menawarkan sebarang jaminan kepada kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam dan memohon tarikh sebutan bagi mendapatkan izin memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.
Mohd Isa kemudian menetapkan 28 Februari depan untuk sebutan semula kes bagi dikemukakan bersama laporan forensik, kimia dan laporan bedah siasat. -BH
Laporan sebelum ini
klik untuk baca

5 ulasan:
Kesian. Salah pilih teman lelaki.
Elok la tu dah nama pun teman so nanti dapatla teman di alam kubur.
Mari kita lihat kenapa maknusia @ rakyat tidak peduli kepada undang yang ada dinegara Ini? berbanding ditahun 50an-70an dahulu. Kes rakyat Malaysia yang berani melakukan kesalahan jenayah semakin meningkat.
Memang kita akui populasi rakyat sentiasa meningkat, bila dah terlalu ramai takkan jenayah semakin kurang.
a) Allah turunkan Alquran sebagai panduan dan undang2 kepada maknusia. Adakah Allah tidak tahu kelahiran maknusia sentiasa meningkat. Jadi siapa yang mengabaikan hak Allah ini?
b) Maknusia yang berkuasa pula buatcipta undang2 sendiri. adakah mereka rasa mereka lebih hebat dari Allah?.
Atau maknusia yang cipta undang2 kerana pada satu waktu mereka boleh mengambil peluang untuk kepentingan kepada kelompok mereka sendiri atas nama kerajaan yang memerintah.
Sebab itu ada undang2 hukuman berbeza jika kesalahan dilakukan oleh kelompok mereka atau mereka boleh terlepas dari undang2 contohnya: Kes dakwaan Liwat TPM 1998 dan kes dakwaan liwat ketua pembangkang 2008.
Kes seperti ini sewajarnya tidak menjadi kes diMahkamah berdasarkan tiada kekuatan fakta tetapi kerana undang2 dan mahkamah dikuasai oleh kelompok yang memerintah, maka berlakulah pemerkosaan terhadap undang2 dan mahkamah.
Rakyat semakin cerdik juga telah melihat beberapa kes yg melibatkan hukuman yg tidak adil. contohnya anggota polis yg dihukum bunuh kerana disabitkan membunuh seorang wanita Monggolia dan kes bekas MB selangor Khir Toyo.
Kesannya kepada rakyat akibat dari perogolan undang2 dan mahkamah. Maka tidak mustahil rakyat tidak lagi patuh dan tidak takut membuat jenayah biarpun mereka tahu yang mereka bukan pemimpin atau anak pemimpin dari kelompok yang berkuasa. Dalam hati mungkin mereka berkata "Persetan dengan undang2 Malaysia. Hidup mati lain cerita kita juga perlu rembat apa2 yang ada"...
Rakyat tidak hormat/langgar undang-undang kerana pemimpin/menteri/pemerintah/warga kabinet/pembuat undang-undang sendiri TIDAK MENGHORMATI/MELANGGAR UNDANG-UNDANG yang mereka sendiri cipta dan luluskan.
Ok arini 18hb Ogos 2016 maka sabitlah kesalahan bg kedua2 monyet ini yg telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh mahkhamah. Menjawablah korang dlm kubur tu nnt. Senang2 bunuh anak org. Phuiii...
Catat Ulasan