Bendera Najib: Bebas anggap bukan satu kesalahan, tapi sedia mohon maaf
KUALA LUMPUR, 18 Dis — Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas), yang mengadakan demonstrasi membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tiada masalah untuk memohon maaf berhubung insiden menurun dan menaikkan semula bendera Datuk Seri Najib Razak di pekarangan ibu pejabat Umno di sini, petang semalam.
Bagaimanapun ketua Bebas menegaskan, pihaknya tidak melakukan apa-apa kesalahan besar sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak termasuk kononnya menghina Najib.
Ketika dihubungi Safwan Anang berkata, pemimpin Bebas akan mengadakan perbincangan dengan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dalam menentukan tindakan susulan.
Insiden itu terjadi sebelum Saifuddin tiba untuk menerima memorandum daripada mereka di pekarangan Menara Dato’ Onn.
“Sebenarnya, saya tidak melihat tindakan menurunkan bendera yang tertera wajah (Presiden Umno) Datuk Seri Najib Razak ini sebagai satu kesalahan besar... ada seorang peserta menurunkan bendera dan apabila ditegur oleh pengawal keselamatan, ia dinaikkan dengan segera,” katanya sambil menambah, tidak berlaku apa-apa perbuatan menghina bendera Najib sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak.
“Tetapi jika ada yang merasakan perbuatan menurunkan bendera dan menaikkan semula satu kesalahan, kami sedia meminta maaf. Lagi pun kami menghormati teguran pengawal keselamatan ketika itu, bukan tidak patuh arahan,” katanya.
“Sebenarnya, bendera itu berkibar dengan lebih megah selepas dinaikkan semula, jadi saya tidak melihat menurun dan menaikkan semula bendera ini satu kesalahan... tapi jika masih mahu kami meminta maaf, kami bersedia, tiada masalah.
“Kami sedang berusaha untuk menghubungi Datuk Saifuddin bagi mengadakan perbincangan dan menyelesaikan isu ini dengan baik,” katanya.
Dalam satu mesej Twitter yang dikeluarkan malam tadi, Saifuddin menyifatkan tindakan menurunkan bendera adalah perbuatan terkutuk.
“Perbuatan menurunkn gambar DSN (Najib) ini adalah terkutuk. Anda mesti minta maaf!” kata Saifuddin dalam mesej sebagai respons kepada akaun @MahasiswaMsia.
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin juga mengeluarkan pendirian yang sama.
“Saya hormat hak dan kebebasan bersuara tapi tindakan menurun bendera PM adalah biadap. Harap penganjur mohon maaf,” katanya dalam mesej balas kepada Saifuddin dan gerakan itu.
Bebas mengadakan demonstrasi di ibu negara petang semalam dengan mendapat kerjasama daripada polis.
Selepas menyerahkan memorandum kepada wakil Suhakam, kumpulan dalam sekitar 100 orang peserta demonstrasi bergerak ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk menyerahkan memorandum kepada Saifuddin.
Saifuddin yang dihubungi pagi tadi memberitahu beliau menunggu tindakan susulan Bebas.
“Saya tunggu kenyataan mereka,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Malam tadi, Saifuddin berkata mahu mendapatkan maklumat terperinci daripada pihak-pihak terbabit berhubung dakwaan bahawa bendera gambar Najib.
“Insiden turun naik bendera gambar DSN (Datuk Seri Najib Razak) di PWTC petang tadi. Saya telah hubungi penganjur minta keterangan. Saya juga hubungi pihak PWTC,” kata Saifuddin, yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno, menerusi mesej Twitter malam tadi.
Mesej akaun Twitter di bawah akaun @MahasiswaMsia dengan merujuk kepada isu Himpunan Bebas itu berkata, “sejarah tercipta! Demonstrasi hingga ke bangunan Umno di PWTC dan sejarah itu dicipta oleh Mahasiswa! Bangkit Mahasiswa!”
Mesej susulannya berbunyi, “17 Disember ‘11 — hari bersejarah negara.”
Katanya, mahasiswa berdemonstrasi dan dapat menawan ibu pejabat Umno di PWTC dengan membawa satu tuntutan iaitu kebebasan akademik.
Bagaimanapun mesej seterusnya memaklumkan Saifuddin bahawa kejadian itu memang bukan sesuatu yang dirancang.
“Insiden ini bukan perancangan kami, di luar kawalan.
“Isu turun bendera gambar DS @NajibRazak Ia di luar kawalan penganjur. Koalasi Bebas pandang serius dan akan bincang perkara ini,” kata dua mesej yang menyusul sekitar 9 malam tadi. -TMI
Laporan sebelum ini
klik untuk baca

1 ulasan:
LEPAS NI KJ BOLEH NAIKKAN BENDERA LEMBU FEEDLOT KAT PWTC ! SAPA PUN TAK MAU TURUNKAN ;)
Catat Ulasan